KUALA LUMPUR - Sebanyak 478,848 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari bermula hari ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara. - kosmo online!
**************************************************************************************************************************
Hari ni hari pertama anak ummi, aina mula UPSR.
Awal dia bangun, sembahyang dan baca yasin.
Kami sekeluarga bagi semangat pada aina. Buat yang terbaik untuk diri sendiri. Bukan sebab orang lain. Kita akan berjaya atas usaha kita sendiri. Orang lain tak dapat tolong ketika jawab periksa tetapi ALLAH boleh! Jadi, mintalah pertolongan-Nya...
Kakak pun telefon bagi semangat. Paktih pun... panjang paktih hantar mesej semangat!
Ummi minta aina sabar, tenang dan tak stress... banyak juga la ummi pesan, macam-macam...
Ummi dan abah doakan kejayaan untuk aina... mudah-mudahan, ALLAH permudahkan segala urusan. Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan