Isnin, 7 Oktober 2013

Ikan Masak Cuka



Masakan kampung ini mudah disediakan dan enak dimakan dengan nasi putih.
Ia juga sering dihidangkan pada majlis kenduri di kampung2.

Bahan-bahannya ringkas tapi pastikan ada biji sawi kerana ia bahan utama yang perlu ada.
Kalau tak ada biji sawi, tak menjadilah resepi masak cuka ni.
Ikan pula jenis apa pun takpa.
Selalunya ummi pilih ikan tenggiri, mamu (mambu) putih @ tongkol, temenung pun boleh.

Biasanya, kalau kat rumah kenduri, masakan ni, kuahnya banyak dan dimasak sehari sebelumnya.
Masakan ini memang 'tahan' kerana di'awet' dengan cuka.
Bahkan lebih sedap kerana rasa masakan telah sebati dan menyerap ke dalam isi ikan.

Bawang putih dan bawang merah pula cuma dibelah dua sahaja.
Ummi tak guna bawang merah, jadi ummi gantikan sahaja dengan bawang besar, tak perlu kupas banyak2 dan ummi hiris. Kalau tak, ummi sorang le makan bawang tu. Siapa pun tak sudi. Anak2 tak suka bawang putih. Jadi untuk 'selamatkan' bawang dari membazir.... ummi hiris kan.

Panjang pula ummi bercherita... kan.
Ok, jom kita tengok resepi masakan ni,


Ikan Masak Cuka
oleh: ummiaishah2278.blogspot.com

bahan-bahan:

3 ketul isi ikan - ikan apa pun boleh, tenggiri, mamu (mambu) putih
1/2 camca kecil biji sawi
1/2 " halia - hiris memanjang
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1 biji cabai besar - dibelah 2 dan dipotong
sedikit cabai melaka - kalau suka pedas
1 cawan air
6 camca makan cuka
1 camca makan gula
1/2 camca kecil garam kasar
sedikit serbuk kunyit
4 camca makan minyak



caranya:

1. Ikan digaul garam kunyit dan digoreng.
2. Panaskan minyak, tumiskan biji sawi.
3. Masukkan halia dan bawang putih, goreng sekejap sehingga wangi.
4. Masukkan bawang besar dan cili, kaup balikkan sekejap.
5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan gula. Didihkan.
6. Masukkan ikan goreng tadi, didihkan dan reneh sekejap.
7. Tutup api.

*kalau u olls suka kuah yang banyak,
cuma tambahkan 1/2 @ 1 cawan air lagi dan lebihkan sukatan cuka, gula dan garam
- sesuaikan mengikut citarasa

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: