Memaparkan catatan dengan label Info Iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Iman. Papar semua catatan

Isnin, 15 Disember 2014

Cherita Allahyarham Tok Ayah Haji Musa tentang Kelebihan Berselawat


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad



Inilah Allahyarham Tok Ayah Haji Musa, seorang ulama di negeri Kelantan.

Nama sebenar Almarhum yang terkenal dengan panggilan Tok Ayah Haji Musa ialahSyaikhuna Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir Bin Muhammad Yusuf Hafizahullah Ta’ala.
Almarhum  yang merupakan pengamal Tariqat Ahmadiyah Al-Idrisiyah Ad-Dandarawiyah memiliki Syahadah ‘Aliyyah daripada Madrasah Darul ‘Ulum Ad-Diniyah, Makkah Al-Mukarramah dan Ijazah ‘Aliyyah daripada Kuliyah Hadith Asy-Syarif dan Dirasah Islamiyah, Jami’ah Islamiyah, Madinah Al-Munawwarah.
sumber: http://kebunketereh.com
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada januari 2013 yang lalu.
Al-fatihah.
Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Mari lah bersama-sama kita amalkan ilmu yang ditinggalkannya kepada kita.





Boleh cari video ini di Youtube dengan kata kunci :
 Kelebihan berselawat atau 
Tok Ayah Musa 

Tontonlah video ni.
Kata-katanya sangat menyentuh hati...

sumber : Youtube - Mirlme, Maahad Darul Hadis

Wallahu'alam.

Selasa, 8 Julai 2014

Kelebihan Bulan Ramadan

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ramadan Karim

Berikut sedikit info kelebihan serta amalan / ucapan dalam bulan ramadan.

Kelebihan Ramadan
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w.  Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu Syurga dan ditutupkan pintu-pintu Neraka lalu diikatkan semua syaitan.”  Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada didalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”
  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
  • Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksaan api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
  • Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  • Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
sumber : mencarijalanbalik.wordpress.com


"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:

Pertama - mengucap: 
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله

Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:

أستغفر الله

Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: 

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)

(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
sumber: http://www.islamgrid.gov.my/

Semoga menjadi peringatan buat kita .

Isnin, 12 Mei 2014

PUASA DI BULAN REJAB

بسم الله الرحمان الرحيم


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. NabiSallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:”Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.”

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud :
(“Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : ” Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal”, dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).”)

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu’) bermaksud: (“Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: “Tuhan ampunkan baginya (dosanya)” dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: “Kau telah ditipu oleh dirimu.”)

Niat puasa bulan Rejab ialah :

Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta’ala”.

Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/sept00/h_rejab.htm
sumber : pondokhabib.wordpress.com

Khamis, 3 April 2014

Keutamaan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Surah Al-Kahfi - سورة الكهف

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A002
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A003
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
(Al-Kahfi 18:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
(Al-Kahfi 18:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A006
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
(Al-Kahfi 18:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A007
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahfi 18:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A008
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
(Al-Kahfi 18:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A009
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A010
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi 18:10) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
Surah Al-Kahfi, ayat 1 - 10.
Sumber ://www.surah.my/18


KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI 
PADA HARI JUMAAT

Oleh: Badrul Tamam

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya sekelian.
Hari Jumaat merupakan hari yang mulia. Bukti kemuliaannya, Allah mentakdirkan beberapa kejadian besar pada hari tersebut dan juga ada beberapa amal ibadah yang dikhususkan pada malam dan siang harinya, khususnya perlaksanaan solat Jumaat. Berikut amalan yang mengiringinya. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ 

"Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk. . . . " 
(HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan Al Hakim dari hadits Aus bin Aus)


Amalan Khusus di Hari Jumaat

Pada dasarnya, tidak dibolehkan dikhususkan ibadah tertentu pada malam Jum’at dan siang harinya, berupa solat, tilawah, puasa dan amal lainnya yang tidak biasa dikerjakan pada hari-hari selainnya kecuali, ada dalil khusus yang memerintahkannya. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah Radhiyallaahu 'anhu, bahwa Nabi SAW bersabda;

لَا تَخُصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ ، إلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

Janganlah mengkhususkan malam Jumaat untuk mengerjakan solat dari malam-malam lainnya, dan janganlah mengkhususkan siang hari Jumaat untuk mengerjakan puasa dari hari-hari lainnya, kecuali bertepatan dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang dari kalian.(HR. Muslim, al-Nasai, al-Baihaqi, dan Ahmad)


Membaca Surah Al-Kahfi

Salah satu amal ibadah khusus yang diistimewakan perlaksanaannya pada hari Jumaat adalah membaca surat Al-Kahfi. Berikut ini kami sebutkan beberapa dalil sahih yang menyebutkan perintah tersebut dan kelebihannya.

1. Dari Abu Sa'id al-Khudri radliyallahu 'anhu, dari Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul 'atiq." 

(Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

2. Dalam riwayat lain masih dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu 'anhu,
    مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

    "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." 

    (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadis ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surah Al-Kahfi. Sheikh Al-Albani mensahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

    3. Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, berkata: Rasulullah SAW bersabda:
      مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

      Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya diantara dua jumaat.

      Al-Mundziri berkata: hadits ini diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. (Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)”


      Bila Waktu Membacanya?

      Sunnah membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada hari Jumaatnya. 
      Malam Jumaat diawali sejak terbenamnya matahari pada hari Khamis sampai terbenamnya matahari pada hari Jumaatnya.

      Imam Al-Syafi'i rahimahullah dalam Al-Umm menyatakan bahwa membaca surat al-Kahfi boleh dilakukan pada malam Jumaat dan siangnya berdasarkan riwayat tentangnya. (Al-Umm, Imam al-Syafi'i: 1/237).

      Mengenai hal ini, Al-Hafidzh Ibnul Hajar Rahimahullaah mengungkapkan dalam Amali-nya: Demikian riwayat yang ada menggunakan kata “hari” atau “malam” Jumaat. Maka dapat disimpulkan bahwa yang dimaksud “hari” temasuk malamnya. Demikian pula sebaliknya, “malam” adalah malam jumaat dan siangnya. (Lihat: Faidh al-Qadir: 6/199).

      DR Muhammad Bakar Isma’il dalam Al-Fiqh al Wadhih min al Kitab wa al Sunnah menyebutkan bahawa di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan pada malam dan hari Jumaat adalah membaca surat al-Kahfi berdasarkan hadits di atas. (Al-Fiqhul Wadhih minal Kitab was Sunnah, hal 241).

      Waktu membaca surat Al-Kahfi adalah sejak terbenamnya matahari pada petang hari khamis  sampai terbenamnya matahari pada hari jumaat.

      Keutamaan Membaca Surat Al-Kahfi di Hari Jumaat

      Dari beberapa riwayat di atas, bahawa ganjaran bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari) dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. Hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

      يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

      Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka. (QS. Al-Hadid: 12)

      Balasan kedua bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat berupa ampunan dosa antara dua Jumaat. Mungkin inilah maksud dari disinari di antara dua Jumaat. Kerana nurr (cahaya) ketaatan akan menghapuskan kegelapan maksiat, seperti firman Allah Ta’ala:

      إن الحسنات يُذْهِبْن السيئات

      Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.(QS. Huud: 114)


      Terhindar dari Fitnah Dajjal

      Manfaat lain surat Al-Kahfi yang telah dijelaskan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah untuk menangkal fitnah Dajjal iaitu dengan membaca dan menghafal beberapa ayat dari surat Al-Kahfi. Sebagian riwayat menerangkan sepuluh yang pertama, sebagian keterangan lagi, sepuluh ayat yang terakhir.

      Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah SAW bersabda:  
      Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (berada di zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.

      Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi SAW bersabda,:
      Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal. iaitu dari huru-haranya.

      Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93)
      Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, kerana pada awal surah Al-Kahfi itu terdapat / berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah dajjal. Demikian juga pada akhirnya. 
      Firman Allah:

      أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ

      Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong, selain Aku? . . . 
      QS. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)


      Penutup

      Dari penjelasan di atas, setiap muslim patut memiliki kemahuan untuk membaca surat Al-Kahfi dan menghafalnya serta mengulang-ulangnya. Khususnya pada hari yang paling baik dan mulia, yaitu hari Jumaat. Wallahu Ta’aa a’lam. [PurWD/voa-islam.com]

      Artikel disunting dari (sumber) : http://www.voa-islam.com
      Sumber surah dan terjemahan : http://www.surah.my/18

      * sekadar perkongsian ilmu bersama para sahabat sekalian. semoga beroleh manfaat darinya.
        yang baik itu datangnya dari Allah, yang sebaliknya itu datang dari kelemahan diri Azz    sendiri.

      Wallahua'lam.

      Rabu, 29 Januari 2014

      Menghidupkan Amalan Sunnah Dalam Kehidupan Seharian

      Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim







      Ummi terjumpa satu artikel yang sangat menarik ketika 
      ber'blogwalking' di sini, 
      alyazaira-mentarisenja.blogspot.com
      dan sumber asalnya pula dari sini : 
      Marilah kita sama-sama berkongsi ilmunya...


      ADAB TIDUR

      1. Sebelum tidur ambil wudhu. 

      2. Pastikan kita telah solat sunat Taubat dan sunat Witir iaitu amalan Rasulullah s.a.w. 


      3. Habiskan bacaan Al-Quran iaitu surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk. Rasulullah s.a.w. tidak tidur selagi  tidak baca dua surah ini.


      4. Kibaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri berserta doanya:





      5. Sekiranya hendak bangun tahajjud, bacalah surah Al-Kahfi 
      ayat 107-110. 
      Niat untuk bangun tahajjud dan jika tidak terjaga masih mendapat pahala.


      6. Baca Ayatul Kursyi 3 kali dan ayat-ayat terakhir surah Al-Baqarah bermula dengan "Amanarrasul...".

      7. Baca Zikir Fatimah ( Tasbih 33 kali, Tahmid 33 kali dan Takbir 34 kali - Allah kurniakan kekuatan dua orang hamba sahaya).

      8. Bacalah 4 Qul sebanyak 3 kali dan tiap kali hembus pada tapak tangan dan sapu seluruh tubuh kecuali kemaluan dan tapak kaki. Kelebihannya Allah swt jauhi daripada terkena sihir dan godaan syaitan.

      9. Apabila hendak pejamkan mata (tidur), bacalah doa ini




      10. Tidurlah ikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan menghadap ke Qiblat. Tangan kanan di bawah pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri. Zikir atau selawat hingga terlena. Sebaik-baiknya zikir Allahu.

      11. Apabila mendapat mimpi yang elok ucapkan Tahmid (Alhamdulillah) dan apabila mimpi yang buruk ucapkan Ta'awwudz (A'udzubilaah) berserta isyarat ludah ke sebelah kiri.

      12. Apabila bangun dari tidur bacalah doa ini:




      13. Apabila bangun dan masuk bilik air, basuhlah tangan dahulu sebelum membasuh muka dan selawat.


      14. Tidur kita seluruh malam dikira ibadah jika doa ini dibaca:




      15. Sunnah pakai celak sebelum tidur tapi pastikan jenis celak terlebih dahulu. Kelebihannya mencantikkan mata, menyinarkan mata dan jika diamalkan dengan istiqamah dan yakin maka mata tidak akan kabur. Sapu celak di mata kanan 3 kali dan mata kiri 2 kali. Doanya:








      Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali k.w.h. ketika hendak tidur:
      1. Baca Fatihah 4 kali - seperti menderma 84 000 di jalan Allah swt.
      2. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali - seperti mengkhatam sebuah Al-Quran.
      3. Selawat 10 kali - seperti mengerjakan haji yang mabrur.
      4. Istighfar 10 kali - seperti menyatukan 2 orang Muslim yang sedang bertelingkah.
      5. Ucapkan Tasbih, Tahmid dan Takbir (Subhanallahu walhamdulillahi wa lailahaillallahu wallahu akbar) sebanyak 4 kali, fadhilatnya akan masuk syurga tanpa hisab. 

