Isnin, 30 September 2013

FADHILAT AYAT KURSI


Bismillahirrahmanirrahim


AYAT KURSI















Tafsir Ayat Kursi


Pengenalan Ayat Kursi
Ayat yang ke 255 dari surah Al-Baqarah yang diturunkan di Madinah.

Sejarah Ayat Kursi
Ia diturunkan pada satu malam selepas hijrah.
Turunnya diiringi oleh beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, lantaran kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka.
Kehebatannya dapat membakar serta membinasakan mereka.

Fadhilat Ayat Kursi
Antara fadhilat yang tercatat pada kitab ' Khawasul Quran' :

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang mustaqim dan pahala balasan amal orang-orang siddiq iaitu syurga.

2. Sesiapa yang membaca ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya serta jirannya.

3. Jika sedang marah, bacalah Ayat Kursi, insyaAllah dijauhkan dari syaitan yang memanaskan hati. Ia juga dapat menjauhi bala bencana serta gangguan syaitan.

4. Sesiapa yang membacanya secara istiqamah pada :
~setiap kali selepas solat fardhu,
~setiap pagi dan petang,
~setiap kali masuk ke dalam rumah atau ke pasar,
~setiap kali masuk ke tempat tidur dan bermusafir,
insyaAllah akan diamankan dari godaan syaitan, kejahatan pemerintah yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan manusia dan binatang.
Terpelihara dirinya, keluarganya, hartanya dan rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

5. Sesiapa yang selalu membaca Ayat Kursi, dicintai dan dipelihara oleh Allah SWT, sebagaimana Allah memelihara nabi Muhammad SAW.

6. Barang siapa yang membaca Ayat Kursi  apabila dia berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya sehingga subuh.

7. Jika dibaca sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka memohon ampun dan mendoakan baginya.

8. Barang siapa yang membaca Ayat Kursi diakhir sembahyang, Allah akan kendalikan pengambilan rohnya dan ia seperti orang yang pergi berperang bersama nabi Allah sehingga  mati syahid.

9. Ketika dibaca dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

10. Buat wanita terutama para isteri, amalkan membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa dalam perjalanan ke mana-mana kecuali niat melakukan maksiat, maka dia terselamat dari segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia. Contohnya sihir,  dianiaya orang,  kecurian dan fitnah ketika diperjalanan.

11. Bagi kaum lelaki, amalkan membaca 7 kali Ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap Qul. Ada banyak hikmah serta kelebihan bagi yang mengamalkannya, insyaAllah.


Semoga kita dapat bersama-sama mengamalkannya dalam rutin kehidupan seharian 
dan mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dari kelebihannya

Amin...


sumber imej : http://tafsir.gimmebucks.asia
sumber info: dari buku ' Al Quran disebalik Ayat Kursi,
pengarangnya Khairul Ghazali,
terbitan mustread sdn bhd.

Tiada ulasan: