Isnin, 2 September 2013

DIARI: (1) Banjir kilat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua...
Malam tadi kat rumah ummi banjir kilat!
hujan turun dengan lebatnya
sejak 5.30 petang hinggalah ke 9.30 malam -+

 sejak pukul 8 malam air dah mula naik sikit-sikit
8.30 malam air masih lagi naik
ummi dah mula gabra..
air ni nak naik lagi ka?
kalau masuk dalam rumah, huh .. kacau
banyak barang nak kena angkat
dah la ummi sorang ja kat rumah
cikna balik kampung, aina pi tuisyen..
adik duk di kedai dengan abah

kat depan rumah... kereta abah dah bawa keluar tadi

ummi gulung tikar buluh dan angkat sedikit barang ke tempat yang tinggi 
ummi panggil abah balik angkat barang dan bawa keluar kereta
sampailah 9.00 malam, air dah nyaris-nyaris nak melimpah masuk
 itu pun, kalau kereta lalu
air berkocak, melimpah juga masuk
tapi sikit je la..
cepat-cepat ummi sumbat pintu dengan kain
selamat la.. 
kalau tidak banyak lagi lah air yang masuk
tapi kalau turun lebat lagi 15-30 minit, 
memang masuk..

10 malam cikna dah balik
aina pun dah balik
air dah mula surut

 11 malam, hujan masih lagi turun
tapi dah tak lebat dan air pun semakin surut
Alhamdulillah , lega..




kat jalan depan rumah, air hampir ke paras lutut, dalam juga kan ..
ini rumah jiran, air melimpah masuk juga ke rumahnya
Akhirnya... setelah air makin surut dah 12 malam
ummi skop air yang melimpah tadi ke dalam timba..
dan mop lantai
12.30 malam barulah selesai..
Alhamdulillah

Tiada ulasan: