Sabtu, 24 Ogos 2013

Mee Kari Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim

Ini pula resepi dari blog  quinnie @qasehququinnie.blogspot.com


MEE KARI IPOH  

Ya Allah, terliurnya ummi tengok
nampak sedap sangat

Jadi ummi copy ke blog sebagai rujukan



Bahan2 utk kuah:

100gm ikan bilis tamban ( nama lain ikan temenung kecil)
1 bawang besar*
6 bawang putih*
segenggam ikan bilis* (blend bahan)
1 kulit kayu manis saiz kecil
1 bunga lawang saiz kecil
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
3 tangkai daun kari
5 serai diketuk 
5-6 sudu besar rempah kari daging - saya pakai babas
1 sudu besar serbuk cili kering
santan secukupnya
air utk merebus ikan tamban sebagai kuahnya
garam dan gula
sedikit minyak utk menumis

bahan pelengkap 

2 bungkus mee
taugeh
sawi jika suka
daun sup dan bawang
tauhupok dan tauhu goreng
pelbagai jenis fishcake dan fishball
bawang goreng
cili padi dipotong2 utk yg nam makan pedas

Cara2

1. mula2 buat air rebusan/stok ikan tamban dulu....ambil ikan isi dalam periuk bersama air secukupnya utk dijadikan kuah...rebus selama  lebih kurang 30 - 45 minit. dah masak...tapiskan ikan tamban ni dan ambil airnya sahaja.

2. kemudian panaskan minyak dalam periuk...isi bahan blend dan tumis hingga naik bau....masukkan rempah 4 sekawan...daun kari dan serai....kacau2 rata dan masukkan rempah kari dan serbuk cili yg telah dicampur dgn sedikit air....tumis hingga pecah minyak....

3. bila dah pecah minyak..masukkan santan dan stok ikan tamban....masak hingga didih serta kuah masak....isi garam dan gula...akhir sekali masukkan tauhupok dan tauhu.....lepas 5 minit boleh tutup api.

4. hidangkan mee bersama sayur2 ...daun bawang dan sup...cili potong...pelabagai fishcake dan ball yg telah dicelor serta bawang goreng. kalau suka nak letak telor rebus pun boleh.

nota Q: kuah kari ni lebih sedap dimasak awal...macam masak pagi utk makan petang...sebab kuah dia lebih mesra....ikan tamban tu jgn di blend ye...nanti rasa pedo atau pahit kuah karinya nanti. ambil air dia sahaja..kalau kuah terlebih air atau rasa kurang pada kuahnya...kuah yg tengah dimasak tu....ambil separuh dan masak balik dgn ikan tamban kita dah tapis tadi....lepas tu tapis balik dan masukkan kuah dalam periuk...utk naikkan rasa ikan dalam kuah....kalau terkurang rasa la....kena pandai adjust tang ni utk dapat rasa kuah cam kat kedai tu...:)

Tiada ulasan: