Sabtu, 10 Ogos 2013

Biskut Nestum Ummi

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari ummi tak update blog ummi ni..
Aduh... sibuk betul. Banyak benda yang nak ummi kongsi, tapi tak ada masa nak mengadap & mengarang di sini.
Sebenarnya ummi nak cerita pasal biskut kesukaan anak-anak. Salah satunya biskut nestum.  Biskut ni wajib ada pada setiap kali hari raya.. anak-anak ummi suka sangat dengan biskut ni.

Kat sini ummi kongsikan resepi ciptaan ummi, BISKUT NESTUM.



Biskut Nestum Ummi

Bahan-bahan:
250g planta
200g gula kastor- boleh kurang 
2 biji telur gred A
1sudu kecil esen vanilla
500g tepung jagung
1 1/2 cawan nestum original
cawan kertas kecil warna merah
sedikit nestum - hiasan

Caranya:
Pukul planta dan gula hingga kembang.
Masukkan telur. Pukul hingga kembang lagi.
Masukkan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung jagung.
Gaul menggunakan senduk kayu.
Kaup balikkan hingga sebati.
Masukkan nestum. Nak letak lebih sikit pun boleh.
Gaul dan kaup balikkan hingga rata.
Bentukkan ia bulat, dengan menggunakan hujung jari sahaja.
Bentukkan asal bulat je...
Golekkan atau salut dengan nestum dan masukkan ke dalam cawan kertas.
Bakar pada suhu 175 C, selama 25 - 30 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




Tiada ulasan: