Isnin, 22 Julai 2013

Jus Buah Dan Khasiatnya



Ummi sebenarnya tercari-cari jus yang menarik dan sedap untuk dicuba. Kalau sekadar jus lobak merah, tembikai, oren dan epal, itu menu yang biasa-biasa saja.

Kat bazar ramadan, berlambak orang menjual jus buah. Kat depan jalan dekat rumah pun ada... tapi tak 'kaww' la..  Kat pasar malam ummi suka beli dekat 'Abang Gaban'. Air buahnya sedap dan lebih rasa. Tapi ummi suka buat sendiri. Tentu lebih nikmat!!  

Kalau boleh, hendaknya nak cuba pelbagai jenis jus untuk dihidangkan terutama pada hari minggu, hari yang semua ahli keluarga ada di rumah.

Bukankah minum jus itu lebih berkhasiat dari pati minuman kordial yang biasa? :)
Kalau jus yang biasa tu... semua orang boleh buat kan ?
Cuma kisarkan buah dengan air dan masukkan air gula dan ais. Mudah je..

Setelah menghadap pakcik 'google', dapatlah beberapa resepi di bawah ni. 
Jus avocado, kiwi, kedondong, limau kasturi dan pegaga.
Sumber resepi dari negara jiran (sebahagiannya ummi edit) dan tempatan.


Lihat senarai jus,

~ Jus Avocado vanilla coklat 

~ Jus Avocado dengan yogurt

~ Jus - Avocado milk shake

~ Jus Kiwi

~ Jus Nanas dengan epal /  lobak merah

~ Jus Kedondong Asam boi

~ Jus Limau Kasturi Asam boi

~ Jus Pegaga Limau Kasturi

~ Jus Pegaga Madu


Cara Membuat Jus Alpukat




BEBERAPA VERSI  JUS AVOCADO YANG ENAK UNTUK DICUBA
 - popular di negara jiran

Jus Avocado
Sumber http://resipimasakankini.blogspot.com

 Bahan-bahan: ( 3 - 4 gelas ) 
1 biji buah avocado yang masak ranum  
1 cawan susu segar 
2 sudu besar susu pekat  
Ais


Cara menyediakan:
1.  Ceduk buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan dalam blender.
2. Masukkan susu segar dan susu pekat.
3. Blend hingga halus (semakin lama, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair.
4. Masukkan ais dan siap untuk dihidang.


Jus avocado dengan sirap coklat

Bahan2 untuk jus avocado :
- 1 biji avocado, diambil isinya
- 1 cawan dlm 250ml susu segar (saya pakai fresh milk dutch lady tu)
- 2 sudu makan susu pekat
- 2 sudu makan gula
- coklat cair(saya guna hersley's syrup)

Cara buat jus avocado:
1. ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula
2. Boleh tambahkan lebih air megikut cita rasa kepekatan anda
3. Dalam gelas,, letakkan coklat cair di dinding gelas kemudian baru tuangkan jus tadi
4. Tambahkan ais ketul dalam minuman



*************************************************************

 Jus Alpukat dengan Yoghurt

Manfaat dari jus ini salah satunya yakni dapat mencegah dan merawat tekanan darah tinggi. Selain itu juga boleh membuat kulit kelihatan lebih halus.

Bahan-bahan sebagai berikut:
  • Siapkan 1 buah alpukat yang sudah matang.
  • 3 sudu makan gula pasir.
  • Setengah gelas yoghurt rasa tawar / plain
  • 1 gelas susu segar.
Langkah-langkah membuat jus:
  1. Ambil buah alpukat tadi kemudian belah menjadi 2 bahagian. Buang saja bijinya, kemudian ambil isinya dengan menggunakan sudu.
  2. Masukkan isi buah yang dikeruk tadi kedalam blender dan campur atau tuangkan dengan gula pasir, yoghurt, dan susu segar.
  3. Lalu blender hingga halus atau tunggu kurang lebih selama 3 minit.
  4. Kalau sudah halus langsung saja tuangkan jus kedalam gelas dan jus alpukat ini siap disaji dan dinikmati.
  Jus Alpukat Milk Shake

Manfaat dari jus ini yakni membantu anda dalam menjalankan program diet. Kerana jus ini sesuai untuk wanita yang lagi diet. Tapi bagi anda yang tidak diet, anda dapat mencampurkan atau menambah dengan gula.
Bahan-bahan sebagai berikut:
  •  1 biji alpukat yang sudah matang.
  • Sedikit ais batu.
  • 150ml air
  • Setengah gelas susu cair tanpa lemak.

Langkah-langkah membuat jus:
  1. Belah buah alpukat yang sudah anda siapkan tadi menjadi 2 bahagian. Buang saja bijinya dan ambil isi buahnya dengan cara dikeruk dengan sudu.
  2. Lalu masukkan isi buah yang dikeruk tadi kedalam blender, kemudian campurkan atau masukkan air, susu cair tanpa lemak dan juga ais batu ke dalam blender.
  3. Kemudian blender sampai halus. Tuangkan kedalam gelas.
  4. Jus alpukat milk shake sudah siap disajikan dan dinikmati.

 Jus Kiwi
Resep Membuat Jus Kiwi Spesial

Bahan-bahan:

2 biji buah kiwi
200 ml susu cair/ segar
5 sudu makan plain yogurt
4 sudu makan madu
Caranya:
1. Masukkan semua bahan kecuali madu. Kisar sehingga halus.
2. Campurkan madu. Tuang ke dalam gelas dan masukkan ais.
3. Boleh dapat sehingga 3 gelas jus.


Jus Nanas


Bahan-bahan:
Sebiji nanas segar - kupas dan potong kecil-kecil 
madu/ air gula secukupnya
1biji epal / lobak merah
air secukupnya
ais batu secukupnya

Caranya:
1. Kisar nanas dengan air dan  epal / lobak merah sehingga halus.
2. Masukkan ke dalam gelas.
3. Tambahkan madu / air gula dan ais secukupnya.
4. Hidangkan.

Sumber http://cara-memasak.com - Indonesia
Sumber bimbingan.org - Indonesia

**********************************************************************


 JUS KEDONDONG ASAM BOI 


Bahan-bahannya
10 biji buah kedondong - (di belah empat, jika buah yang agak tua potong dan keluarkan empulurnya)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir 

5 biji asam boi - warna putih 
3 biji asam boi - warna merah (untuk hiasan) * pilihan kalau suka


Cara membuatnya:

1. Masukkan buah kedondong, air, gula dan asam boi putih ke dalam blender. Kisar hingga halus. Saya kisar sekali dengan kulit buah kedondong, tanpa mengupasnya. 
**ummi kupas kulit 
2. Tapis dan tuangkan ke dalam gelas. 
3. Masukkan ais kiub dan taburkan asam boi merah untuk mendapatkan warna yang cantik dan rasa yang lebih sedap. 
4. Sedia untuk di hidangkan, minuman ini memang sedap dan menghilangkan dahaga. 


JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI


Bahan-bahan:
3 biji limau kasturi 
3 biji asam boi warna putih
1/2 gelas air
2 sudu makan gula

Cara-caranya:
1. Buang biji limau, kisar limau kasturi tadi dengan kulit-kulitnya bersama1/2 gelas air dan 2sudu makan gula sampai halus.

2. Setelah selesai, tuangkan kedalam gelas, masukkan 3 biji asam boi dan ketulan ais secukupnya serta sebiji lagi potongan limau kasturi untuk hiasan.



JUS PEGAGA LIMAU KASTURI



Bahan-bahan
secekak daun pegaga - cuci bersih 
2 Sudu besar gula
2 biji limau kasturi 
sedikit ais kiub

Cara membuatnya :

1. Cuci bersih pegaga, dan sebaiknya guna sekali dengan akarnya.
2. Masukkan pegaga, gula pasir dan limau kasturi kedalam blender. Kisar limau beserta kulitnya juga, tetapi buang biji-biji limau tersebut.
3. Tapis jus yang telah di kisar kedalam gelas dan masukkan beberapa ketul ais kiub dan sedia untuk di nikmati.


 JUS PEGAGA MADU

Segenggam daun pegaga & akarnya sekali (basuh bersih, rendam dalam air garam utk buang segala kotoran)
1-2 cawan air masak
Sedikit  ais
3 sudu madu ( ambil madu dengan sudu plastik)


Cara-cara:
1. Kisar daun pegaga tadi bersama air dan ais.
2. Tapis air pegaga. Hampas jangan buang,  boleh sapu di seluruh muka untuk amalan awet muda.
3. Tuang ke dalam gelas dan masukkan madu.
4. Masukkan ais secukupnya. Sedia dinikmati. 

Sumber imej: pakcik google

**********************************************************************************************************************

KHASIAT JUS ATAU BUAH

1. Avocado
Mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus. Boleh dimakan begitu sahaja atau dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup.
Euro-Atlantic Sdn. Bhd., pengimport buah-buahan di negara ini mengundang Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland untuk menyampaikan ceramah  kelebihan nilai pemakanan buah avocado.
*''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.
* Ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
Hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.
Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.
''Ia mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,'' katanya.
Ia juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.


2. Kiwi

*Mengandungi enzim actinidin yang berfungsi mencerna protein supaya mudah diserap tubuh. 
*Banyak vitamin dan mineral. Selain antioksidan, serat, prebiotik, asid folik serta vitamin C yang tinggi. 
*Vitamin E untuk kesihatan kulit.
*Menjaga kesihatan mata serta melindungi dari katarak.

Sumber apotekherbal.biz

3. Nanas

*Mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.
*Vitamin B, B1 (thiamin) membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus. B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

*Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah dapat mengawal imbangan air dalam tubuh.

*Mengandungi sejenis enzim Bromelin, digunakan meluas semasa pembedahan bagi mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah

**TIDAK SESUAI bagi ibu hamil

Sumber www.mpib.gov.my


4. Kedondong
*Sumber vitamin C dan besi. Buah yang belum matang mengandung pektin sekitar 10 peratus. 
*Zat utamanya adalah unsur gula dalam bentuk sukrosa yang penting sebagai vitalitas dan daya tahan tubuh, seratnya dan airnya yang tinggi bermanfaat dalam melancarkan buang air besar serta mencegah dehidrasi.
 *Kandungan kalori, karbohidrat, lemak, protein yang rendah, buah kedondong bagus untuk diet.
 Sumber http://xamthone-obatherbal.com

5. Limau Kasturi

*Siapa sangka buah limau kasturi mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.
*Perahan jus limau kasturi menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman.
*Jika dicampur dengan air dan madu dan diminum, boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong.
*Minum 3 biji jus sebelum sarapan tanpa dicampur air selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan menurunkan darah tinggi.
*Jusnya mengandungi Floretin-G, amat baik untuk kesihatan badan.
*Ia juga mengandungi vitexsin, iaitu bahan merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.
*Juga asid ferulik sejenis antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh serta dapat mengurangkan kedutan pada kulit.

Sumber Berita Harian 2013

6. Pegaga
*Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
 *Khasiat jus pegaga ni untuk perempuan sangatlah banyak. Jus pegaga boleh mengurangkan senggugut, masalah keputihan, dan berat badan. Paling penting sekali boleh membuatkan anda awet muda. Seeloknya, kisar sekali dengan akar-akarnya. 
 *Berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.

*Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun suhu badan, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis. 
*Kandungan asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.

Sumber http://tip-untuk-semua.blogspot.com



2 ulasan:

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Nur haura afeeya berkata...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570