Isnin, 2 September 2013

DIARI: Pulau Langkawi - hari 2 - bahagian 1


JUMAAT, 19 APRIL 2013

Selesanya tidur... tapi ummi kerap jaga, sejuk. Katil ummi dekat dengan a-con. Pagi, selepas siap ummi keluar dengan abah. Kami pi makan dulu sebab yang lain masih nak tidur lagi.

Kami makan kat medan selera dekat dengan simpang selepas keluar dari Riverra Inn. Tapi ummi dah tak ingat apa nama medan selera tu... maaf lah ye. Ada banyak pilihan, dari nasi berlauk, kuih, mee goreng dan macam-macam lah. Harga berpatutan. Ummi pesan neslo. Mak oi... kaww punya neslo dan sangat sedap!! rm 1.80.

Selepas makan, masih awal lagi jadi kami pi beli tiket feri siap-siap. Petang ni dah nak balik, nanti tak adalah kelam kabut. Kami ambik tiket jam 7 malam, bot terakhir. Kalau terlepas, tak balik lah kami..

jadual feri dari langkawi ke kuala perlis

Abah telefon cikgu nak tanya pukul berapa 'game' nak mula? tapi cikgu kata nak mula dah. La... awalnya belum pukul 8 lagi. Jadi kami pun terus je ke Komplek Sukan.
Sampai sana... dah mula pun. Kubang Pasu lawan Langkawi. Terkilan lah sikit ummi tak dapat tengok dari mula. Lagi pun tadi tercari-cari, rupanya depa tukar tempat. Kelmarin main kat padang, hari ni main kat dalam court pula.

ketika team kubang pasu berlawan dengan langkawi


Cikgu dah susah hati... sebab budak-budak ni tak dilatih dalam court. Depa semua main kat padang, kawasan terbuka... tak biasa main tempat tertutup macam ni, cahaya agak kurang dan sedikit gelap.

Beberapa orang termasuk aina, terpaksa tukar kasut sebab lantai licin. Sebab tak biasa, permainan anak-anak 'tak menjadi'. Cikgu lagi susah hati.. nak buat macam mana. Tapi kalau tengok permainan, nampak langkawi lebih cekap. Tempat depa berlatih tiap-tiap hari... tak hairan lah kan.

berehat.. selepas habis permainan

Ummi tunggu hingga anak-anak selesai bermain. Keputusannya dah boleh jangka.. dah tentu lah langkawi, mereka juara dan kubang pasu dapat tempat kedua.

Dah tau keputusan, ummi dan abah dah tak tunggu aina lagi dah. Kami pi jumpa dia selepas tu dan jumpa cikgu sekali. Kami tak tunggu sebab majlis penyampaian hadiah lambat lagi dan masih ada beberapa game yang lain. Anak-anak masih tunggu di sini untuk bagi sokongan pada pasukan sekolah menengah pula.. jadi kami balik semula ke Riverra Inn. Dekat je, Lebih kurang 5 minit dah sampai.

Sementara menunggu adik dan anak menakan siap, ummi kemaskan barang. Kami keluar dan terus check out.


Kami bawa depa semua pi makan dulu, dah tengahari. Kami pi makan tempat tadi. Lagi bertambah banyak lauknya. Ummi pesan neslo lagi. Selepas makan, kami bertolak keluar. Kat kawasan ni pun ada banyak tempat penginapan.

Kami nak pi Idaman Suri. Sampai kat sana, rupanya tutup pula hari jumaat.
Jadi kami ke Komplek HIG. Bangunan baru, besar dan luas.

Kami parking kat bawah. Semasa nak masuk, cari pintu naik ke atas tak ada... oh! rupanya belum siap lagi. Abah pilih parking kat bawah tadi sebab cuaca panas. Jadi terpaksalah jalan kaki naik ke atas.

Masuk kat sini macam-macam ada. Teruja sangat. Kami pusing merata tempat kat sini. Ada coklat, makanan ringan, kain batik, tuala, beg bagasi, set pinggan mangkuk, periuk belanga non stick, pelekat peti sejuk dan segala jenis kelengkapan rumah ada kat sini.

set dari luminarc bentuk oval, cantik kan ?

foto di dalam Kompleks HIG, langkawi

barang berjenama pun banyak dan cantik-cantik
contohnya set VISIONS, CORELLE, 
harga pun cantik juga tapi mestilah lebih murah..
asyik melihat barang, ummi lupa nak ambil gambar
yang ada
cuma dua keping ni je..

tengok kat sini semua nampak cantik...

Rambang mata memilih tapi ummi beli ala kadar je... ummi beli sudu & garfu, kain batik, coklat dan kacang cerdik. Itu pun dah lebih dari rm60. Mak mentua ummi beli banyak juga barang.

Kemudian kami ke Kompleks Kraftangan Langkawi, lebih kurang 1 tengahari rasanya. Panasnya cuaca, nasib lah kereta ada a-con, kalau tidak, masak kami....

adik bergambar dengan tok dia


Masuk ke sana, ah.... lega. Sejuk lah sikit. Selepas jalan-jalan, jumpa surau. Kami singgah sembahyang dulu. Ah... lagi lega boleh basahkan muka. Kemudian kami sambung jalan balik. Ada banyak tempat menarik kat sini. Bagus bawa anak-anak mai sini.

Kat sini banyak lah gambar yang ummi ambik.

adik di gerai kraf


gerai lukisan

lukisan batik

kat tempat mencanting batik

cantik kan.. lukisan batik ni...





ni.. kat KARYANEKA
ummi beli ikan ni, sekor rm7
pelekat peti ais
lembut dan comel
dah habis ronda, masih awal lagi
jadi kami nak pi ke pantai kat depan sana


bersambung....

Tiada ulasan: