sumber: akhbar harian metro 28/6/2013
Sebenarnya tajuknya macam ni, Penapis rokok dari darah babi
saringan beritanya:
Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok import yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.
Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.
Perkara ini diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari
Universiti Sydney, Simon Chapman yang mengingatkan kepada golongan agama tertentu,
yang merujuk kepada kajian yang dilakukan di Belanda mendedahkan bahawa 185
syarikat rokok menggunakan penapis tersebut.
Dr Hakim berkata, sudah sepatutnya umat islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas
haram di sisi agama.
* Sepatutnya semua orang islam di dunia ini....
Jadi... kepada yang masih merokok, saudara, kawan, suami atau anak anda... peringatkanlah.
Merokok bukan sahaja membazirkan wang, malah banyak keburukannya.
Sebaik-baiknya hindarkan diri dari mendekatinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan