Ada udang lam peti ais, simpan lama-lama.... nanti hilang rasa manisnya, tak sedap pulak
Dok pikiaq la ummi... apa nak buat?
teringat pulak hari tu.... masa dok tengah 'google'
nampaklah resepi udang butter
kebetulan kelmarin buat PAVLOVA,
kuning telur tu.... dok simpan saja..
apalagi, mulalah projek memasak ni
tapi... bila tengok resepi, alamak!
susu cair tak dak la..
habih tu nak buat lagu mana?
bantai ja lah... dah tak dak, tak payah buh le..
Udang goreng mentega
bahan-bahan:
udang (stok yang ada la..) 8 ekor
4 biji kuning telur
minyak secukupnya
2 camca besar mentega
2 pelepah daun kari
sedikit garam dan lada sulah
sedikit susu cair - yang ni tak dak
1 atau 2 ulas bawang putih
cabai melaka
Caranya:
udang di gaul dengan garam, kunyit dan sedikit lada sulah
goreng sederhana masak dengan 1 pelepah daun kari dan angkat
dalam belanga lain, panaskan dan
masukkan mentega dan minyak (agak-agak cukup la....)
tomeh bawang putih ( cincang/tumbuk) sampai wangi..
menggunakan senduk bulat, buat pusingan bulat dengan laju
tapi jaga la... nanti minyak percik tangan hampa pulak!
tuangkan kuning telur tadi perlahan-lahan sampai habih
jangan tuang dekat sangat dengan belanga.. bagi tinggi sikit
barulah dapat serpihan yang halus
( ummi tuang tak cukup tinggi kot sebab tu kurang halus )
goreng sampai nampak garing sedikit,
masukkan cabai melaka potong, buh la banyak mana nak makan..
goreng sat, lepaih tu buh udang dan daun kari
goreng sampai dia nampak sebati dan telur tadi garing
angkat, makan panas-panas
sedap jugak! walaupun tak buh susu
( kalau minyak banyak, tos dulu )
tapi kan, kalau hampa nak try masak,
hangpa mintaklah resepi asli kat pakcik 'google'
ada banyak versi masakan ni,
hangpa carilah yang sesuai, ok.
tapi ummi nak peringat kat hampa...
masakan ni confirm tinggi kolestrol!!
jaga-jaga, walaupun sedap,
KESIHATAN DIUTAMAKAN
sekian
TERIMA KASIH, kerana sudi melawat blog ummi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan