Ahad, 7 Julai 2013

Durian Crepe


Bismillahirrahmanirrahim




Resepi ni saya google dari internet.
Dalam banyak-banyak resepi, yang ni lah menghasilkan kulit paling cantik.
Sampai buat jualan... terima kasih banyak-banyak buat tuan punya resepi ni.
Cara membuatnya saya olah sendiri.
Selamat Mencuba...

Durian Crepe - ketayap ala oghang puteh
sumber: koleksi ummi

Bahan-bahan :
20 g tepung gandum
20 g tepung ubi
10 g tepung kastard
10 g tepung jagung
1 sudu besar minyak
1 sudu besar gula pasir
1 biji telur gred A
40 ml susu cair
150 ml air
sedikit esen vanilla, pewarna kuning
@ sedikit esen pandan, pewarna hijau
dan garam

Caranya:
1. Ayak semua jenis tepung.
2. Larutkan gula di dalam air. Campurkan semua bahan lain kecuali susu.
3. Kacau semua bahan sehingga larut. Masukkan susu dan kacau sekejap. Tapiskan.
   * saya masukkan susu pada langkah terakhir supaya adunan tak banyak berbuih.
4. Panaskan kuali non-stick, masukkan 1 senduk adunan dan layangkan ke serata kuali.
5. Pastikan suhu api tahap sederhana sahaja.
6. Apabila telah kelihatan gelembung udara pada crepe, angkat.
7. Masukkan adunan  yang lain pula, buat sehingga habis.

* adunan ini menghasilkan anggaran 9-11 keping menggunakan kuali bersaiz 24/26"
* boleh gunakan saiz kuali yang lebih kecil dan dapat lebih banyak kepingan crepe

Bahan Inti:
Isi durian secukupnya
500 ml whipping cream - non dairy - putar sehingga kental dan bertanduk macam buat meringue

Cara melapis:
1. Bentangkan sehelai crepe.
2. Letakkan anggaran 2 / 3 sudu besar whipping cream tadi di tengah-tengahnya.
3. Letakkan isi durian sebanyak yang disukai ( jangan lah banyak sangat ).
4. Lapiskan sekali lagi dengan whipping cream.
5. Lipatkan crepe tadi menutupi bahan dari sisi kanan dan kiri dan juga atas dan bawah.
6. Setelah siap, angkat dan terbalikkan dengan cermat.
7. Buatlah sehingga habis.
8. Sejukkan dahulu dalam peti ais.
9. Durian crepe sedia dinikmati.... emmm.. enaknya!!

* berapa banyak anda nak letak whipping cream atau isi durian bergantung kepada citarasa sendiri.
* selain isi durian, anda boleh gantikan dengan isi mangga, cempedak, filling bluebery / strawberi / koko, serbuk milo, biskut oreo yang dihancurkan atau lain-lain.

** untuk makluman:
     resepi yang tidak dinyatakan sumber adalah resepi simpanan atau
     yang saya dapat dari internet tetapi tidak diketahui siapa pemiliknya.

Tiada ulasan: