Isnin, 16 Disember 2013

Agar-agar Ros Biji Selasih



Cuaca panas cam ni, makan agar-agar ke puding ke kan best!
sejuk je tekak..... 

Dulu masa kecik2, suka sangat kalau dapat makan agar2 ros ni. 
Mak masak mana ada sukat2... tapi tetap sedap dan disukai.
Tak kira tua atau muda, semua suka makan.
Agar-agar tradisional dengan haruman daun pandan.
Nyaman dan menyejukkan.


Resepi Agar-agar Ros Biji Selasih

bahan-bahan:

10g agar-agar bertali
1.3 liter air
1 cawan / 180g gula pasir
2 helai daun pandan - carikkan dan simpul
1/2 sudu besar biji selasih - bersihkan dan rendam dalam air suam
2 - 3 sudu kecil sirap ros
acuan / bekas yang sesuai

caranya:

1. Bersihkan agar2 dan masak bersama air sehingga larut.
2. Masukkan daun pandan dan gula. Masak hingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan sirap ros. Didihkan sekejap, angkat dan tapis ke dalam loyang.
4. Masukkan biji selasih dan kacau sekejap. Sejukkan.



Tips dari ummi:

 *kalau nak masukkan ke dalam acuan kecil,
-tapiskan agar2 ke dalam jag, kemudian barulah dituang
ke dalam acuan tersebut.

-sudukan biji selasih ke setiap acuan tadi.

*kalau mahukan agar2 yg lebih lembut, tambahkan sedikit air lagi
lebih kurang 1/2 cawan je.

* agar-agar juga boleh ditapis pada langkah (1).

*petua mak ummi,
kalau nak bagi agar2 kelihatan cantik berkilat,
masukkan kulit telur ketika memasak agar2 pada langkah (1).


**************

semoga menjadi panduan buat anak-anak yang baru belajar memasak


Tiada ulasan: