Allahumma Solli'ala Sayyidina Muhammad
Assalamualaikum.
Apa habaq? Ummi doakan agar kita semua dalam lindungan rahmatNya.
Hari selasa lepas, kenduri kawin di rumah maktih, mak menakan suami. Sepupu suami, Amy minta ummi buat agar-agar. PERMINTAAN: agar-agar merah aja. Maknanya agar-agar sirap ros, bukan warna lain, bukan perasa lain.
Kalau bab buat agar-agar ni, tak ada masalah. Ummi memang suka.. dah biasa buat agar-agar ni dalam kapasiti yang banyak sejak enam tahun yang lepas - kalau tak salah la....
Kali pertama buat, semasa kenduri kawin adik ipar. Sekarang anak dia dah lima tahun umurnya. Lama jugak la... kan.
Dulu.... harga agar-agar sekilo rm40. Sekarang ni, pertengahan bulan mac 2015, sebelum segala barang dikenakan cukai GST, harga agar-agar di kedai borong rm70 tapi di kedai runcit harganya rm80 sekilo.
Harga barang naik sedikit demi sedikit... bagaimana harganya selepas GST? Sama ada naik atau turun, kalau dah nak guna, kita tetap kena beli juga kan...
walaupun hanya agar-agar ros biasa,
tapi bila disejukkan hmm.....
sungguh sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas begini.
okey, jom tengok resepi.
AGAR-AGAR MERAH UMMI
bahan-bahan:
100g agar-agar bertali
15 liter air
2kg gula pasir
5 helai daun pandan
sirap ros secukupnya - ummi guna jenΓ ma YAKIN
* pastikan bukan yang terasa pahit/ rasa macam ubat
bekas dadih secukupnya
caranya:
bersihkan agar-agar. masukkan ke dalam periuk bersama air.
carikkan daun pandan dan masukkan sekali.
masak semuanya hingga agar-agar larut sepenuhnya.
masak didih hingga kelihatan buih halus timbul dipermukaan.
cedok buih-buih halus tersebut & buang.
boleh cedok dengan senduk
atau sauk guna penapis besi.
*mak cakap, itu kotoran pada agar-agar.
seterusnya, masukkan gula.
kacau, biar ia larut. masukkan sirap ros secukupnya.
biarkan ia didih sempurna.
tutup api. kalau tak mau tutup, buka api paling kecil / perlahan.
segera, cedok dan tuang ke dalam bekas
yang telah disediakan.
siap.
* agar-agar ni ummi masak dalam masa sejam.
* guna jag kecil. mudah dan cepat tuang terus ke dalam bekas dadih.
resepi ni boleh dapat lebih kurang 170 bekas comel tu..
untuk 500 bekas, x 3 sukatan resepi di atas.
ummi tuang hampir penuh bekas.
sukatan ni sangat sesuai untuk di letak dalam bekas dadih.
sedang-sedang saja.
tak terlalu lembut & tak terlalu keras.
kalau nak buat 100 bekas dadih ni,
sukatannya macam ni;
60g agar-agar bertali
9 liter air
1.2 kg gula
kalau nak buat untuk keluarga, bahagi lima sukatan di atas atau,
ikut macam ni;
10g agar-agar bertali, 1.5 liter air & 200g gula.
ingat tau...
semua sukatan ni hanya sesuai untuk bekas dadih
atau bekas kecil aja.
kurang sesuai untuk dipotong kerana ia sedikit lembut atau mudah pecah.
tapi.... jangan risau, kalau nak buat agar-agar potong,
kurangkan sedikit sukatan airnya. mudah aja.
1.5 liter air, kurangkan kepada 1.4 dan jangan lupa,
kurangkan sedikit gula juga.
selepas siap dituang ke dalam bekas comel ni,
kena sejukkan dulu. betul-betul sejuk.
kalau tak, penutup akan ada kesan wap..
kalau berwap, agar-agar tak tahan lama.
boleh basi, berbau masam.
untuk elak masalah tu...
(mana tahu, kalau-kalau ada lebihan agar-agar pada hari kenduri tu)
masak pada petang atau malam (selepas maghrib)
biarkan ia sejuk semalaman.
esok pagi baru letakkan penutup.
kalau buat macam ni, agar-agar boleh tahan sehingga tiga hari
pada suhu biasa.
kalau letak dalam peti ais, lagi lama la...
letak dalam bekas bertutup, seminggu pun masih elok.
yang ni dalam proses packing..
Selepas dah siap semuanya, kami pun bertolak ke rumah maktih.
Sampai sana, depa dah sedia bekas polisterin untuk letak agar-agar dan masukkan ais ke dalamnya.
Hmm... sungguh tak disangka, agar-agar sejuk ni habis!!
Dalam masa tiga jam lebih, selesai semuanya...
Sapa mai lambat, tengok bekas ja la..
ha..ha.. tinggal tong kosong.
Antaranya termasuklah si Amy ni ha...
Sibuk layan tetamu, bila pi cari nak makan, alamak! dah habis katanya.
Tong sana kosong, sini kosong.
Bekas packing pun kosong....
Alahai.. kesiannya.
Ummi hanya tau cerita ni, masa ummi dah nak balik petang tu.
Dua kali dia mai habaq "cheq tak dan makan agaq-agaq".
Tersentuh jugak hati perempuan ummi ni.
Dah la mengandung teringin pula nak makan agar-agar yang ummi buat pulak tu.
Dah la duduk jauh.... kat Johor sana.
Bukan senang nak balik mai Kedah ni.
Ummi cerita pada suami. Sudahnya esok tu.. suami minta ummi masak semula agar-agar merah. Katanya, nanti dia telefon suruh depa mai ambik.
Ummi pun masak lah...
letak dalam bekas dadih juga. warna yang sama. rasa yang sama.
Semoga dapat memenuhi hajat ibu yang mengandung ni.
Allah permudahkan. Beres.
Bukan untuk orang mengidam aja...
Ummi buat banyak....! semua boleh makan. Makan puas-puas.
Termasuklah tukang buat ni. ha.. ha...
Alhamdulillah.
** kepada yang nak cuba resepi ni, silakan.
Ummi halalkan dunia & akhirat.
semoga bermanfaat.
#Agar-agarMerahSejukkanBadanSejukkanTekak#