Khamis, 5 Disember 2013

Puding Gula Hangus

Catatan pada Rabu, 4/12/2013


PUDING GULA HANGUS

Hujan turun memanjang sejak kelmarin lagi sampailah ke petang ni, dan cuaca pun sejuk je..... tapi tekak ni terasa nak makan sesuatu lah pulak. Buat puding pun bleh jugak kan? walaupun orang lain selalu buat sesuatu yang sejuk ni untuk dimakan sewaktu cuaca panas.... hm, ummi? ummi tak kisah.... kalau dah rasa nak makan, buat je la...
Karamel atau gula hangus?  sama je..., kan. Kita melayukan namanya walaupun selalu juga orang panggil puding karamel. Istimewanya puding ni, sebab tak pakai telur. Jadi tak adalah bau telur, ye tak?
Ok, jom tengok resepi.


Resepi Puding Gula Hangus
sumber : koleksi resepi ummi

Bahan2:

Bahan A: buat gula hangus
1/2 cawan gula pasir
sedikit air - anggaran 50 ml

Masak gula pada api perlahan hingga gula hancur dan berwarna perang keemasan.
Masukkan sedikit air untuk melarutkannya dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
Ketepikan.

Bahan B:
10g agar-agar bertali
700 ml air
1/3 cawan gula pasir
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung *
2 sudu besar tepung kastard *
100 ml air *
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:
1. Masak agar2 dengan 700 ml air hingga larut. Kalau rajin tapis dahulu,
    kemudian masukkan balik ke dalam periuk.
2. Masukkan gula, kacau hingga larut.
3. Masukkan susu cair, masak pada api sederhana. Kacau secara berkala hingga ia didih
    dan masukkan esen.
4. Larutkan bahan *, tapiskan ke dalam periuk. Kacau hingga ia larut, pekat dan didih.
    Tutup api.
5. Tuangkan ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
6. Sejukkan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk 2-3 jam.
7. Hidangkan.

gula hangus, tuang ke dalam loyang
puding yang telah siap, sejukkan dulu...
selepas disejukkan dalam freezer, telangkupkan loyang ke dalam bekas yang lain
untuk mengeluarkan puding.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: