Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Ogos 2016

Makan Nasi Arab

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Alhamdulillah. 
Tercapai hasrat abah nak bawa anak-anak makan nasi arab mendy ni. Sempena ulangtahun kelahiran anak-anak. Kebetulan minggu ni, minggu anak-anak asrama bercuti. Abah memang selalu 'jamu' anak makan sebab semua.. termasuk abah, memang kaki makan.

Hari ni jumaat,  5/8/2016 kami sekeluarga dan abah bawa tok sekali pi makan di Arabian Delight dekat atau bertentang Masjid Bukhary, Alor Setar.
Kami pi petang sebelum maghrib, singgah 'booking' tempat dan makanan  dulu, takut penuh. Sat ni mai tak dak tempat duduk pulak kan.

Dah masuk waktu, terus ke Masjid Bukhary.
Lepas solat, kami terus ke sana.
Mujurlah dah tempah sikit, orang dah makin ramai dah.
Kami tempah tempat duduk bersila. 
Lebih selesa dan santai untuk makan-makan sambil bersembang.

Ummi order 1 talam besar dan 1 talam kecik Nasi mendy ayam.
Air 1 jag sirap limau + 1 jag ais kosong.
Alhamdulillah hidangan yang sangat sedap dengan harga yang berpatutan.
Semu ni cuma rm65 sahaja untuk kami ber enam.
Itu pun, dah lebih.. tak larat makan dah kenyang.
Hidangan ni cukup untuk 7 orang makan sebenarnya sebab nasinya agak banyak. Tu punn, abah dengan tok dah makan bertambah-tambah.

Foto yang ummi letakkan di atas tu, talam besar untuk hidangan 4 orang makan. Harganya rm38. Talam kecil separuh harga.
Semoga menjadi kenangan manis buat anak-anak sempena ulang tahun kelahiran mereka.

Sekian.

Khamis, 28 Julai 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016 *-*

Assalamualaikum...

Masih dalam bulan syawal... jadi, "masih dalam mood raya" lagi laa... kan.. kan.. kak jah, kak senah *-* , *-* .
Selamat hari raya untuk anda semua...  Saya mohon maaf, jika ada tersalah kata, tersilap bahasa. Saya ini hanya manusia biasa, jika ter'copy n paste' hasil karya anda, mahu pun terr.. ambil atau sengaja mengambil hasil seni anda dan tempek kat blog ni.. mohon maaf jika ada ya..  kalau salah tegurlah, kalau marah... maafkan lah  saya... Saya mohon (jika ada) tolong halalkan hak eksklusif anda itu pada saya. Boleh kan?

Sekian *-*.

Isnin, 12 Oktober 2015

Draft yang hilang!

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Uissh! geram betoi...!
Penat tau.. cheq dok mengarang. Siap masuk gambaq lagi..
Bila di 'save' darft cheq HILAAAANG?? !!
Sedeh cheq... hmm nak buat lagu mana kann..

tak pa la.. nanti cheq senang, cheq taip balik naa.. 
huhu...

Ahad, 21 Jun 2015

RAMADAN KAREEM 2015

Assalamualaikum wbt.

MARHABAN YA RAMADAN
MARHABAN YA RAMADAN
MARHABAN YA RAMADAN

RAMADAN KAREEM.

Selamat berpuasa. Syukur kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk sampai ke bulan Ramadan yang mulia ini, Alhamdulillah.
Hari ini 21 Jun 2015 bersamaan 4 Ramadan 1436.

Alhamdulillah, menikmati bulan Ramadan adalah satu pengalaman yang indah dan sangat indah.. Subhanallah.
Marilah kita sama-sama menambahkan amalan yang baik pada bulan mulia ini. Berazam untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Kita berusaha tingkatkan amalan. Kita tinggalkan perkara yang 'laghaa'. Yang membuatkan kita telah lupa dan lalai bagi menunaikan hak kita kepada Nya. Allahu Akbar.
Benarlah firmanNya " Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Ada kalanya kita tak sedar pun yang kita kerugiaan.. Alangkah ruginya nikmat masa kita ini, yang telah kita sia-siakan pada perkara yang tidak perlu. Allah.
Ya Allah... bantulah hambamu ini. Hidupkan diriku, hidupkan jiwaku dengan hidayahMu... dengan redhoMu.
Ya Allah, tunjukkanlah daku jalanMu yang lurus itu...
Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa sekelian umat islam yang masih hidup ataupun yang telah mati.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi kami Muhammad SAW, kepada ahlinya dan para sahabatnya. Aamiin.

Khamis, 15 Januari 2015

Line internet yang hampeh!

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum...
Dah lama tak mengarang kan... cam rindu je...
Sejak awal cuti sekolah entah kenapa internet kat rumah ni slow sangat...
dan sejak beberapa minggu kebelakangan ni, aduh.... sangat-sangat slow....
Rasa letih dan penat menunggu loading. Yang timbul dekat skrin hanyalah tulisan. Tiada gambar.
Kemudian punyalah lama menunggu akhirnya apa yang naik dekat skrin? error!! :-( 
bukan setakat gambar je tak ada, tulisan pun dah tak ada apa dah. Skrin dah kosong terus.
Menyampah betul!. Menghilangkan mood  je...
Malas dah nak menunggu. Buang masa je.. lebih baik buat kerja lain.
Hari dah berganti hari. Minggu pun dah berganti minggu. Kemudian bulan pun dah berganti bulan.
Hasilnya tetap sama. Akhirnya kelmarin tukar sim baru! Ha.... puaih hati.
Hari ni dah boleh layan internet. Yeah!!

Selasa, 23 September 2014

Ke Pasar Sehari di Kg Berjaya & beli barang buat kek

Assalamualaikum teman-teman semua..
Jumaat lepas, lepas hantar anak masuk tuisyen Azz dan suami ke Kampung Berjaya. Sarapan kat sana. Pagi-pagi lagi dah pekena bihun sup berasap! fuh.... apalagi... berpeluh-peluh le jawabnya.
Punyalah ramainya orang bersarapan kat sana. Semua menu ada. Nak makan kuih ke, mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak aneka pilihan lauk, aneka pilihan sup, roti canai dan lain-lain lah. Makan je yang mana kita berkenan.

Kat sini yang bestnya, macam pasar karat tapi tak le besar macam kat Penang. Ada jualan barang-barang lama. Azz sekali sekala je mai sini. Sesekali jamu mata. Lihat barang, lihat ragam orang... macam-macam. Azz teringin juga nak ambil gambar, tapi segan. Lain kali kalau Azz pi, Azz akan ambik gambar dan tempekkan kat sini, ok.

Selepas jalan-jalan sekejap, Azz ke kedai Yumi. Ohh.... rupanya kedai barang kek ni tutup hari jumaat. Kemudian Azz ke kedai kek sayang pula. La... tutup juga. Boleh ter.... lupa pula. Akhirnya balik beli barang kat Jitra juga. Kedai ni jer... satu-satunya yang buka pada hari jumaat. Azz beli stok sedikit. Apapun perbezaan harga memang ada jika dibandingkan dengan kedai Kek Sayang.


Sekian, hingga bertemu lagi, wassalam.

Rabu, 27 Ogos 2014

Balik kampung

Assalamualaikum..


Pagi tadi Azz tanya suami, jadi tak nak balik tengok tokwan?  kalau jadi nak masak moi. Dia boleh aja... selepas dapat lampu hijau, Azz terus capai periuk dan masak. Dulu.. tokwan suka makan moi yang dimasak dengan udang kering dan serai. Azz cuma perasakan dengan sedikit garam dan sedikit pati santan. Hmm... sedap tu. Dah siap masak, kami bersiap dan terus pi.


Sejak pagi tadi, hujan turun dengan sangat lebat. Cuak juga nak tinggalkan rumah, takut banjir kilat. Tapi... suami  kata, tawakkal je lah. Hujan lebat ni berterusan hinggalah kami sampai ke kampung.


Sampai kat sana, cuma tokwan dan sepupu anak paklang yang tolong tengok-tengokkan tokwan, pendek kata jaga tokwan lah sepanjang minggu ni. Tokwan sebenarnya dah seminggu tak lalu dan tak mau makan. Dah puas depa semua pujuk, tapi tokwan makan sikit ja. Hari ni, kami pula nak pujuk tokwan makan. Kesian... dah seroh macam lepas raya hari tu. Nampak lemah sikit.


Semasa kami sampai, tokwan tidur. Mungkin sejuk kot, hujan lebat macam ni. Kami panggil tokwan. Dia buka mata, kami bersalaman. Kemudian dia nak tidur balik. Kami panggil tokwan semula dan tunjukkan bekal yang kami bawa. Azz tanya tokwan nak makan tak? dia beri isyarat, dia nak.. Jadi Azz pun cepat-cepat pi cedok moi yang Azz bawa tadi.


Suami dan sepupu tolong angkat tokwan dan bagi dia duduk dengan stabil. Azz beri tokwan minum air dulu. Tokwan cuma minum seteguk saja.. kemudian Azz suapkan sesudu moi tadi. Tokwan makan... tapi nampak macam sakit perut. Iya lah, dah tak makan, perut kosong, dah tentu berangin perutnya. Kesian juga, nampak perit sakitnya bila makanan dah masuk ke perut. Azz nak suap sekali lagi, tokwan dah tolak.... tapi kami pujuk juga berkali-kali. Tokwan makan juga satu suap lagi. Kali ketiga Azz nak suap, tokwan dah tolak. Dipujuk pun dah tak mau makan dah, dah angkat tangan. Tokwan dah tak mau makan. Dia nak tidur balik. Tak apalah.


Hujan masih lagi turun, kami tak duduk lama sebab dah pukul 11 pg lebih. Suami dah masuk kerja. Kami bersalam dengan tokwan dan bagitau dia kami dah nak balik. Azz habaq kat tokwan, nanti kami mai lain... kemudian kami pun beredar. Kami baru je nak masuk ke dalam kereta, paklang dan isteri dia balik. Tak jadi lah pulak... kami masuk semula ke dalam rumah dan berbual sekejap dengan mereka. Kemudian kami pun terus balik. Hujan pun nampak dah reda sikit dari tadi.


Alhamdulillah, kami sampai ke rumah dan syukur juga, walaupun semasa tinggalkan rumah tadi hujan sangat lebat tapi tak berlaku banjir kilat, Alhamdulillah.

Rabu, 20 Ogos 2014

Kenapa lama meyepi?

Assalamualaikum sahabat semua.
Kenapa menyepi?  aduhai...... bulan puasa dah kata sibuk, lepas raya pun sibuk lagi?  hmmm, ni kira tahap ..... ??  Bukan tak nak menulis kawan tapi (he.. he... alasan lg) bila laptop buat hal, aduh..... malas betul nak edit. Jadi susah. Lain yang Azz buat, lain pula hasilnya. Pening kepala. Dulu.... lambat, dah diservis. Sekarang macam nyanyuk pula. Alahai..... entah apa yang tak kena.

Bila menulis kat tablet ni, kecil tu dah satu bab yang tak boleh diubah-ubah dah. Masalahnya hanya pada gambar. Langsung tak boleh edit. Sekali masuk, ha..... besaq gedabak! bila edit kat laptop pula lain pula jadinya. Hm..... malas nak pikiaq la. Tu yang Azz tak menulis tu..... -salah satu alasan...

Bila anak-anak balik pula. Ha... depa la guna laptop. Ber- fb siang hingga ke malam bergilir-gilir. Emak nye....... ? tak dapat la.... sibuk je memanjang. Jadi 'chef' . Ada-ada je yang depa nak makan. Masak ni dah macam-macam menu tapi tak sempat nak ambil gambar pun - lupa pun ada. Biasanya lepas siap masak, teruih makan! dah ingat dah nak ambil gambar dulu ka apa. Dah habis masak, mengemas pula..... Kalau semua anak-anak ada kat rumah, pendek kata sibuk tu memanjang hingga ke malam. Banyak hal yang nak diuruskan, banyak aktiviti juga yang nak dilakukan. Masa tu lah nak balik kampung, masa tu jugalah nak bawa anak pi jalan-jalan.

Sibuknya..... itu lah dunia hidup Azz. Banyak masa untuk keluarga sahaja dan itulah juga perkara yang membahagiakan.... dan yang paling indah untuk dikenang. Saat kita membesarkan anak-anak dengan segala ujian dan cabaran. Inilah masanya, saat kita bersama anak-anak. Ketika mereka masih di sekolah rendah dan menengah. Mereka memang selalu dekat dengan kita kan...

Rabu, 16 Julai 2014

Birthday Adik

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, birthday adik anak bongsu Azz.
Cuma adik je yang tinggal kat rumah. Itupun sebab masih bersekolah rendah lagi. Kakak yang dua orang tu..... dah masuk ke sekolah berasrama.
Birthday adik tahun ni, jatuh pada bulan puasa. Lagi pun, kakak yang berdua tu pun tak ada... jadi nak masak sesuatu yang special sikit, nanti kan..... tak ada orang yang nak memeriahkan suasana. Kesian adik...... 
Jadi walaupun kakak tak ada, untuk meraikan adik, abah nak ummi buatkan sebiji kek untuk adik. Sebelum ni pun, adik dah pernah minta umminya buatkan kek. 
Pagi tu.... ummi keluar dengan abah beli barang sikit dan petang tu, ummi dah mula siapkan bahan dan terus buat je.... Ummi buatkan adik sebiji kek span coklat. Resepinya dari blog Rahel. Alhamdulillah, menjadi dengan cantik sekali.
Kek dah menjadi, yang jadi masalah nak menghiasnya.... alahai, ummi ni 'keras tangan'. Manalah pandai bab2 deko ni.... walaupun ummi suka melihat kek2 yang dihias cantik. Ummi bukanlah hebat sangat macam Chik Azlita, Masam Manis tu........ yang sangat kreatif menghias begitu begini. 
Apa pun, kena buat juga.... tak kan lah, nak hadiahkan adik kek yang kosong macam tu... kesian lah pulak.
Akhirnya..... sehingga hampir waktu berbuka, berjaya juga ummi siapkan deko ringkas hasil 'keras tangan ' ummi ni.
Walaupun ummi tak lah puas hati dengan hasil deko yang tak seberapa tu..... 
adik kata "tak pa lah ummi, dah cantik la tu....... " Alhamdulillah rupanya anak yang sorang ni tak lah terlalu 'berkira' tentang kecantikan keknya.
dan malam tu, kami raikan adik dengan beberapa orang sepupunya.
Happy Birthday Adik............. Ummi sa........yannnnnggg adik!

Khamis, 10 Julai 2014

Jemputan ke Majlis Pelancaran Tahfiz Ulul Albab

 Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum.
Hari ni khamis, petang ni nak pi ambik anak-anak kat asrama. Rutin biasa setiap minggu... Bulan puasa ni, anak-anak balik setiap minggu berbanding bulan biasa cuma dua minggu sekali. Setiap kali anak-anak balik, setiap kali itu jugalah bertambah sibuknya hari-hari Azz. Ada-ada saja.... macam-macam hal, macam-macam permintaan.


Petang ni, selepas ambil kakak kami sekeluarga akan terus ke sekolah aina. Ada majlis besar hari ni. Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan dan juga Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah. Wah.... panjangnya.... Semua waris pelajar tingkatan 1 dijemput. InsyaAllah, kami akan hadir. 



Selasa, 8 Julai 2014

Roti Jala Cicah Kuah Durian

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Assalamualaikum semua....
Hari ni Alhamdulillah dah sepuluh hari kita berpuasa. Terasa begitu cepat masa berlalu..... Ramadan cuma tinggal dua puluh hari saja lagi.... Apabila dihayati indahnya ramadan, takkan terucap dengan kata-kata. Jika diizinkan mahu saja ku meminta pada Yang Esa, agar dipanjangkan ramadan ini, bukan hanya sebulan sahaja.... tapi itu lah ketetapan-Nya. 

Alhamdulillah, hari ahad lepas ada sedara kirimkan karipap kepada Azz sekeluarga. Banyak juga, karipap sejukbeku. Bila nak makan baru goreng.Hmm, sedap makan panas-panas. Pada hampir waktu berbuka, Subhanallah, suami bawa balik kuih ni... roti jala. Pemberian seorang pelanggan yang juga kenalan kami. Bila dibuka bungkusannya ada sepuluh gulung roti jala dan yang menariknya, kuah cecahannya..... kuah durian.

La.... selama hidup Azz, tak pernah Azz makan roti jala cicah kuah durian. Aduh.... terasa kerdilnya diri ini.
Teragak-agak Azz, anak dan adik nak makan. Sedap ke?? Selama mengenal kuih roti jala ni, dok makan cicah dengan gulai ja, biasanya gulai ayam lah. Tak pernah tengok pun orang sekeliling mahupun keluarga makan roti jala cicah kuah durian. Setahu Azz, kuih serabai ada la... cicah kuah durian.

Bila tiba waktu berbuka, selepas menikmati kurma dan sedikit air. Azz pun cubalah..... wahh!! sedap rupanya..... kuih yang lembut dicicah dengan kuah durian yang masih suam suhunya serta cukup lemak manisnya. Nikmatnya...  lepas suap nak suap lagi, memang sedap sangat!! Alhamdulillah, terima kasih Kak Na atas pemberian kuih ni... Ya Allah, daku bersyukur atas nikmat rezeki-Mu ini.... Ameen.


Rabu, 2 April 2014

Bertukar URL

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Assalamualaikum,

Kepada semua sahabat dan para pelawat, mulai hari ini, saya nak maklumkan yang saya telah menukar url dari //ummiaishah2278.blogspot kepada //aisyahaz-zahra2278.blogspot.com, atas sebab-sebab tertentu. Begitu juga nama blog yang telah di tukar kepada Aisyah Az-zahra. Saya mohon ribuan maaf kepada anda semua, jika timbul kesulitan pada semua pengunjung blog. Terima kasih kepada anda yang sudi mengikuti catatan di blog ini.

Isnin, 17 Mac 2014

Allah lah Sebaik-baik Perancang

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Gambar: LAPORAN KHAS MH370 | Ikuti Laporan Khas MH30 

SAUDARA PADA WAKTU INI, KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA SIARAN RAKAMAN, SIDANG MEDIA KEHILANGAN PESAWAT MAS PENERBANGAN MH370, BAGI MENGETAHUI PERKEMBANGAN TERKINI BERKENAAN TRAGEDY MH370.
SIDANG MEDIA INI  BERLANGSUNG PADA JAM 5.30 PETANG TADI DI PUSAT MEDIA KLIA. 
OLEH PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN.

TERBITAN DJ Mazlina Ismail IKIMfm.

#PRAYFORMH370

Hari ni dah sepuluh hari MH370 hilang.
Hilang dari pandangan, hilang dari pengetahuan kita semua...

Marilah kita semua, teruskan ikhtiar dengan usaha dan doa,
moga-moga, suatu hari nanti...
Allah perkenankan doa diantara kita...
Allah berikan petunjuk Nya...
Allah bukakan hijab Nya...
dan
semoga kita akan menemui semula MH370
 dengan Izin Nya... 
dan 
dengan Rahmat Nya...
Amin...

***********************************

Allah lah Sebaik-sebaik Perancang

Setelah sepuluh hari, masih tiada khabar berita tentang MH370.
Malaysia dan negara yang membantu telah menggunakan segala kepakaran dan teknologi yang sedia ada tetapi masih tiada berita tentang penemuan MH370 ini.
Kita semua maklum, daripada 14 buah negara yang terlibat untuk menolong Malaysia
dalam misi mencari ini, kini telah meningkat kepada 25 buah negara.
Sungguh lah besar... pertolongan ini, dan tentunya dengan izin Nya.
dan kita lihat di seluruh dunia, doa dipohon kepada oleh sesiapa sahaja yang bersimpati
dengan nasib semua penumpang dan anak kapal MH370.
Bukankah Allah suka, jika kita bermohon dan merayu kepada Nya.

Kita semua hendaklah bersangka baik kerana 
Allah adalah sebaik-baik perancang.
Kita pun tidak tahu, kenapa Allah pilih kita 'Malaysia' untuk menerima ujian ini.
Adakah ini adalah diantara 'musibah' ?
setelah yang terdahulu antaranya,
banjir besar pada tahun lepas,
jerebu, cuaca kering tanpa hujan,
tak ada air sehingga perlu dicatu
dan terkini kehilangan MH370.

Pernahkah ada diantara kita berfikir, ini ujian dari Allah atau musibah? 
atas segala 'dosa' yang berlaku di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Bagaimana perlaksanaannya? adakah mengikut 'acuan' Islam?
Ayuh ! bangunlah! kembalikan diri kita, keluarga kita dan negara kita
kepada cara hidup yang dituntut oleh Islam.
Islam tidak menolak pembangunan.
Oleh itu, bangunlah kamu bersama Islam!
Majukan dirimu, bangsamu, masyarakatmu, negaramu, bersama Islam.

Adakah sebahagian dari kita berfikir dan terfikir...
akan segala ujian yang berlaku ini ?
Bukankah Allah itu Maha Penyayang... Lagi Maha Mengasihani.
Kita di uji kerana ...
Allah mahu lihat kita...
kesabaran kita dalam menangani keadaan,
keimanan dan tahap kebergantungan kita kepada Nya.
dan ujiannya juga, sebagai PERINGATAN.
Kita juga perlu tahu,
yang Allah sangat sayangkan kita melebihi diri kita sendiri.
Allah tak mahu kita lalai... dan terus leka dengan dunia.
kerana itu kita diberi PERINGATAN.
Untuk kita menginsafi kesalahan,
untuk kita mengakui kelemahan kudrat kita
serta keterbatasan akal kita.

Disebalik PERANCANGAN-NYA, ada HIKMAH-NYA.
Yang Maha Mengetahui itu hanyalah ALLAH.
Yang Maha Berkuasa itu juga hanyalah ALLAH.
Hanya kepada Nya lah, kita berserah dan memohon pertolongan.
Alam ini adalah HAK-NYA.
Kita hanyalah hamba... yang berada dalam naungan RAHMAT-NYA.

sebagai renungan...
Pernah beberapa bulan yang lepas,
seorang ulamak dari negara arab ( maaflah dah lupa siapa dan dari mana),
berpesan kepada umat Islam di Malaysia, supaya menjaga negara.
Kerana katanya, pihak barat mahu menjatuhkan ekonomi
negara-negara di Asia dan diantaranya China.
Ulamak tersebut bercakap di salah satu siaran tv kita.
Maaflah, itu sahaja yang teringat di kepala.
Masih terbayang beliau ditemuramah oleh wartawan dan beliau memakai
serban yang besar dan bercakap bahasa arab.

Kita semua mengikuti perkembangan maklumat semasa dari hari ke hari melalui media semasa.
Sebaiknya, kita semua hendaklah bersangka baik. Menulis dan berkongsi perkara yang baik.
Janganlah kita meniru cara orang lain, berkongsi cerita, biar pun belum pasti adakah
ia cerita atau berita yang benar atau tidak. 
Ingat lah, apabila kita bercakap perkara yang tidak benar, itu adalah fitnah! 
dan jangan lah kita menghampirinya.
Dosa fitnah sangat berat kerana akan diazab oleh Allah.
Bersama-samalah kita berusaha menjauhinya.

Berikut petikan tentang "Fitnah"
sumber : http://www.shiar-islam.com/

“FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih. 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10) 

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.”(Q.S. al-Hujurat: 12) 


PANDANGAN KAPTEN NORUDIN MISTERI MH370 HILANG


Kapten Norudin



Menurut Kapten Norudin, pesawat itu hilang. 100% hilang. Full Stop. Kita adalah orang beriman. Kembalilah kepada Sang Pencipta. Kalau tidak hilang, ia takkan hilang tiba-tiba. Allah memberi kita segala cara dan kunci untuk menemui apa sahaja. Kita mestilah menggunakan kebolehan pengetahuan dan kebolehan orang-orang tertentu.

Apabila ditanya, apakah iktiar lain yang kita harus lakukan untuk menemui MH370, beliau menjawab kembalilah kepada Allah. Kita telah jauh dari maksud sebenar hidup ini. Berdoalah, doa dari orang yang Soleh, orang yang dekat dengan Allah, yang percaya dengan Allah. Doa dari keluarga terdekat penumpang dan anak kapal. InsyaAllah, Allah akan bantu dengan penuh rasa kasih sayang.

Sebenarnya blog terbabit (http://www.illustrasiaku.com/) menyediakan sedutan video temubual MHI dengan Kapten Norudin tetapi sayangnya telah di 'PADAM'.

"Malaysia Hari Ini TV3 MH370..."
Video ini tidak lagi tersedia kerana tuntutan hak cipta oleh Grand Billiance Sdn. Bhd.

Inilah kenyataan yang terpapar pada video tersebut.

Sumber : http://www.illustrasiaku.com/
Sumber imej : Ikim.fm dan Google

Wallahua'lam.





Selasa, 11 Februari 2014

Ter...salah pos entri

Sebenarnya ummi dok mengarang entri ni pakai tablet. Dah siap, masuk gambar dan terus je pos. Tak perasan langsung! rupa2nya ummi dah tersalah pos ke blog sendiri...!  Sebenarnya ia untuk blog en suami.
Tapi tak pa lah.... tentu kawan2 semua boleh tengok kan.... itulah kerja ummi, ambil tempahan membuat seluar silat.  Kalau blog tak ter...update tu, itulah halnya. Duk mengadap mesin jahit la...

Selasa, 7 Januari 2014

Bawa anak-anak Pi jalan-jalan...

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Assalamualaikum...
- Wah..., lamanya tak update blog...... -

**************

Alhamdulillah.... pada penghujung cuti sekolah yang lepas, 
ummi dan abah sempat bawa anak-anak pi jalan2.
Walaupun hanya tiga hari sahaja pergi dan balik semula ke rumah,
memadailah... untuk anak-anak. 
Walaupun sedikit penat, tapi mereka sangat suka... 
Syukur, Alhamdulillah kami sebagai ibubapa dapat beri sedikit keriangan
serta pengalaman buat mereka.
Melihat bumi ciptaan Allah yang sangat luas, indah dan pelbagai....
Subhanallah!! hebatnya Allah dengan segala ciptaan-Nya.

Ummi akan kongsikan pengalaman serta gambar2
yang sempat kami ambil. Ada ba......nyak sangat gambar.
Ummi akan kongsikan dengan kengkawan sumue, sebahagian darinya. InsyaAllah.

Sekarang ni, ummi agak sibuk. Ini pun dah 'curi' sedikit masa yang sibuk tu
untuk update blog yang dah nak bersawang ni....
ok, hingga jumpa lagi..., bye sumue...

wassalam.

Selamat Datang 2014

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Rabu, 18 Disember 2013

SEMAKAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN NEGERI, KRK, KAA, SMKA DAN SABK AMBILAN JANUARI 2014

Bismillahirrahmanirrahim


Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi melalui alamat sesawang http://public.moe.gov.my dan semakan SMS dengan menaip MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>Angka Giliran UPSR (contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001) dan SMS ke 15888. 

Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia


SILA KLIK PAUTAN INI :


masukkan angka giliran anak anda
dan log masuk

Jumaat, 13 Disember 2013

Makan apa pagi ni?


Salam pagi jumaat sumue.....
Hari jumaat yang mulia ni, jangan lupa selawat nabi.
Selawat nabi banyak2, banyak kelebihannya.

dah sarapan ?
ummi dah.... masak nasi lemak tadi.
Jom makan.

Rabu, 4 Disember 2013

Balik kampung lagi

Petang tadi ummi bawa semua anak2 balik kampung dengan cikna. Malam ni malam yang ke tiga diadakan tahlil. Kami bawa ayam panggang yang dipesan, 15 ekor ayam harganya rm270. Kami sampai pun hampir 7 mlm. Kami tolong apa yang patut sehinggalah majlis berakhir. Alhamdulillah, tertunailah pesan tok, buat tahlil untuknya selama tiga malam.