Alhamdulillah.
Ummi dapat satu lagi resepi pulut kuning yang nampak menarik, resepi dari fb lagi.
#copypaste
#Salmanormi Salleh (MAHN) dari Johor Bahru.
#kitakongsi
Assalamualaikum semua . Oleh kerana ramai yg pm kak Normi tanya tentang resepi pulut kuning diraja . Kat sini kak normi bagitahu rahsia nya . Semoga ilmu yang kak normi share bermanfaat utk semua.π
Resepi Pulut kuning Diraja
Bahan-bahan
- Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
-santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
-Daun pandan
-serbuk kunyit babas 1 sudu besar
-asam keping ( 3 keping )
-garam ( 1 sudu teh )
Cara-caranya
-cuci beras pulut sebanyak 3 kali
-rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.
-kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit
-kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam
- Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )
- kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.
Okay siap π
Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam . Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama mcm dlm gambar
Selamat mencubaπ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan