Rabu, 4 Oktober 2017

Roti Pullman


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahimm

Alhamdulillah. Ummi sihat hari ni. Abah dan anak-anak pun semuanya sihat, Alhamdulillah. Sihat pun rezeki dari Allah jua. Perlu sentiasa bersyuker padaNya.

Sekarang ni musim monsun. Cuaca tak menentu. Adakala panas terik tetapi adakala hujan turun saban hari. Kekadang turunnya sangat lebat hingga merisaukan kita yang tinggal di tempat-tempat yang berisiko banjir kilat atau banjir besar.
Apa pun bersyukur kita masih selamat dari segala musibah yang mendukacitakan Alhamdulillah.

Okey.. hari ni nak ceghita pasai Roti Pullman namanya ni. Ummi dah cuba banyak kali dah. Alhamdulillah sesuai dengan citarasa ummi sekeluarga.

Resepi ni ummi dapat dari fb Risalizah Manaf. Ummi tampal resepi beliau kat sini ya..😊.

Resepi ni menggunakan bread maker. So sesiapa yang ada bm tu.. jom lah cuba!

ROTI PULLMAN
sumber: Risalizah Manaf

195 ml susu (sejuk)
330g tepung roti
1/2 sudu teh garam
30g caster sugar ** ummi letak 40g
1 1/2 sudu teh mauripan
Masukkan bahan-bahan ikut turutan di atas.
Ambil setting dough/knead..start.
Lepas 5 minit tambah 25g butter (potong-potong butter tu dulu)
Tutup dan biarkan menguli sampai 20 min
Stop. Tukar setting sandwich, biarkan mesin sampai siap.
Boleh tambah kismis/chocolate chip/ butterscotch chip/almond/ apa-apa saja ikut suka hati..hihihi…untuk pic no 2 tu tambah 3/4 cup campuran chocolate chip, butterscotch chip & kismis.

Nota:
1. Sukatan gula boleh ubah ikut kemanisan yang kita nak.
2. Untuk kali ni ummi letak lebih kurang 2 sudu teh chia seed. *nak letak lebih pun boleh... kita yang buat dia πŸ˜‰ yer dak.. 😊😊.
3. Ummi letak choco chips sekali tapi... dah 'hilanglah' pulak. kih..kih.. habis larut. Salah beli lettu... terbeli yang lembut. Lain kali beli yang keras hokey!
4. Kali ni juga ummi tambah 5g K-fine cream super. Ia bertujuan untuk menambah baik rasa dan struktur roti supaya naik sekata, lembut dan lebih sedap. Fungsinya sama seperti bread improver dan bread softener. Ada yang ni tak payah letak dah dua bahan tu. Hmm.. paham.
5. Satu lagi... adoii susu segar habis pulak..!! ummi timbang susu tepung je.. ganti. Ummi letak 15g sahaja. Tak mau lemak sangat. Kemudian tambahkan air biasa 3/4 gelas ikea yang warna warni tuh. Kacau hingga susu larut. Letakkan ketul ais 3 - 4 ketul dan timbang semula. Tambah air hingga cukup sukatannya.

***** tau dak ada satu cara mudah?
timbang atau sukat susu buh dalam tepung.

air tu... buh air sejuk dari peti ja.. settle, kan πŸ˜….



Rupa roti selepas di potong. Amacam..? berongga dengan cantik sekali. Tu laa pasai ummi duk buat ikut resepi ni banyak kali tau... hihi. Suka dengan rasanya, suka dengan teksturnya. Apatah lagi selepas dah tambah K-fine cream. Semakin cantik kejadiannya. Mau tak "terSuka".


Ni laa rupanya chia seed dan choco chips ummi yang hilang tuuh.

Okey... panjang lebar ceghitanya. Uii jenuh hangpa semua nak baca.

Cuba tau.. best resepi ni. Ala.. resepi roti bantal je tapi bila dapat buat sendiri. Wah! seronok sangat.
Boleh ubahsuai bahan sampingan lain. Buh esen vanilla ke.. emulco ke.

Tak cuba tak tau.


Wassalam.


Selasa, 26 September 2017




Bismillah.
#resepicopypaste

Assalamualaikum .
Soalan: Depa tanya, awat ummi duk buh resepi copy paste saja ni. Tak dak idea dah ka?

Jawapan: Dak aih... bukan tak dak idea, hihi... tapi malas nak karang πŸ˜…πŸ˜….

Amacam?
Jom, tengok resepi apam susu ni. Apa yang menarik tentang resepi ni? sebab teknik dia.
Puan Eyza satukan bahan pakai blender saja.
Pastu... goi (gaul) dengan tepung.
Simple, nampak tak...

Okey... jom baca!

Siap dh...utk mkn ptg...ampa masak apa ptg ni?kami apam susu gebu gebas ni ja....dya punya naik smpai penuh la periuk kukus..gebu ya Amat2..serius xtipu..πŸ˜€πŸ˜‚

Ni resepinya...sapa2 yg nk share silakan..😘

APAM SUSU GEBU GEBAS
Sumber: Eyza Liza (MAHN)

Bahan A..πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

4 bji telur
1 sudu kecil asen vanilla
1 sudu bsr ovalette
3 sudu susu pekat manis
1 cwn gula
*semua bhn kt ats ni mix smpai kembng dan putih...eyza masuk dlm blender ja...sng..πŸ˜‚

Bahan B..πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Tepung gandum 2 cwn

Cara2nya..

*Dh siap blend semua bhn kt ats tu masukkn pula 2 cwn tpng gndum...gaul bg sebati...pastu asingkn dlm 3 ke 4 bks ltk warna beza2..jgn lupa sapu acuan dgn plnta dlu...lps tu boleh la kukus slama 30 mnt..siap..slmt mencuba..😘

Sabtu, 23 September 2017

Pulut Kuning


Alhamdulillah.
Ummi dapat satu lagi resepi pulut kuning yang nampak menarik, resepi dari fb lagi.

#copypaste
#Salmanormi Salleh (MAHN) dari Johor Bahru.
#kitakongsi

Assalamualaikum semua . Oleh kerana ramai yg pm kak Normi tanya tentang resepi pulut kuning diraja . Kat sini kak normi bagitahu rahsia nya . Semoga ilmu yang kak normi share bermanfaat utk semua.πŸ’•

Resepi Pulut kuning Diraja 

Bahan-bahan

- Beras Pulut 1kg ( 10- 15 org mkn )
-santan kelapa sebiji ( 2cwn pati santan)
-Daun pandan
-serbuk kunyit babas 1 sudu besar 
-asam keping ( 3 keping )
-garam ( 1 sudu teh )

Cara-caranya

-cuci beras pulut sebanyak 3 kali 

-rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam. Kak normi guna serbuk kunyit babas sbb colour pulut kuning kita akan jadi lebih cantik.

 -kukus beras pulut yg telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit 

-kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yg telah diletak 1 sudu teh garam 

- Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan  (ketika pulut masih panas )

- kemudian kukus utk kali kedua dgn daun pandan juga selama 20 minit shj.

Okay siap 😁
 Kak normi share sikit tips kenapa perlu letak asam keping semasa rendam . Okay supaya pulut kita akan lebih berkilat dan cantik. Insha Allah jadi sama mcm dlm gambar
 Selamat mencubaπŸ‘


PULUT KUNING & RENDANG DAGING



Bismillah.
Ummi kongsi resepi dari ahli MAHN.
Katanya:
Pulut kuning ni...sedap, lembut dan berlemak. #Copypaste
#sumber: Fb Noor Hamidah (MAHN)

PULUT KUNING

Bahan2:
1 1/2 kg pulut (pulut susu)
Santan 1 kotak kecik (sy pakai santan kara)
Daun pandan (10 helai)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2nya:
1 .Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (sy letak 2 sudu) cantik je warnanya.. rendam selama 3,4 jam.

2. Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jd lg sedap tau..kemudian masukkan pulut atas daun pandan. Kukus sampai sedikit lembut. Dalam 1 jam mcm tu..

3. Da agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.

4. Kemudian ambil 1 kotak kecil santan td tambah air..kuantiti penuh 1 mangkuk besa selalu anda makan maggie tu..hehe. Lepas tu tambah sedikit garam.

5. Lepas tu gaulkan dgn pulut td, dah rata kukus semula.
 
Mcm sy, sy suka letak semula daun pandan td.. susun balik dan kukus mcm td, selama 15 ke 30 minit lg.
Dannnnn siap boleh dimakan..

**ramai yg req resepi rendang daging, ni dia ..


RENDANG DAGING

Bahan2:
1 1/2 kg daging
2 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
3 helai daun kunyit
2 sudu serbuk kari (sy pakai serbuk kari daging)
2 bungkus kerisik
2 kotak santan kecil (sy pakai brand kara)
garam secukup rasa

Bahan yg dikisar:
15 ulas bawang merah saiz sederhana besar
10 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai cili kering (ikut pedas yg ibu2 suka)

Cara2nya:
1. Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan.. sebab mase menumis bahan kisar akan berair. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.. kemudian masukkan semua bahan kisar td. Tumis sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan mase masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nti.. 

3. Dah pecah minyak masukkan daging td, gaul sebentar kemudian tambahkan air.. dalam 3 cawan,tunggu sehingga daging lembut..selagi belum lembut kalau boleh jgn masukkan santan dulu ya..klu perlu tambah air lg tambah je ye, sampai btl2 lembut.

4. Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yg dipotong mayang td. 

5. Last sekali letak garam dan rasakan. 
**kalau nak pekat masak lama sikit tp api kecil, kalau nak kuah banyak da boleh matikan api ya.
Boleh hidangkan terus. ❤️
Okey selamat mencuba ya ibu2.
Jangan segan silu untuk share.

Selasa, 10 Januari 2017

Apam Mekar Tepung Beras

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sebelum ni dah berhari-hari hujan. Turunnya siang dan malam.
Jiran sempadan sana dah banjir beberapa wilayah.
Kita yang duk kat Pekan Jitra ni, uish! risau juga.
Tawakkal je lah... 
Alhamdulillah hari ahad dan hari ni isnin, cuaca dah cerah.
Tiada lagi hujan lebat. Sidai kain pun kering. Syukur ya Allah.

Dah cuaca panas, petang-petang ni menerai resepi apam Kak Fiza, blogger terkenal jugak tuu..
Lagi pun ummi dah janji dengan adik nak buat apam.
"ummi, buat lah apam warna warni yang adik suka tuu..."
"yang kita beli kat market tu..."
Itu ayat adik. Dah banyak kali dia dok "ulang".
 
Malam tadi ummi dah tanamkan hasrat nak buat apam kesukaan adik tu, dan petang ni ummi berjaya merealisasikannya.

Ok, mai kita tulis dulu resepi ni.

Apam Mekar Tepung Beras
Sumber: Kak Fida

200g / 2 cawan tepung beras*
2 sudu teh baking powder* ayak
180g gula kastor

1 cawan susu segar/ cair/ santan
1 sudu kecil esen vanilla **-ganti sirap
pewarna

tambahan:
acuan apam merah
cawan kertas kecil

caranya:

1. Panaskan pengukus dgn api yang kecil dahulu.

2. Satukan bahan kering, tepung & gula. Kacau rata.
3.Ummi guna pati santan lebih kurang 3 sudu besar + air, jadikan 1 cawan.
3. Tuangkan santan cair dan kacau - gula larut.
4. Masukkan sirap, kacau sebati.

Sementara tu, besarkan api & biarkan ia mendidih.

5. Sediakan acuan. Letak cawan kertas di dalamnya.
Tuangkan adunan 3/4 cawan.
6. Kukus 10-15 minit mengikut saiz acuan.
7.  Bila dah masak, segera keluarkan dan sejukkan.

Memang mekaq cik dah oii... kembang seacuan!

Boleh dimakan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam atau hidangkan begitu sahaja.

Sedap dimakan bersama secawan kopi panas! 
Sajian sarapan atau minum petang.
Layann..


*** tekak ummi ni rasa macam maniss je kuih ni.
lain kali ummi akan kurangkan sikit gulanya,
mungkin 160-165g sahaja.