      ----------------------------------------------------------------------------


      ADAB MEMASAK

      1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

      2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu dan bawalah 6 sifat dalam diri kita.

      3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.

      4. Masuk ke dapur bacalah doa :

      "Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisimu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami". 


      5. Doa waktu menyukat beras ialah:





      6. Doa membuka periuk ialah:





      7. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi ka-syifah" dan 
      kacau dari kanan ke kiri.

      8. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:



      9. Doa semasa meletak periuk atas dapur:





      10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas 
      bacalah doa ini:



      11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.




      --------------------------------------------------------------------------------




      ADAB-ADAB PERJALANAN


      Jika kita melakukan perjalanan semata-mata kerana Allah swt. dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. , maka perjalanan tersebut akan dinilai sebagai ibadah dan akan mendapat pahala dari Allah swt. Berikut adalah adab-adab perjalanan:

      1. Sebelum memulai suatu perjalanan, sebaiknya kita melaksanakan solat Safar sebanyak 2 rakaat dan berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kita, rezeki kita, tempat tinggal dan juga ilmu yang akan kita pelajari.
      2. Ketika kita akan keluar rumah, sebaiknya kita membaca doa :


                     

        "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah".





      3. Keluar rumah dengan mendahulukan kaki kiri tetapi memakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan.

      4. Hendaknya berpergian dengan berjamaah, jangan melalukan perjalanan seorang diri terutama pada malam hari.

      5. Menaiki kenderaan dengan membaca BISMILLAH dan duduk di dalam kenderaan dengan membaca ALHAMDULILLAH.

      6. Ketika berada di dalam kenderaan, membaca doa perjalanan iaitu:






      "Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini bagi kami, padahal kami tidak sanggup mengendalikannya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami".

      Kemudian membaca ALHAMDULILLAH 3 kali dan ALLAHU AKBAR 3 kali.



      7. Jika kenderaan mulai bergerak, kita disunnahkan membaca doa:





      "Ya Allah, mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan dekatkanlah bagi kami jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan pengganti penjaga dalam keluarga".



      8. Apabila jalan naik bukit ucapkan ALLAHU AKBAR ; 
      apabila jalan turun bukit ucapkanlah SUBHANALLAH 
      apabila jalan mendatar ucapkanlah ALHAMDULILLAH 
      dan jika jalan berliku-liku ucapkanlah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.



      9. Ketika menaiki kapal laut atau kapal terbang, kita disunnahkan membaca doa:




      "Dengan nama Allah pada waktu berjalannya dan pada waktu berlabuhnya, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".




      10. Apabila melihat masjid maka ucapkanlah selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apabila melihat tempat peribadatan agama lain maka ucapkanlah:





      "Tiada Tuhan selain ALlah (tiga kali). Tiada yang berhak disembah kecuali Allah".



      11. Apabila nampak kemewahan dunia semasa dalam perjalanan, 
      maka ucapkanlah:





      " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia".


      12. Walaupun sedang melakukan perjalanan, sebaiknya kita berhenti apabila waktu solat telah tiba.

      13. Apabila kita telah sampai ke rumah yang kita tuju, maka ucapkanlah :


      "Ya Allah, turunkanlah saya pada tempat yang penuh berkah dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat".

      14. Sebelum memasuki rumah, maka kita membaca:




      "Semoga keselamatan, rahmat dan berkah Allah terlimpah kepadamu".


      Sumber:
      Posted by ieyla  Info Muslimah