Selasa, 14 Januari 2014

DIARI: Jalan-jalan di Melaka - bahagian 1

25/12 2014

Kami sampai di Melaka dah masuk waktu maghrib.
Disebabkan hari dah gelap, jadi pandangan pun terbatas. Selepas keluar dari Plaza tol Ayer Keroh, kami berenti sekejap kat tepi jalan. Tengok2 jalan mana yang nak dituju. Keputusannya, perut dah lapar... tapi nak singgah sembahyang dulu. Kami jalan je terus, masuk dari satu jalan ke jalan yang lain.


Pada satu simpang, betul2 kat  lampu isyarat, ummi ternampak satu masjid yang besar di tepi jalan. Abah bagi signal dan terus belok ke kiri walaupun pada mulanya kami berada di lorong tengah. Mujurlah lampu belum hijau lagi. Bila dah sampai kami bergegas mengambil wuduk kerana waktu dah pukul 8 mlm lebih dah, dan terus tunaikan solat maghrib.
Alhamdulillah, selesai.


Masjid ni cantik, bersih dan selesa. Nampak macam masih baru lagi. Mungkin baru beberapa tahun digunakan. Kalau tak salah ummi, ia Masjid Kg Salak. Tapi tak pasti kat mana. Kalau ummi salah, tolong komen ya...
Pengalaman berada di mana2 masjid  besar ni.... sebenarnya sangat manis..., sa....ngat tenang. Sebab tu la... ummi suka singgah sembahyang di masjid.
Dah selesai, kami tak tunggu waktu isyak pun, perut dah lapar...



HAJJAH MONA ASAM PEDAS

Ummi menengok kat pakcik google, ada beberapa kedai asam pedas popular kat Melaka ni dan salah satunya, Kedai Hajjah Mona ni lah. Ummi buka gps dan cari... dah siap ditunjukkan jalannya.  Sesiapa yang datang ke Melaka pasti ingin merasai masakan asli melaka ini kan...
Pelik pula rasanya.... malam2 makan asam pedas. Orang Kedah makan asam pedas waktu tengahari je... kalau ada lebih, barulah  sambung makan pada waktu malam.


sambung cherita....
Kami pun terus bertolak ke sana. Restoran tu terletak di Taman Kota Laksamana, tepi jalan je... dekat dengan hotel.





Abah letak kereta dekat kedai... wah! dah nampak... ramainya orang. Musim cuti sekolah le katakan....Tengok macam penuh je... kami pun  masuk dan cari tempat kosong. Tengok sana.... tengok sini.... sumue orang makan asam pedas. Kat meja yang kami duduk pun ( belum dikemas ) penuh dengan piring asam pedas... sedap sangat ke? teruja... kami nak mencubanya!




menu kat sini...




Selepas meja dikemas, pelayan mai ambik order. Katanya ada macam2 asam pedas. Ada asam pedas daging tetel, ikan kembung, ikan pari dan ikan parang.  Jadi kami order satu daging tetel dan tiga ikan pari. Kakak n abah kan suka ikan pari.. nasi pula mai satu set, nasi putih + sayur lemak tauge + 1/2 biji telur masin. Aina pula nak makan nasi goreng cili padi dengan telur dadar.

Lama juga kami tunggu, abah dah lapar sangat, jadi abah ambil nasi lemak yang siap dibungkus dan makan dulu... kakak pun. Lepas nasi dan asam pedas sampai.... kami rasa dulu.... emm, apa rasanya?


asam pedas ikan pari
asam pedas daging tetel



Kuahnya nampak macam kuah gulai dan 
rasa berempah. Kuah asam pedas daging lebih pekat dan 
rasanya...boleh la... 



nak makan, 

tapi 

kuah asam pedas ikan rasanya 

lebih masam... 

dan cayaq 



TAPI nak habaq mai, 
senang cherita dan pendek kata, masakan ni bukan lah citarasa orang Kedah! 
disebabkan perut lapar dan tak nak membazir, kami makan juga. Sayang, rezeki kan. 

Cuma adik... baru makan sikit je. Tak sedap katanya kemudian ada benda asing pula dalam nasi adik. Terus tak nak makan. Kami makan dah hampir habis, barulah nasi goreng aina sampai. Aina makan kongsi dengan adik dan dah separuh pinggan makan barulah telur pula sampai.

Kalu bab makanan lambat sampai tu... kami dah faham, ramai sangat orang, jadi tentulah kena tunggu giliran. Kami pun berniaga, dan fahamlah adat berniaga apabila pelanggan terlalu ramai. Tentu tukang masak tak menang tangan... 

Kalau diajak ke sini lagi, mugkin kami dah tak mai makan dah. Jangan marah ye... tokey kedai. Ramai lagi pelanggan lain yang suka kecuali KAMI.
Dah selesai makan, Alhamdulillah, kami jalan2  di sekitar bandaraya Melaka.


nasi goreng cili padi
kalau kat rumah, rasa nasi goreng macam ni
kita panggil 'nasi goreng bodoh' je...



lapar kan... suap je la


Dah selesai makan, Alhamdulillah, kami nak jalan2 di sekitar bandaraya Melaka pula.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Best No Deposit Bonus Codes in India - Herzamanindir.com
5 steps1.Visit the official website of No Deposit 출장마사지 India.
Benefits 바카라 사이트 of using a no deposit bonus.
Benefits of using a no deposit bonus.
Benefits of using a no deposit 출장샵 bonus.
Online filmfileeurope.com Sincere Accessory domain www.online-bookmakers.info