Khamis, 25 Julai 2013

Murtabak Maggie


Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim


SELAMAT BERPUASA SEMUA...

Dah berapa hari kita puasa hari ni ?
Ada yang lupa tak ? 
Hari ni dah masuk 16 hari tau. Dah separuh bulan kita semua berpuasa kan..
Sebagai seorang isteri, seorang ibu.. tentu kita mesti masak kan ?
Tapi kadang-kadang tu.. dah tak tau nak masak apa. Dah 'kering' idea.... kan.
Ummi dah rasa begitu... al maklumlah, surirumah 'separuh' masa.
Masak untuk berbuka, masak untuk sahur... dah macam-macam menu.
Sesekali beli juga....contohnya  ayam panggang merah, kat Masjid A'ala tu...
Sedap juga.. ada la selera nak makan.

Bercakap bab makan, hari ni ummi nak kongsi satu resepi yang ummi dah buat kelmarin.
Murtabak maggi.
Sebenarnya cikna dah beli murtabak ni kat bazar ramadan di Taman Suria.
Tapi.. ummi makan rasa macam... biasa je.. 
Jadi .... buat sendiri je lah.

Bahan-bahannya cuma guna apa yang di dapur je....
Ummi masak pukul 10 malam tadi.
Lepas masak, boleh terus makan.

Ummi rasa mudah je nak buat. 
Macam kita goreng telur dadar atau macam buat lempeng.
Cuma satu je.. lupa pulak nak ambik gambar.
Jadi resepi ni... tak ada gambar lah.
Ok.

Jom kita semak resepinya...


Murtabak Maggi

Bahan-bahan:
1 bungkus Maggi Kari - dicelur air panas, toskan
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - didadu
sedikit daun bawang dan daun sup - dipotong kecil
sedikit cili merah - dihiris
2 biji cili padi - dipotong kecil
sedikit isi ayam / daging @ sosej @ daging burger - *letak yang mana ada je..

Caranya:
Panaskan minyak, goreng isi ayam / daging yang telah di cincang / potong kecil. Ketepikan.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sekejap supaya hancur.
Masukkan maggi dan perencahnya sekali. Kacau hingga rata.

Masukkan semua bahan lain. Kacau lagi hingga rata.
Panaskan kuali non-stick atau kuali biasa.
Kuali goreng isi ayam / daging tadi pun boleh.
Masukkan sedikit minyak.
Tuang bahan tadi, bentukkan supaya ia rata dan cantik.

Masak dengan api sederhana kecil.
Sambil masak tu... tekan tekan sikit supaya murtabak tadi padat.
Tengok murtabak tu... kalau nampak dah perang, terbalikkan.
Masak lagi sehingga sempurna masaknya...

Angkat dan potong, ikut suka lah nak potong macam mana.
Hidangkan dengan sos cili dan kalau suka.. dengan mayonis sekali.
atau...
Kalau korang rajin, buat lah jeruk bawang merah tu..awal-awal.
Mesti lagi sedap kan....

Emmm........... selamat menikmati murtabak buatan sendiri.
Enak dimakan ketika masih panas.

SELAMAT MENCUBA...


Tiada ulasan: