Khamis, 12 September 2013

Cuba buat pavlova -desert kesukaan aina


PAVLOVA

ummi dah makan pavlova... cikna beli
tapi maneh la.... part tu yang ummi tak suka
ummi makan satu camca saja..
tak mau dah! TAK tahan daulat la... tekak tak leh trima

tapi aina suka.... dia kata sedap!

dan malam jumaat yang mulia ni,
 bermulalah projek mem'baking' ummi & cikna...

ha... tengok gambar kat tu...
betapa cantik gebunya pavlova ku....

tengok orang buat macam senang je....
ummi panaskan oven 15 minit lebih awal pada suhu 150 c
dan masukkan pavlova
setelah 30 minit, bahagian atas dah perang,
ummi turunkan suhu pada 140 c

lama bakar...dah 1 jam 30 minit,
tapi tengok rupa dan bentuk duk kala tu juga... nampak kering tapi duk bergegaq lagi..

ai... lama dah ni, tak betoi ka cara kami buat ?
ummi tambah lagi masa dan naikkan suhu dia balik,
ummi ubah tray pi bawah sikit

tak lama lepaih tu... tiba-tiba bau gula hangit!!
alamak! cepat - cepat ummi mai tengok
ALLAHUAKBAR!!  berasap oven kecilku.....

terus ummi keluarkan, apalagi..
terus jatuh merudum pavlovaku...
adoi.... dah kempeh!

hmmm.... hangit dan berkerak bahagian bawahnya
nampaknya.. tak menjadikah pavlovaku malam ini...

tak pa, jangan putus asa, esok kita buat lein, ok?
gambar hangit? sori... tak sudi nak tunjuk!

sambung...

Tiada ulasan: