Bismillahirrahmanirrahim
Ummi memang suka makan kek
Apa lagi kalau kek sifon
Ummi cedok resepi dari blog evelyn
Si evelyn ni.. memang suka buat kek
Keknya pula sungguh menggoda... tak tahan ummi tengok,
teringin nak makan - walaupun baru je makan kek sifon hokkaido
jadi ummi copy kat blog
nanti ada masa ummi nak cuba buat sendiri
jom kita semak resepi
MARBLE STRAWBERRY CHIFFON CAKE
sumber resepi : mybakingworkshop.blogspot.com
Bahan2nya:
A
4 biji kuning telur
115ml susu segar
85ml corn oil
1/4 sk garam
90g gula kaster
150g tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk strawberry emulco
1/2 sk pewarna merah jambu
B
4 biji putih telur
90g gula kaster
1/8 sk cream of tartar
C (satukan)
2 sb serbuk koko
1 sb gula aising
2 sb air panas (tambah jika kurang)
Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci.
Griskan guna sedikit butter & taburkan tepung pada seluruh permukaannya.
Ketuk keluar lebihan tepung & ketepikan.
2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengadun.
Gaul rata hingga sebati (saya guna hand whisk sahaja).
3. Kemudian, pukul bahan B hingga kembang & bertanduk.
4. Kaup balikkan adunan B ke dalam adunan A hingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan kek dalam loyang yang di sediakan.
Kemudian, tuang sedikit adunan C perlahan2 atasnya.
Swirlkan guna lidi atau chopstick untuk membuat pattern marble.
Tuang pula baki adunan tadi & letakkan lagi sedikit adunan C atasnya, swirlkan lagi.
6. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Terbalikkan adunan apabila kek sudah masak & Biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan