Sabtu, 30 November 2013

Makan Steamboat dengan anak buah dari Kelab Silat UUM

Anak buah abah dari kelab gayong UUM, buat jamuan.


Sebelum ke majlis jamuan ni, kami sekeluarga ke 
Pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Taman Jubli, Alor Setar.
Hujan..... walaupun hujan, ramai pengunjung yang datang.
Jenuh juga mencari parking.
Disebabkan ralit melihat dari satu ruang pameran ke ruang pameran yang lain, 
ini sahajalah gambar yang sempat ummi snap.



Kami tak duduk lama pun kat sini, sebab nak pi melawat tok di hospital.
Hanya sebahagian gerai sahaja kami masuk. 
Itupun dah tak larat jalan dah.

Rabu, 27 November 2013

Kek Lemon

Saja nak tayang..... duk pos gambar dari semalam lagi, tapi... tak masuk2. Hai.... cemuih duk tunggu. Lepas tu, bleh 'hang' pulak entri kek lemon ni. Tak tau pos pi mana. Dalam draft tak dak, dalam 'published' pun tak dak. Ai... tak mau pikiaq dah, buat entri baru ja lah. Tapi.... lain kali lah ummi masukkan resepinya ye.. dipersilakan kengkawan semua 'menikmati' gambar nya....

Sabtu, 23 November 2013

Jalan - jalan ke Kuala Perlis

Bawa keluarga keluar jalan-jalan...


Gambar-gambar ni di 'snap' di sepanjang jalan di tepi laut
menuju ke Kuala Perlis




kelihatan Pulau Langkawi nun.... jauh di sana


ini abah dengan adiknya
duk tengok gelagat anak2 yang turun ke pantai









ramai orang berhenti di sepanjang jalan
ambil angin laut petang-petang ni... memang best!



ada kereta kuda... nak naik ke ?


kami singgah makan kat sini, KOMA LAUT namanya
ada kedai makan dan surau
tempatnya luas dan selesa


kami makan kat MONA
dulu pernah makan kat sini, 3 tahun lepas,
 lamanya...  hari ni baru mai pulak


yang ni nasi goreng sotong


ini pula nasi goreng paprik


ala... kesian anak solehah, bihun tomyamnya tak sampai lagi..


ini pula bapa mertua dan anak menakan


ruang yang luas, sementara duk tunggu makanan sampai,
bolehlah anak2 main kat sini dulu


selepas makan kami pun balik.....

Selasa, 19 November 2013

Kek Red Velvet

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum,

Sebelum ni, dah lama dok tengok kat internet kek red velvet ni.. hati tak pernah teringin pun nak salin resepi... apatah lagi nak cuba masak. Tapi sejak beberapa hari ni teringin pulak nak cuba buat. Tengok sana, tengok sini... akhirnya terpaut pada satu resepi rvc di blog Hana's Family.
Lagipun, tengok cara buat membuatnya senang saja, bahan2 lain pun dah sedia ada cuma nak kena beli pewarna merah dah krim keju saja.

Ummi cadang nak masak sempena birthday cikna, adeq ummi. Kasi 'surprise' sikit!
Ummi malas nak keluar, jadi ummi pesan kat cikna lah, balik kerja nanti tolong belikan krim keju. Ummi pesan hari ahad lagi, tapi dia tak dan nak pi beli. Jadi, dia beli pada hari isnin.
Malam tu.. selepas makan malam, ummi siapkan bahan dan minta tolong cikna putarkan.
Dah siap, terus masuk oven yang telah di panaskan. Sementara dok menunggu, ummi siapkan toppingnya.

Setelah hampir 40 minit, baru ummi teringat! la... ummi lupa nak masukkan air panas ke dalam adunan tadi. Cepat2 ummi bangun dan terus buka pintu oven. Ummi cucuk kek dengan lidi, hm... dah masak. Ummi terus angkat keluar. Tak masukkan air panas, tentu tak 'moist' kan ? tak apa lah... lagipun kek dah masak. Ummi sejukkan sekejap saja, sebab 'kejar masa'. Ummi potong kepada dua bahagian dan lapiskan dengan topping tadi. Aina tolong ummi taburkan lebihan kek di atasnya. 

Anak ummi nak tulis 'Happy Birthday' untuk makciknya, jadi ummi pakai 'paste' coklat ajelah.
Dah siap, anak2 bawakan ke ruang tamu. Mungkin ciknanya tak perasan sebab asyik dok mengadap tv. Agaknya, terkejut dia bila anak2 tiba2 nyanyikan lagu 'happy birthday' untuk dia! Dah 10 malam. Walaupun kek masih suam... tapi dah 'selamat' dijadikan kek birthday untuk cikna.

Amboi.... panjangnya mengayat, kan. Apapun, terima kasih kepada Hana, atas perkongsian resepi yang sangat sedap ini. Ummi minta izin kongsi di sini. Jom tengok resepi. 


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
diuji rasa oleh : ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine - ummi guna superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A - gred A tak ada, ummi ganti dgn 3 biji telur gred B
  • esen vanila - 1 sudu kecil

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul - ummi guna Tatura
  • 1/2 cawan whipping cream - ummi guna value pride
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer - ummi letak 4 sudu besar
  • 1 sudu besar jus perahan lemon - tak ada juga, ummi ganti dgn 1/2 sudu besar cuka makan

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar. -ummi guna susu cair je
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. -ummi bakar pada suhu 170 - 180 c
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


kek ini sangat sedap setelah disejukkan dalam peti sejuk

Inilah hasilnya... walaupun ummi terlupa masukkan air panas, kek ini tetap sedap dan lembut. Cuma teksturnya kurang lembap dan kurang halus je. Apa pun, kami sekeluarga puas menikmati keenakan rvc ini. Hasilnya macam beli kat kedai tau!  Resepi terbaek!! Alhamdulillah.

SELAMAT MENCUBA

Syukur Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah....
akhirnya tercapai juga target anak ummi,
untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan besarnya yang pertama ini.
Anak ummi, 'aina berjaya mendapat 5A.

Kejayaan yang sangat mengharukan...
malah mengejutkan bagi guru-gurunya.
Maklumlah, keputusan ujian percubaan hanya dapat 3A sahaja. 
Jadi 'aina tak termasuk dalam senarai murid
yang dijangka akan mendapat keputusan terbaik ini.

Ummi dan abah pun begitu...
melihat dia pulang dari sekolah pada setiap hari peperiksaannya
dengan penuh yakin, katanya dia boleh jawab.
Ummi dan abah sangat puas hati tapi takut juga...
kalau-kalau aina tidak dapat mencapai targetnya.

Setiap hari... macam-macam ummi dan abah pesan,
sampai naik jemu dia mendengar...
asyik ayat yang sama saja...
kata-kata yang sama saja

ummi dan abah bukannya apa...
cuma tak mahu anak ummi kecewa atau putus asa.
apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat

walau apa pun keputusan,
terimalah dengan redha
Ilmu itu hak Allah,
'Dia" boleh bagi pada siapa sahaja yang 'Dia' suka
dan 'Dia juga boleh tarik balik pada bila-bila masa

jadi, jangan sombong dan jangan takbur
bersyukurlah pada Allah selalu

Apa pun, ummi sangat bersyukur pada Allah
kerana Allah telah tunjukkan 'jalanNya'
kepada anak-anak ummi.

Kakak juga begitu...
keputusan peperiksaannya bagus.
walaupun belajar aliran agama, 
banyak subjek yang perlu dipelajari...
tetapi syukur Alhamdulillah..

Keputusan kakak juga sangat memberangsangkan
walaupun tak dapat tempat pertama
tetapi masih mengekalkan keputusan yang baik
dengan gred A bagi kebanyakan subjek
sama ada akademik mahupun azhari
dan lulus semua.

Kakak, walaupun ketika UPSR dahulu
keputusannya tidak mendapat banyak A,
tetapi prestasi pelajarannya kini adalah setanding atau hampir sama 
dengan murid-murid lain yang mendapat 5A / 4A dahulu.

Ummi sangat bersyukur...
Sejak kakak tinggal di asrama, kakak lebih rajin berusaha

Ummi selalu mendoakan kejayaan 
bagi kesemua anak-anak ummi,
anak solehah yang...
berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Sesungguhnya hanya kepadaNya lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan.
Amin....


.............................................................................................

ini hanyalah dedikasi syukurku pada 'Mu'
sebagai ingatan buat anak-anak, bukan bangga diri
kerana anak-anak ku ini 
adalah hartaku... juga nyawaku di dunia ini
bukan untuk ku bermegah diri
kerana mereka bukanlah terlalu genius!
mereka adalah anak-anak biasa
dari ibu bapa yang biasa-biasa, hidup juga dengan cara biasa
mudah-mudahan... suatu hari akan menjadi luarbiasa! dengan ilmu milik Nya
Amin

Tolong doakan untuk anak anakku...
Terima Kasih untuk mu...

Terima Kasih untuk ALLAH

Khamis, 14 November 2013

Menanti Keputusan UPSR

Bismillahirrahmanirrahim

murid-murid tahun 6 menanti keputusan diumumkan

Hari adalah hari terakhir persekolahan dan
hari ni juga adalah hari yang mendebarkan, 
bukan sahaja bagi anak-anak, 
malah bagi ibubapa yang menanti waktu keputusan UPSR diumumkan.

Sekejap lagi ummi dan abah akan ke sekolah...
hari ni juga hari yang agak sibuk
sebab, lepas ke SKJ,
ummi dan abah akan ke sekolah kakak pula, SMA MATA.
Tandatangan buku rekod sekolah kakak dan seterusnya
ambil barang2 kakak dari asrama
dan boleh balik bercuti panjang....

Rabu, 13 November 2013

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus Kak Liza

Semenjak kebelakangan ni, ummi asyik buh resepi kukus- mengukus ja kan.
Hari ni pun sama... ummi dapat resepi ni dari blog yatie. Katanya resepi ni dari kak Hanieliza. Ummi pun jengah juga blog kak liza . 
Katanya kek ni sedap, walaupun ummi ada banyak koleksi resepi kek coklat, tapi ummi tetap nak cuba resepi ni.  Lagi pun, tengok cara nak membuatnya mudah sahaja, cuma masa mengukusnya sahaja lama sedikit. 

Tekstur kek ni lembut sebab menggunakan tepung superfine. Rasanya juga sangat sedap, tidak terlalu manis, sedang2 saja.... ummi suka penggunaan gula perang dan 'rasa kopi'nya. Ia memberikan kek coklat ini rasa yang berbeza dari kek coklat biasa. Rasanya tetap sedap walaupun tak diletakkan topping. 

Inilah antara kek coklat yang paling ummi suka!!
Untuk pengetahuan anda semua, ummi letak nama tuan punya resepi kat hujung kek coklat ni, supaya mudah ingat.
Ok, dah panjang mengayat ni kan, jom tengok resepi.


Kek Coklat Kukus Kak Liza 
diuji rasa oleh ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan:

bahan A: dikacau rata
1 cawan susu cair
1 cawan air - ummi guna air suam sikit supaya cepat larut
1 cawan mentega cair - ummi guna minyak masak ja
2 cawan gula perang

bahan B: diayak
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk soda
1/2 sdk nescafe - x, ummi ganti dengan 1 sdk kopi 3 in 1
1/2 sdk coklat emulco - ummi tambah, nak bagi kek hitam sikit! dan lebih terasa coklat

bahan C: dikacau rata
2 biji telur gred B
1 sdk esen vanilla - ummi letak 1/2 ja


Caranya:
1. Setelah bahan A, dikacau rata dan gula larut, masukkan B, sikit2 sambil digaul perlahan-lahan. Ummi guna whisk.
2. Masukkan C, kacau hingga rata juga. Ummi tapis dulu.
3. Panaskan pengukus. Alas loyang, tuangkan adunan. Tutup dengan aluminium foil.
 - Ummi tuang dalam bekas microvawe dan tutup dengan tudungnya.
4. Kukus pada api sederhana selama 1 jam.
5. Setelah masak, sejukkan atas redai. Hiaskan.


Topping - ummi buat sendiri, guna bahan sedia ada

bahan:

120g coklat bar - dihiris / cincang
50g susu cair
10g non dairy cream- value pride * tak buh pun tak pa
2 sdk susu pekat
beberapa titik esen vanilla
1 sdk minyak masak - sebagai pengilat
coklat rice sebagai hiasan

Caranya:

-Menggunakan kaedah double boiled, masak coklat, susu cair dan krim. Kacau hingga larut.
-Masukkan susu pekat, minyak masak dan esen.
-Kacau lagi hingga ia larut dan sebati.
-Tutup api, angkat dan sejukkan sekejap.
-Kacau dan tuang ke atas kek tadi. Biarkan ia meresap masuk ke dalam kek.
-Taburkan coklat rice sebagai hiasan.