Khamis, 11 Ogos 2016

Masak 'paste' sambal dengan Noxxa


Bismillah.

Tadi.. ummi dah taip punyalah panjang...... tak dan nak siap lagi tiba-tiba hilang! Hadoi... x larat taip banyak2 dah ni.

Taip bagi ringkas dah la no.. 

Ni, buat rujukan terutamanya anak-anak ummi.
Biasanya, ummi masak sambal ni sampai kering ambik masa 1 1/2 - 2 jam.
Lama kann. Hari ni ummi nak share, buat paste guna periuk noxxa.
Cuma 30-35 minit saja.


Resepi 'paste' sambal

Bahan-bahan:

bahan A:
rm2 cabai kering @ 2 bekas taufufah cabai yang siap digunting
basuh 1 x buang biji, rebus / rendam air panas - kembang. toskan.

bahan B: dikisar
2 biji bawang besar saiz sederhana
1 labu bawang putih @ 8-10 ulas
sehiris halia

bahan C:
sedikit belacan 
sejemput ikan bilis yang sedap 
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar gula merah
1 sudu makan garam
sekeping asam saiz kecik
1/3 cawan minyak

Caranya:

1.Tekan fungsi stir fry, on.
Masukkan minyak, biar ia panas.
Tuang bahan kisar. Goreng sehingga wangi dan sedikit perang.

Sementara tuu...

2. Kisar cabai kering, belacan, sedikit minyak dan ikan bilis.
Kisar sehingga halus, biji cabai hancur.

3. Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan asam keping.
Tekan butang off. Tutup periuk, tekan hp 20 minit & on.


4. Bila dah cukup masa. Off kan. Lepaskan wap.
Buka tudung periuk, tengok cabai dah pecah minyak dah.. cantik.

5. Masukkan gula merah, gula putih & garam.
Tekan stir fry. Tang ni... kena jaga! merecikk....!!
Ambik laa tudung periuk yang mana sepadan dengan periuk dalam noxxa tu, tutup. Lagi bagus kalau tudung tu ada lubang.
Ummi guna tudung periuk kukus.
disebabkan stir fry tak boleh set masa, jadi kita set masa sendiri lah noo..

6. Setkan masa 10 minit. 5 minit pertama, buka tudung & kacau.
Kemudian tutup balik.

7. Dah cukup 10 minit offkan. Angkat tudung.
Rasalah sambal tadi, ok tak. Bagi ummi rasa ni dah ok dah.
Nanti nak masak boleh sesuaikan rasa.

8. Biarkan sambal menyejuk. Nanti boleh masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Sambal ni boleh tahan seminggu pada suhu biasa.
Kalau letak dalam peti ais, lama lagilah kan.

Yang bestnya, masa memasak sangat pantas.
Lain kali boleh cuba kaedah lain pula.

Sekian.



Tiada ulasan: