Isnin, 23 September 2013

Puding Roti

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Minum petang hari ni, Puding Roti dengan Teh O Panas Pudina
D

Hari ni ummi buat puding roti.
Resepi ni ummi ambil dari pakcik google,
maaflah, lupa nak salin dari mana sumbernya.

Seperti biasa, ummi cuma buat separuh adunan saja
dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri
Al maklumlah bukannya ramai sangat kat rumah ni. 
Kalau buat banyak, tak habis... kan membazir.

Jom kita tengok resepi yang ummi cuba ni..

PUDING ROTI

A
5 keping roti putih - dicarik / dipotong sesuka hati
1 cawan susu cair / segar
caranya: rendamkan roti ke dalam susu sehingga ia kembang dan meresap - 20 minit +

B
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 biji telur ( ummi guna saiz B )
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
kismis dan coklat chip - secukupnya 

caranya:
pukul sebati semua bahan
campurkan A ke B
taburkan kismis dan coklat chip
*tambahkan buah-buahan yang dihiris - jika suka
 gaul rata
bakar 30 minit pada suhu 190 c atau sehingga masak / sedikit perang

sebelum bakar
C
Sos Kastard

1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu makan tepung kastard

caranya:
masak semua di atas api sederhana sehingga didih dan sedikit pekat
tuangkan ke atas puding

gambar atas : sedang masak
gambar bawah : setelah masak

Selamat Menjamu Selera

Tiada ulasan: