Selasa, 30 Julai 2013

Nat Tok Jalai


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Assalamualaikum semua....
Dah beberapa hari ummi tak menulis...
Ummi kalau hari cuti jumaat dan sabtu, selalunya memang agak sibuk.
Al maklumlah, semua ahli keluarga ada... jadi macam-macam lah aktiviti yang nak dibuat.

Pagi jumaat lepas ummi ke Nat Tok Jalai, pekan hari pada setiap pagi jumaat hingga tengahari yang 'femes', yang berhampiran dengan sekolah sukan Tengku Anum.
Kalau sebut nat Tok Jalai, rata-rata orang sekitar sini, tau tempat ni.
Nat ni pernah jadi 'kontroversi' sedikit masa lalu kerana keengganan para peniaga berpindah ke tempat yang disediakan oleh pihak majlis daerah untuk keselesaan mereka juga dan keselesaan kepada penduduk setempat kerana penduduk sukar untuk keluar ketika pekan hari ini diadakan: jalan yang sesak!! Kalau ada kes kecemasan, susahlah mereka untuk lalu di jalan ini.

Dulu... semasa ummi baru berhijrah ke Jitra ni, hairan ummi dengar perkataan 'NAT'.
Nat ? Apa tu ? Setelah diselidik... ohh.. rupanya 'nat' tu pekan hari dalam bahasa siam.
Jitra kan dekat dengan Siam / Thailand, jadi tempiasnya memang adalah.
Lagipun kat sini ramai orang keturunan siam. Orang melayu pun ada yang cakap siam.

Berbalik kepada cerita ummi...
Cadang tu nak pi sana, nak cari daging. Nak masak nasi daging. 
Guna perencah nasi daging yang ummi beli kat petronas, kat Pendang hari tu..

Ummi pi dengan abah ja.. naik motor, senang. 
Kalau mai dengan kereta samaada kena parking kat tepi jalan besar atau parking kat dalam SMK Tunku Anum. Kemudian kena jalan masuk. 
Ummi tak larat la nak jalan jauh-jauh di tengah panas, jadi bila pi naik motor boleh terus masuk ke dalam pekan hari dan cari parking yang paling dekat dengan tempat jual beli bahan basah.
Ummi mai nak cari daging. Ada ramai orang yang menjual daging kat sini.
Pilih je berkenan yang mana, nak daging lembu ke, kerbau ke, semua ada.

Ummi pilih daging lembu. Ummi suka daging yang isinya putih. Rasanya daging jenis ni tak lah pening kepala sangat sebab 'kepanasannya'. Mungkin sebab ia putih atau isinya tak merah, jadi kuranglah kolestrolnya.

Ummi suka daging jenis ni... sebab ia mudah dimasak dan isinya lembut tapi ummi tak ingat apa namanya. Orang yang jual daging tu dah bagitau hari tu... alahai, dah tak ingat lah pulak.
Harga sekilo rm24. Dah pilih tu.. timbang daging, sekilo lebih, jadi harganya rm36.
Ummi beli sayur sikit, timun dan cabai. Cukuplah. Ummi dah nak balik, ummi tak suka la bersesak-sesak dengan orang yang semakin ramai. Tambahan pula hari semakin panas...

Kat nat ni macam-macam ada. Ramai orang berniaga dan ramai pengunjungnya.
Dari yang menjual kain baju / pakaian, buah-buahan, sayur, daging, ayam dan bahan basah serta semua keperluan barang dapur, kuih, nasi lemak, majalah dan surat khabar, barang plastik, arnab hidup dan macam-macam lah. Menariknya 'Ayam Selasih' pun ada...
Pendek cerita, kalau sapa sapa yang suka tempat yang semua ada.. dan sanggup bersesak dengan orang ramai, ( LAGI SESAK dekat nak raya ) mai lah sini dan nikmatilah 'kemeriahannya'...

Nanti dalam entri lain ummi cherita pasal nasi daging ye..
Bye.... dah lewat malam dah ni. Ummi nak pi tidoq dulu...
"SELAMAT MALAM"




Tiada ulasan: