Orang lain korban kan lembu, tapi kami korban kan 2 ekor ayam kampung.
Tok tih Non sembelih ayam. Abah pegang ja...
baru nak sembelih ni... |
Hari ini dalam sejarah
lepas sembelih,
ayam duk kelupuq... abah baru ja nak lepaskan ayam
tup!! pisau kena tangan abah!
apa lagi... memanjutlah darah!!
takut ummi...
banyak juga darah abah yang keluar,
maklang pun cepat2 ambik minyak angin
dan abah terus tuang pada luka
mujarab juga minyak angin tu, cepat ja darah berhenti
dan luka pun bertangkup kembali...
alhamdulillah
Lepas ayam dah k o, ayam tadi dibuang isi perutnya dan dicelur di dalam air panas - untuk memudahkan bulu ayam dicabut. Kemudian kami cepat2 cabut bulu ayam. Kalau dah sejuk nanti susah pula nak cabut.
Lepas tu dibasuh dengan air dan dilayur.
ni... duk tengah layuq ayam buat cara lama jimat gas... kononnya la... |
Lepas layuq, baru lah ayam dipotong-potong. Sekoq dibuat sup, sekoq lagi digoreng.
Ayam kampung, biasa la... memang liat tapi sodaaaaaaaaap!!
tapi tak ada gambar masakan, erk! lupa nak ambik la... sebab lepas masak, kami terus mengadap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan