Memaparkan catatan dengan label Resepi puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi puding. Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014

Puding Nasi

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Azz nak simpan resepi puding arab ni di sini...
Resepi ni dari Lydia Honey, seorang yang sangat famous 
dengan resepi roti sarang lebahnya yang sangat sedap.

Bila berkelapangan, Azz pun nak cuba resepi ni.
Kena cari beras wangi dulu... baru boleh cuba.

Rasanya mak pernah buat puding nasi ni masa Azz kecik-kecik dulu.
Sekarang mak tentu dah tak ingat resepi puding nasi lagi.
Tapi tak pa.... dah dapat dah resepi ni.
Bila buat boleh bagi mak rasa...

Rabu, 14 Mei 2014

Puding karamel tanpa telur yang sangat sedap

بسم الله الرحمان الرحيم


Assalamualaikum.
Terhasilnya puding ni atas permintaan anak solehah, yang nak sangat makan puding karamel. Dah pesan sejak dari sekolah lagi... Kali ni ingat nak mencuba resepi baru, puding karamel tanpa telur pula. Sebelum ni dah buat, walaupun sangat sedap, tapi hidung tak selesa dengan 'aroma' telur. Jadi, saya mengadap pakcik google dan cari resepi... setelah ke sana dan ke sini, hati saya terpaut pada resepi ni. Jadi saya buat lah. 

Saya sediakan semua bahan yang diperlukan. Setelah sukat, saya main campak2 je... kat dalam periuk. Akibatnya.... saya dah salah tengok bahan... Saya tersalah tengok tepung kastard. Saya ingat 1/2 cawan, jadi saya sukat dan masukkan. Kemudian tengok semula untuk masuk bahan lain. Tiba-tiba terperasan, alamak!! dah salah la... 3 sdb ja tepung kastard. 1/2 cawan tu, susu pekat. Jadi, risau juga takut puding jadi kental, saya tambahkan lagi secawan air dan 2 sudu besar gula lagi. Alhamdulillah, menjadi juga resepi ni dan tetap lembut dan sangat sedap. Yummy..  Maaflah tuan punya resepi, saya dah 'ter' ubah resepi sedap ni. Tulisan biru tu, yang saya tambah / ubah. Jom semak resepinya. 


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR 

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir - saya guna loyang besar, jadi saya tambah lagi 2 sdb gula

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air - saya tambah 1 cawan 
1/2 cawan gula pasir - saya tambah 2 sdb
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb tepung kastard - saya tersalah letak 1/2 cawan
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Cubalah resepi ni. Rugi tau kalau tak cuba...

Rabu, 12 Februari 2014

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum....
Hari ni nak share satu resepi yang dah lama terperam resepinya.... akhirnya tertunailah hasrat hati nak buat puding marble yang dah lama 'femes' ni... orang lain barangkali dah berpuluh kali membuatnya, ummi baru nak menerai...  Ummi c&p resepi asal.



PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam * - ummi cuma guna 1 biji saja
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo - ummi guna choc emulco
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar halus.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
puding marble sebelum dipotong

Khamis, 5 Disember 2013

Puding Gula Hangus

Catatan pada Rabu, 4/12/2013


PUDING GULA HANGUS

Hujan turun memanjang sejak kelmarin lagi sampailah ke petang ni, dan cuaca pun sejuk je..... tapi tekak ni terasa nak makan sesuatu lah pulak. Buat puding pun bleh jugak kan? walaupun orang lain selalu buat sesuatu yang sejuk ni untuk dimakan sewaktu cuaca panas.... hm, ummi? ummi tak kisah.... kalau dah rasa nak makan, buat je la...
Karamel atau gula hangus?  sama je..., kan. Kita melayukan namanya walaupun selalu juga orang panggil puding karamel. Istimewanya puding ni, sebab tak pakai telur. Jadi tak adalah bau telur, ye tak?
Ok, jom tengok resepi.


Resepi Puding Gula Hangus
sumber : koleksi resepi ummi

Bahan2:

Bahan A: buat gula hangus
1/2 cawan gula pasir
sedikit air - anggaran 50 ml

Masak gula pada api perlahan hingga gula hancur dan berwarna perang keemasan.
Masukkan sedikit air untuk melarutkannya dan tuangkan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
Ketepikan.

Bahan B:
10g agar-agar bertali
700 ml air
1/3 cawan gula pasir
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung *
2 sudu besar tepung kastard *
100 ml air *
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:
1. Masak agar2 dengan 700 ml air hingga larut. Kalau rajin tapis dahulu,
    kemudian masukkan balik ke dalam periuk.
2. Masukkan gula, kacau hingga larut.
3. Masukkan susu cair, masak pada api sederhana. Kacau secara berkala hingga ia didih
    dan masukkan esen.
4. Larutkan bahan *, tapiskan ke dalam periuk. Kacau hingga ia larut, pekat dan didih.
    Tutup api.
5. Tuangkan ke dalam loyang berisi gula hangus tadi.
6. Sejukkan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk 2-3 jam.
7. Hidangkan.

gula hangus, tuang ke dalam loyang
puding yang telah siap, sejukkan dulu...
selepas disejukkan dalam freezer, telangkupkan loyang ke dalam bekas yang lain
untuk mengeluarkan puding.

SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 28 September 2013

Puding Triffle 2

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Ummi cuba masak puding triffle, rasa teringin nak makan...
Ummi ambik resepi ni dari blog linapg.blogspot.com.
*kredit pada tuan punya blog
Inilah resepinya,

PUDING TRIFFLE

bahan-bahan:


1 biji kek gulung - ummi guna perisa pandan
1 tin buah koktel - asingkan buah dan jusnya
1 cawan tepung kastard * kena kurangkan sikit
1/2 cawan gula *           
1 tin susu cair  *
1 tin air *
1 kotak jeli kristal NONA
400 ml air
loyang atau bekas yang sesuai

caranya:
1. Potong kek 1 - 1 1/2 cm. Susun dan padatkan ke dalam bekas yang sesuai.
Basahkan kek dengan jus koktel tadi.

2. Masak bahan bertanda * dengan api kecil sehingga nampak meletup-letup dan berkilat.
Tuangkan ke atas kek tadi, ratakan dengan segera.


3. Taburkan buah koktel dan tekan sedikit supaya ia tenggelam ke dalam kastard tadi.

4. Larutkan serbuk jeli ke dalam air dan masak hingga didih.
Tuangkan perlahan-lahan ke dalam bekas tadi.


5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais.

6. Sedia untuk dimakan, bila sejuk.... enak rasanya, nyum nyumm!!


** ummi rasa sukatan tepung kastard agak banyak sebab ia cepat mengeras dan tak sempat nak ratakannya
     lain kali nak kurangkan kepada 3/4 cawan saja.
ataupun...
     mungkin ummi yang tak pantas meratakannya...



Selasa, 24 September 2013

Puding Triffle 1

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


Resepi Puding Triffle

PUDING TRIFLE 

Bahan-bahan 

1 tin susu cair

1 sudu besar gula

4 sudu besar tepung kastard

1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard

½ biji kek gulung sederhana saiznya (guna yg wrna hijau perisa pandan tu lg sedap!)

1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya

1 peket agar-agar jeli kristal Nona

1 mangkuk air panas

Cara-cara :

1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.

2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.

3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.

4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.

5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.

6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.

7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 

Isnin, 23 September 2013

Puding Roti

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Minum petang hari ni, Puding Roti dengan Teh O Panas Pudina
D

Hari ni ummi buat puding roti.
Resepi ni ummi ambil dari pakcik google,
maaflah, lupa nak salin dari mana sumbernya.

Seperti biasa, ummi cuma buat separuh adunan saja
dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri
Al maklumlah bukannya ramai sangat kat rumah ni. 
Kalau buat banyak, tak habis... kan membazir.

Jom kita tengok resepi yang ummi cuba ni..

PUDING ROTI

A
5 keping roti putih - dicarik / dipotong sesuka hati
1 cawan susu cair / segar
caranya: rendamkan roti ke dalam susu sehingga ia kembang dan meresap - 20 minit +

B
2 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 biji telur ( ummi guna saiz B )
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
kismis dan coklat chip - secukupnya 

caranya:
pukul sebati semua bahan
campurkan A ke B
taburkan kismis dan coklat chip
*tambahkan buah-buahan yang dihiris - jika suka
 gaul rata
bakar 30 minit pada suhu 190 c atau sehingga masak / sedikit perang

sebelum bakar
C
Sos Kastard

1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula
1 sudu makan tepung kastard

caranya:
masak semua di atas api sederhana sehingga didih dan sedikit pekat
tuangkan ke atas puding

gambar atas : sedang masak
gambar bawah : setelah masak

Selamat Menjamu Selera