Bismillahirrahmanirrrahim
Assalamualaikum
Hari sabtu adalah hari keempat kita berpuasa.
Hari ni nak hantar kakak balik ke asrama. Pengetua bagitau abah, ada kelonggaran di bulan puasa.
Boleh hantar selepas waktu berbuka atau selepas tarawih. Jadi abah cadang nak hantar selepas berbuka aja... boleh juga balik kampung dan berbuka puasa di rumah tok.
Pada pukul 4.00 petang kami dah bertolak dan sebelum tu... singgah di sekolah lama kakak,
Makarimul Akhlak untuk beri sedikit kurma dan beberapa botol air sarsi leno, sedekah untuk mereka berbuka beramai-ramai di surau.
Kemudian kami terus ke pekan Pendang. Saja nak singgah bazar ramadan di sana.. cuaca mendung dan sejuk sebab hujan baru ja berhenti. Jenuh juga mencari parking.. maklumlah dah petang. Kami turun dan jalan-jalan tengok apa yang nak dibeli tapi.. walaupun ramai yang menjual, tak ada pula yang menarik perhatian.
Jalan punya jalan... jumpalah sorang makcik ni.. jual cucuq udang. Sebiji rm1.50 jadi abah ambik 3 biji, pilih yang garing dan panas-panas lagi. Ramai orang yang menunggu... jadi segan pulak ummi nak snap gambar cucuq udang tu.
Bazar ramadan di pekan Pendang |
Selepas beli beberapa jenis kuih lagi, kami pergi ke Petronas Pendang untuk beli perencah nasi daging kesukaan kami. Sedap tau perencah ni.. dah lama guna, dah bertahun-tahun dah.
Selepas tu kami terus balik kampung. Duk melilau kot ni saja ... dah berjam-jam dah. Sampai kat rumah tok memang dah petang sangat dah.. dah pukul 6.35 petang. Maklang dah siap masak. Kami potong siap-siap semua kuih yang dibawa tadi tepung talam dan pulut sekaya kesukaan tokwan, cucuq udang, murtabak jala dan roti john.
Masih awal lagi... sembang dengan tok sat lepas tu ummi keluar kait buah setay dengan adik dan abah. Dapat banyak juga.. malam nanti bolehlah makan sikit. Ummi bagi kakak sama, bawak balik asrama.
ini pula gambar pokok rambai yang ummi ambil semasa ummi balik kampung sebelum puasa |
ini pula buahnya.. masih hijau lagi |
Buah rambai pun ada... tapi masih belum masak lagi tapi paklang kata buah durian dah luruh pagi tadi. Malam ni boleh lah rasa ..buah sulung. Pokok baru belajar berbuah.
Dah hampir masuk waktu, makanan pun dah dihidangkan jadi kami pun berbukalah sama-sama... Hidangan berbuka kami... ikan bakar, air asam, sup daging, kerabu beka... sedapnya.. ummi suka! tomyam dan segala jenis kuih tadi.. banyak juga kan! maklumlah ramai... macam-macam selera dan dengan air jagung kesukaan kami semua... riuh rendah jadinya.
Tok pun makan juga. Yang bagusnya.. tok dah boleh suap sendiri!! sukanya ummi tengok. Tok dah semakin sihat sekarang dan makan pun dah banyak. Sepinggan pun boleh habis. Jika nak dibandingkan dulu.. walaupun masih sihat, tok cuma makan dua tiga suap ja...
Tok pun makan juga. Yang bagusnya.. tok dah boleh suap sendiri!! sukanya ummi tengok. Tok dah semakin sihat sekarang dan makan pun dah banyak. Sepinggan pun boleh habis. Jika nak dibandingkan dulu.. walaupun masih sihat, tok cuma makan dua tiga suap ja...
Dah selesai makan....kenyanglah, apa lagi kalau dah mengadap nasi. Alhamdulillah....
Dah selesai semua.... bersembang lah pulak sambil makan buah durian. Emm... sedap, lemak berkrim. Paklang kata buah kahwin. Tengok jam rupanya dah 9.30 malam. Selepas siap, dah hampir pukul 10 malam. Kami pun bertolak untuk menghantar kakak ke asrama. 35 minit ja.. dah sampai. Selepas tu kami terus bertolak balik dan selamat sampai di rumah pada jam 11.30 malam.
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan