Rabu, 5 Februari 2014

Donut Ball

Kelmarin daku telah ber'karipap' dan hari ini terasa hendak ber'donut' pula.
Lalu ku menghadap 'pakcik google'ku... yang banyak ilmu.
Telahku cari ke sana dan ke sini... lalu terkumpullah beberapa resepi.
Akhirnya daku telah memilih resepi yang ini... untukku mencuba pada kali ini.


************************************************
RESEPI DONUT BALL
sumber : dapur-mamasya.blogspot.com  &
sumber asal : iezamel78 Donut @ MYR

Itu resepi asal tapi daku telah mendurhakainya...
maafkan daku... tuan punya resepi. Daku telah mengolah resepimu ini.

*********************************************************************



Resepi bebola donut - ummi buat separuh adunan saja

bahan-bahan:
2 sdb gula pasir
1 1/2 sdb susu pekat
1/2 cawan air suam
2 sdk yis mauripan
1 biji telur
1 sdb minyak masak
1 2/3 cawan tepung gandum

caranya:
1. Satukan gula, susu pekat dan air suam. Kacau hingga larut.
2. Masukkan yis dan kacau. Biarkan 10 min untuk yis bertindak aktif.
3. Satukan telur dengan minyak, pukul rata.
4. Masukkan tepung ke dalam besen.
5. Masukkan campuran telur dan yis tadi ke dalam tepung dan gaul dengan sudu / senduk kayu hingga sebati.
6. Rehatkan doh selama 45 minit dan tutup dengan tuala basah.
7. Bedakkan tangan dengan tepung. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian yang kecil.
Bulatkan dan letakkan di dalam bekas yang ditabur tepung.
Doh akan mengembang, jadi jarakkan supaya doh tidak melekat.
8. Rehatkan doh 10 - 15 minit lagi.
9. Doh sedia untuk digoreng dalam minyak panas pada api sederhana kecil.
10. Setelah masak, toskan minyak dan terus salut dengan gula aising / gula kastor.

** tapi pada langkah 9, ummi pun goreng lah...
semasa digoreng donut ini mengembang lagi...
waa donutku sudah jadi macam cucuq kembong pula....
tak leh jadi... jadi, dari saiz bola pingpong, ummi bahagikan ia lagi kepada 2 - 3 bahagian.
- selepas goreng... wa.. barulah comel bebola donutku....
seperti kejadiannya kat dalam gambar tu....
- separuh adunan dapat 2 piring.
- cukup le tu.... kami tiga beranak je nak makan.
sedap tau, makan donut dengan teh o panas petang2 ni...
hmm.... nyum nyum!

** untuk pengetahuan anda semua, doh ni melekit, jadi ia tak sesuai diterap dengan acuan.

Tiada ulasan: