Selasa, 25 Februari 2014

DIARI : Jalan - jalan di Melaka - bahagian 6

sambung.....
tak habis lagi cherita pasal Melaka ni...




KUIH KERIA ANTARABANGSA HAJI JALIL

Dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol, teringat pula nak merasa kuih keria yang sangat 'femes' kat Melaka ni. Pagi tadi semasa lalu kat jalan ni, dah nampak kedai tu.
Jadi kami pun cadang nak singgah beli kuih sikit. Boleh buat bekal makan dalam kereta nanti.
Dalam duk tengok2 kedai, oppss.... boleh terlepas juga! abah berenti kat tepi jalan dan ummi turun pi beli.




kedai kuih kat sana tu...
dekat dengan masjid


kat bawah ni, kuih-kuih yang dijual di situ
nampak tak kuih keria dia...
 salut gula melaka ke gula merah?
sedap tau....


Selepas beli kuih kami teruskan perjalanan.
Kemudian ternampak pula Coconut Shake ni...
kami berenti lagi.
Tak nak lepaskan peluang untuk merasai keenakannya,
yang juga sangat 'femes'.


BATU BERENDAM COCONUT SHAKE



Ummi order menu yang kat tengah tu... ada aiskrim


berderet blender nya... 
kena beratur tau, macam nak beli nasi kandar
ramai.... yang beratur menunggu giliran

Kalau nak makan kat sini pun boleh,
ada tempat duduk kat belakang sana.

Servis cekap, tak perlu tunggu lama
mungkin sebab pekerjanya ramai




ummi beli lima, sorang satu...




emm.... sedap sangat!!
pada pendapat kami, Coconut Shake kat sini lebih sedap lagi.
lebih terasa.... sungguh nikmat bila dimakan dengan aiskrim vanilla, sedapnya...
bleh kenyang perut, bila dah habis satu cup ni.

Kalau kengkawan sumue ada rancangan ke Melaka ni,
jangan lupa singgah kat sini.
Senang je nak cari kedai ni, kat tepi jalan je...


Selamat tinggal Melaka....

Jumaat, 14 Februari 2014

Kek Snow Cheese

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum.... 

Anak Solehah nak makan kek

Hari ni nak tayang kek yang telah ummi buat... atas permintaan anak sulung ummi yang memang suka makan kek.
Dah siap pesan sejak dua minggu lepas lagi,
tapi ummi tak sempat nak buat.

Hari ni, ummi tinggalkan semua kerja,
semata2 nak buat kek untuk anak solehah ummi ni....
nanti bila balik dari sekolah,
dah sedia ada kat dalam peti sejuk.
Bila2 pun kakak boleh makan...
suka le tu... dah dapat apa yang diinginkan.

(resepi akan ummi kemaskinikan kemudian)

*********************************************************************

(24/2/2014 - kemaskini resepi)

okey.... ummi tempekkan resepinya kat sini...
ummi pun rujuk kepada resepi para blogger masakan yang hebat2 tu....
InsyaAllah, menjadi ....

terima kasih buat mereka semua, yang sudi share resepi ni...
semoga Allah tambahkan ganjaran pahala untuk mereka kerana sudi berkongsi ilmu ini
Aminn...

KEK CHEESE BERSALJI/ SNOW CHEESECAKE

Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian 
Sumber lain: kak Zana MamaFami
dicuba oleh: ummiaishah2278.blogspot.com

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) - ummi guna gred A
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak - ummi letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan) - ummi gantikan dengan minyak 
  • izah tambah esen vanilla

  • KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia - ummi guna tatura 250g
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • 1/2 cawan whipping cream Value Pride - ummi tambah
  • (ummi tak nak krim yang terlalu meleleh... nanti nampak macam kek berkuah pula)
  • caranya:
  • satukan kedua semua bahan & putar sehingga tidak berketul2.


  • TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
    Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam,
   dengan kepanasan 150C.
   *izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah        kek supaya menjadi dua bahagian.
  *izah potong kek  menggunakan benang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Ummi potong kek kepada beberapa bahagian.
Senang simpan dan senang nak makan.

Ummi bukan buat satu saja... 
tapi ummi buat dua jenis kek.
Tapi bila dah siap letak topping, dah jadi tiga pula.
satu; kek snow cheese,
dua; kek coklat dengan topping coklat cair
dan 
tiga; kek coklat dengan cheese ala snow cheese gitu..





Kek coklat lembap dari resepi Kak Hanieliza.
Anak2 ummi memang suka hasil kek coklat ni.
Tekstur kek lembut, gebu dan sedang elok rasanya - tak manis sangat.
Ummi pun suka....


Lebihan krim dari kek snow cheese,
ummi lapiskan pada kek coklat ni dan dihias sepertinya...
letak coklat cip pula, bertambah menarik jadinya!
Inilah kek yang mula2 sekali kakak ambik.
Sedap katanya!!

Ummi pun rasa... hmm... memang sedap!
Rasa kek coklat dipadukan dengan rasa cheese yang  masam2 sikit..
Hmmmm, memang memikat !!
Patutlah kakak suka....

Jom makan....


Rabu, 12 Februari 2014

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum....
Hari ni nak share satu resepi yang dah lama terperam resepinya.... akhirnya tertunailah hasrat hati nak buat puding marble yang dah lama 'femes' ni... orang lain barangkali dah berpuluh kali membuatnya, ummi baru nak menerai...  Ummi c&p resepi asal.



PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam * - ummi cuma guna 1 biji saja
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo - ummi guna choc emulco
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
puding marble sebelum dipotong

Selasa, 11 Februari 2014

Ter...salah pos entri

Sebenarnya ummi dok mengarang entri ni pakai tablet. Dah siap, masuk gambar dan terus je pos. Tak perasan langsung! rupa2nya ummi dah tersalah pos ke blog sendiri...!  Sebenarnya ia untuk blog en suami.
Tapi tak pa lah.... tentu kawan2 semua boleh tengok kan.... itulah kerja ummi, ambil tempahan membuat seluar silat.  Kalau blog tak ter...update tu, itulah halnya. Duk mengadap mesin jahit la...

Seluar Baru

Assalamualaikum semua.
Ummi nak tunjukkan antara corak lis gayong yang ditempah oleh anak buah cg sham.





sekian.

Ahad, 9 Februari 2014

DIARI : Jalan-jalan di Melaka - bahagian 5

sambung...


KLEBANG COCONUT SHAKE


dah sampai... jom kita masuk!


kat tepi jalan besar pun ada gerai Coconut Shake ni,
untuk beli bungkus

nak makan kat sini.. kena masuk parking kat dalam sana...
nampak tak papan tanda 'P' tu...
ikut je la...



ok, dah parking...

nampak tak.. ada banyak kereta kat sini
ruang parking pun luas

banyaknya.... kelapa muda
mesti kedai ni 'Coconut Shake'nya sedap...
dan tentu ramai pelanggannya,
dah tak sabar nak 'makan' ni...


gambar dari hadapan kedai

banyaknya kuih... pilih le yang mana berkenan

nasi lemak pun ada...
kami pesan lima gelas Coconut Shake,
BAYAR dulu... baru makan


tengoklah pelanggannya, memang ramai...



ummi sengaja letak gambar besar2,
nasi lemak.... tengok pun dah nampak sedap!
bila makan... hmm, memang sedap!!

keropok lekor dan kuih apa ntah, ummi dah lupa namanya
rasa udang kepai / geragau, lembut dan sedap... cicah pula dengan sos
hmm, yummy! 

popia ni pun sedap...!
perut lapar.... makan apa pun, semuanya sedap!

tapi, serius ummi habaq,
kuih yang kami ambik, memang sedap.


yang special nya.... tentulah yang ini,
COCONUT SHAKE

Jom rasa.... 
hmm, sejuk... rasa lemak manis aiskrim bercampur dengan isi dan air kelapa
sedappp...


dah habis makan, kami pun beredar.
kami menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh.


sambung...

DIARI: Jalan-jalan di Melaka - bahagian 4

sambungan..

Selepas keluar dari Masjid Selat, kami menuju ke bandar untuk melihat suasana 
serta sebahagian bangunan sejarahnya.

kami singgah di sini dulu,
nak beli sedikit buah tangan




kerepek tempe pun ada..

selepas membeli sedikit barang, kami nak ke tempat 
bersejarah yang kami lalu semalam

puas abah cari parking...
pusing hingga ke atas... tapi kena turun balik,
penuh belaka
akhirnya dapat juga kat sini..

jangan suka hati je nak letak,
kena beli kertas ni tau...
kupon letak kereta,
kalau tak ada 'saheh' kena saman!

ummi pi beli kat restoran kat bangunan hotel warna merah tu...
rm3 je.. untuk lima keping / lima jam

kami naik tangga
penat juga mendaki ni...

pandangan dari atas..


kat bangunan merah ni la
ummi beli kupon tadi


kami naik terus ke atas


bangunan lama ini masih kukuh
batu-batu ni nampak macam batu bijih besi


gambar ni kat dalam bangunan
kat hujung sana, nampak ramai orang kan...
ok, kat situ ada seorang pelukis...
yang menjual hasil lukisannya
dan ada juga penjual cenderahati

rupa-rupanya... bangunan ni adalah sebuah gereja lama

tadi, bila sampai terus je masuk ke dalam
bila dah keluar, baru nampak papan kenyataan ni




muzium ni sedang dibaikpulih

Jom, kita jalan lagi..

salah satu mercu tanda di Melaka


ok, jom kita tengok kubu meriam pulak






tengoklah adik ni...
asal jumpa meriam je mesti nak naik




selepas jalan-jalan, terdengar orang azan
jadi kami terus je ke sini,


SURAU WARISAN




sebaik masuk jumpalah beduk ni.
sebelah kanan surau lelaki, perempuan di sebelah kiri


surau yang sederhana luasnya
tapi ummi nak ingatkan,
lebih baik BAWA telekung sendiri.

telekung kat sini, alahai...  tak payah sebut lah!
terperap dalam almari
boleh bayang kan, macam mana?



ini pula gambar yang diambil dari surau


sebenarnya ummi teringin lagi nak ke beberapa tempat,
tapi anak2 dah tak mau pi... dah letih berjalan.
al maklumlah, dah tengahari...

kakak pula asyik dok ajak abah pi CAMERON HIGHLANDS
ajak pi tempat lain pun semuanya tak mau
boleh pula dok mumuncung memanjang...

demi memenuhi kehendak anak2,
percutian di Melaka ni, nampaknya sampai hari ini saja.
tak dapatlah ummi n abah bawa anak2 ke tempat lain.

padahal di hati... teringin benar untuk merasai
keenakan ikan bakar di Umbai...,
nak ke situ.. dan ke situ...

datang sejauh ini.. hanya sehari saja?
aduh.... bila difikir2, macam tak berbaloi lah pula.

kemudian kami pun teruskan perjalanan
kami nak rasa COCONUT SHAKE yang sangat famous tu...


sambung...