Selasa, 15 Oktober 2013

Kisah banjir...

Assalamualaikum,
Hari ni nak cherita pasal banjir.
Kat Jitra ni, boleh dikatakan hampir setiap hari hujan....
dan dah dua minggu lebih hujan dok turun.
Kekadang tu, naik risau pun ada. Takut banjir.... 

Pengalaman banjir besar ni sangat menakutkan.
Keadaan yang kelam kabut tu... membuatkan ummi macam 'hilang akal'. Tak tau nak buat yang mana dulu, itu nak buat, ini nak buat. Risaukan keselamatan anak2 dan macam-macam lah....
Yang tau, selamatkan barang penting dulu.... dan anak2.
Itu pun masih ada yang  tercicir... pernah sekali tu, tercicir surat beranak anak2. Padahal, itulah barang yang sangat penting... bila balik tengok rumah selepas seminggu banjir surut, nampak duk terendam dalam selut. Sayang, dah kembang.... 

Barang2 yang tak sempat angkat ni, tak payah tanyalah.... tengok rumah dan persekitaran.... huh! macam mangsa tsunami jugak! berkapar semua dalam rumah, luar rumah. Rumah sendiri, rumah jiran, sama ja.... semak kepala.... itu belum lagi kira sampah yang dibawa arus air, kat mana-mana pun ada.

Macam-macam ada. Yang menarik dan pelik tu... tong gas, perabut, malah tv pun ada yang hanyut. Agaknya, tuan barang ni tak sempat nak tutup pintu rumah tak? Pernah juga ada orang jumpa duit yang banyak tau! rezeki dia lah kot. Duit, siapa pun mahu, betul tak? tapi bukan ummi lah. Ummi tak nak ambil barang orang.... itu prinsip hidup ummi. Dan, itulah yang selalu ummi pesan pada anak-anak.  Perbuatan tu, dunia mungkin boleh terlepas... tapi kekadang tak juga... Allah bayar cash! atas dunia lagi dah dapat balasan, inikan pula akhirat..... hari yang sudah tentu akan terima balasan atas segala perbuatan kita di dunia, yang baik mahupun yang jahat.

Ok, sambung balik cherita banjir tadi...
Bayangkan, rumah teres, rumah kampung, air hampir ke paras siling! tak ke dahsyat?  sedangkan kami ni... duk dalam kawasan Pekan Jitra.  Kat dalam rumah ummi, air hampir enam kaki. Dalam juga tu! habis barang rumah tenggelam. Kalau kat luar rumah, lagi dalam. Rumah ibubapa kawan adik pula, sampai ke paras bumbung, sedangkan rumah depa dua tingkat. Dahsyat dan menakutkan bukan?

Nak cuci rumah ini lah satu hal.... sebelum air kering, kami dah mai buang dan cuci apa yang patut. Bayangkan.... selut dalam rumah, bila kita pijak lantai.... tenggelam kaki... Yang tu lah nak kena urus dulu... siapa yang pernah kena banjir besar, tau lah macam mana rasanya. Cuci rumah pun hampir 4-5 hari,  nak cuci barang-barang lagi, kain baju.... langsir dan segala kelengkapan rumah, sebulan jadinya... sangat meletihkan! siang dan malam bertungkus lumus nak basuh. Sampai kecut kaki tangan, bah kan sampai demam, sebab terlalu penat!! barang yang tak terbasuh tu.. terpaksalah buang saja. Dah tak sanggup nak mencuci lagi dah.

Anak-anak pun, walaupun masih kecil... sanggup tolong ummi dan abah dan terpaksalah 'tuang sekolah' sebabnya, sebahagian barang sekolah depa entah ke mana. Buku, baju, beg sekolah dan kasut sekolah penuh dengan selut.  Ada yang sempat diselamatkan, ada yang tidak. Ada yang masih ada... tapi ada juga yang hilang entah ke mana. Bayangkan... macam mana anak2 nak ke sekolah dalam keadaan yang 'selekeh'. Baju dan tudung sekolah yang 'meriah' dengan kesan selut, stokin pun tak ada, apa lagi kasut. Terpaksalah pakai selipar saja... bayangkan perasaan anak2, sangat kasihan dan memalukan lebih2 lagi apabila diejek oleh budak2 lain yang tak faham erti 'susah', yang selamat dari  musibah banjir. Betapa beruntungnya hidup mereka, lahir dalam keluarga yang berduit, kaya dengan harta dunia.

Sambung balik.....
Barang elektrik pun kami sembur dan cuci hingga keluar lapisan selut.... dan jemur sehingga benar-benar kering. Yang mana boleh guna, kami gunalah dulu. Tak kan semua nak beli baru... kami bukanlah senang sangat, selepas cuci rumah boleh terus masuk barang baru. Orang yang berduit, bolehlah buat macam tu. Tak perlu bersusah payah.

'Sampah' dari rumah, yang perlu dibuang termasuk perabot yang rosak sehingga dua lori kecil !! Itu baru rumah kami, hangpa bayangkan satu kawasan Jitra ni yang kena banjir, berapa tan sampah?? tersangatlah.... banyaknya!
Malah lalu kat mana-mana pun, duk nampak sampah saja... bertimbun-timbun.

Duit ringgit pun macam air.... asyik keluar saja. Itu nak kena beli, ini pun nak kena beli.
Hangpa tau dak? orang pertama yang hantar bantuan selepas banjir surut, siapa?
Sebuah persatuan orang cina.  Taiwan Buddhist Tzu Chi Foundation. Depa hulurkan sumbangan duit dan satu beg yang berisi tuala, biskut, ubat gigi, berus gigi, sabun dan lain-lain. Depa turun jumpa mangsa banjir ni dari rumah ke rumah dan tengok sendiri keadaan kami. Depa bagi sumbangan pada semua bangsa tanpa mengira agama.
Sangat mengharukan... bila saat kita sangat memerlukan, ada orang yang sudi bantu serta menghulurkan sumbangan.
Alhamdulillah, Allah hantar bantuan melalui mereka.

Oleh sebab itulah, kalau depa ni buat kutipan derma, ummi bagi ja. Sebab dah tau dah kerja kebajikan depa ni, yang memang sah menolong orang. Tetapi alangkah bagusnya, kalau orang yang pertama menghulurkan sumbangan itu, adalah orang Islam, orang Melayu kita....

Kami kena banjir besar ni dah dua kali. Kali pertama pada bulan disember 2005. Waktu ni kakak berumur 6 tahun, aina 4 tahun dan adik baru 4 bulan.  Ummi baru buat persiapan dan beli barang sebagai persediaan kakak nak masuk darjah 1.  Sayangnya, semua kena banjir.

Sebelum kejadian, hujan dah turun dengan lebat dan tanpa henti sehingga 3 hari berturut2. Sebelum tu, sesetengah kawasan di Perlis dah banjir besar. Kemudian pada hari kedua hujan turun, kawasan di sebelah Changlun pula banjir. 

Pada malam tu, abah bawa bapak dia pi mengurut di Malau ( bapak tak boleh jalan). Selepas mengurut, depa terus balik tapi di pertengahan jalan di sana air dah naik dan kereta dah tak boleh lalu. Abah bawa aina pi sekali. Malam tu, kereta pun dah tak hidup ( kereta auto) sebab terkandas dan air masuk dalam kereta. Terpaksalah depa semua bermalam di kawasan tu. Abah kata ramai juga orang yang terkandas sebab air sangat dalam dan tak ada siapa yang berani nak redah arus yang deras tu.

Kami kat rumah tak ada apa2. Cuma hujan lebat saja, turun terus sampai ke pagi. Malam tu ummi tinggal dengan kakak dan adik sajalah. Kami tunggu abah balik, tapi tak balik2 juga. Abah pula kehabisan kredit, jadi sangat sukar untuk berhubung. Waktu tu belum ada lagi sistem pindah kredit macam sekarang ni. Abah pakai celcom plan lain, ummi pula plan lain. Jadi sangat sukar untuk melakukan transaksi kepada abah.  Ummi cuba berkali2... dan akhirnya berjaya juga. Itupun dah pagi.

sambung.....

Tiada ulasan: