Isnin, 28 Oktober 2013

Kek Span Mudah

KEK SPAN
Assalamualaikum...
Petang2 ni, minum teh atau kopi sambil makan kek sedap kan...
Jadi, petang ni ummi cuba buat sebiji kek span yang simple.
Kek ni walaupun hanya kek kosong tapi lembut dan sedap.
Lagipun kami sekeluarga kurang gemar kek yang 'berhias' itu dan ini.

Uniknya, rasa kek ini macam Apum Betawi, kuih tradisional yang dikukus tu...
Ummi ambik resepi ni dari blog Sue Bee. Kita bagi kredit padanya, ok.
Semua bahan dah ada, tunggu 'rajin' je datang... tambah pula memang terasa nak makan kek. Ummi mulalah 'membaking'.
Jom kita tengok resepinya,

Kek Span Mudah 

bahannya:
4 biji telur gred A
90g gula kastor (asal 100g)
130g tepung kek ( superfine ) * ummi ayak bersama
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh serbuk penaik * ummi ayak bersama
60g minyak masak
40g air
2 sudu teh susu tepung * ummi tambah
1 sudu teh esen vanilla
**panaskan oven 150c dahulu

caranya:
1. Satukan telur, gula, ovalette.
Ummi putar bahan ini sekejap supaya ia bersatu dahulu pada kelajuan rendah.
2. Kemudian masukkan bahan ayak perlahan2 ke dalam mesin pengadun. Terus putar sehingga ia rata dan tidak berketul.
** ummi buat macam ni sebab ummi cuma pakai mixer kecil je...
-resepi asal campur semua bahan tu dan terus putar-
3. Tingkatkan kelajuan pada tahap tinggi dan terus putar selama 5 minit.
4. Perlahankan kembali kelajuan. Campurkan susu tepung ke dalam air dan tuangkan ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla.
Putar dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
5. Pastikan adunan kelihatan kembang, putih dan gebu.
6. Perlahankan kelajuan dan masukkan minyak. Terus pukul sehingga ia rata.
7. Sediakan loyang yang telah digriskan dan alas dengan kertas minyak. Tuangkan adunan dan bakar 30 - 40 minit -Ummi bakar pada suhu 160 / 170 c selama 30 minit.
8. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sekejap, telangkupkan atas redai dan sejukkan.

resepi asal tengok kat sini: http://resepimasakanmudah.blogspot.com

** Pengalaman ummi buat kek span ni, bila guna mixer besar, kek akan jadi lebih gebu.
 Mungkin sebab kelajuan sewaktu kita memutarkan adunan.
 Hasilnya berbeza bila menggunakan mixer yang kecil... kurang sikit gebus dan      keringanannya.

kek cawan ini, anak ummi deko sendiri
dia letak filling perisa strawberry dan choc chip

Tiada ulasan: