Hari sabtu 17 ogos 2013, ummi sekeluarga ada dua jemputan kenduri kahwin. Satu jemputan dari Mamu Karim kat Taman Tunku Sarina dan satu lagi dari Tok nah @ Maznah Ent. yang dibuat majlis kenduri di Restoran Bendang di Kelubi.
Pukul satu lebih kami bertolak pi rumah Mamu karim dulu. Jalan Atira tapi kami masuk melalui Jalan Karyna, jalan belakang. Dekat sikit nak pi, tak perlu pusing jauh-jauh.
Ummi jumpa Mamu karim, tapi dia tak berapa kenal ummi. Maklumlah orang tua, lagipun dah lama tak jumpa. Ummi salam dengan mami Azizah. Mami kenal lagi ummi...
Selepas semua bersalam, kami dijemput makan. Katering Kemuncak rasa. Nasi putih, nasi minyak, ayam masak merah, kurma kambing dan dalca sayur. Ummi cuma makan nasi minyak dengan ayam merah ja.
Semasa kami tengah makan, rombongan pengantin sampai. Khabarnya orang Perlis. Nampaknya semua keturunan mamak. Tengok depa cakap golek kepala. Mamak la tu...
Lepas jumpa keluarga pengantin, kami bertolak pula ke majlis kenduri Tok Nah.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Kedatangan kami disambut anak sulung tok nah. Masuk ke dalam jumpa tok nah dan anaknya yang lain pula. Pengantin duk tengah bergambar. Ummi pi jenguk depa..
Adik memang suka ambil gambar... dan inilah gambar pengantin yang adik ambik.
Cuaca agak panas dan silau tapi suasana agak ok sebab ada banyak pokok di sekeliling restoran ni.
Lepas adik ambik gambar, ummi tengok abah dah makan. Mula-mula ummi dan cikna dah tak mau makan tapi tengok lauk nampak macam sedap sangat. Kami pun sendukkan sedikit nasi dan ambik sedikit lauk untuk rasa. Hmm... memang sedap. Ummi ambik rendang ayam. Ada lagi lauk lain, gulai ikan talang campur nenas, daging goreng kunyit, kurma daging, sambal belacan dan ulam. Semuanya sedap-sedap. Menepati citarasa selera kampung kami sekeluarga. Memang puas makan kenduri tok nah ni.
Lepas makan kami berehat sekejap di sini.. best jugak.
Perut pun dah kenyang, lepas abah jumpa pengantin dan tuan kenduri, kami pun balik...
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan