Khamis 22/8/2013
Petang tadi paklang bawa anak-anak dia mai tengok tok.
Bawa tokwan sama. Lepas tu pakngah, mak dan cikna. Depa sampai berturut-turut.
Paklang bawa barang tok. Ummi bancuh susu dan bagi tok makan dengan cikna. Lepas tok makan, salin pempes pula.
Dah hampir 6.30, kami cadang dah nak balik tapi kawan cikna pula mai. Dah dekat pukul 7.00 malm. Tiba-tib kak ipar telefon kat mak, kata abang masuk wad kecemasan. Apalagi, lepas salam dengan tok, kami terus pi wad kecemasan.
Ummi tak dapat jumpa abang pun, kata kak ma, isteri kawan abang, abang pucat, tak larat dan berpeluh banyak sangat sampai kena tukar baju.
Abang dah masuk tiga bilik pemeriksaan dan doktor ambik darah.
Abang kena tahan di wad kecemasan zon kuning. Doktor syak mungkin ada masalah jantung.
Kak ipar baru sampai. Dia mai dengan kakak dia dan anak-anak.Kak ipar masuk hantar nasi pukul 9 lebih. Lepas tu sapa pun dah tak boleh masuk. Kami tunggu sampai dekat pukul 12 malam tapi masih tak ada apa-apa perkembangan. Ummi dah tak larat lagi dah nak tunggu. Mulut pun asyik menguap tak tau berapa kali dah. Cikna pun dah tak larat jugak. Kami nak balik dulu. Ummi dah pesan pada kak ipar, kalau ada apa-apa perkembangan, habaq lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan