Ahad, 27 Oktober 2013

Jeruk Sayur Campur

Hari ni ummi masak jeruk sayur campur.
Asasnya sama ja dengan jeruk ikan, cuma ikan ditukar dengan sayur pilihan.  Guna bahan secukupnya sahaja. Agak2 la berapa orang yang nak makan nanti.  Resepi ummi ni untuk 3 orang makan, lebih kurang la...  Ok, anak2, tengok bahannya...

Jeruk Sayur Campur

bahan:
1 mangkuk sederhana sayur kobis - dipotong
1 biji cili benggala hijau - dipotong kecil
1 biji cabai besar - dipotong
lobak merah - dipotong memanjang
2 ulas bawang putih - dihiris nipis *
4 ulas bawang merah - dibelah 4 *
1/2 " halia - dihiris memanjang *
1/2 sudu teh biji sawi
gula, garam, cuka dan air secukupnya - bergantung kepada berapa banyak sayur yang digunakan


sayur yang telah dipotong
caranya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis biji sawi dan bahan bertanda *.
Goreng sekejap sehingga ia berbau wangi.
2. Masukkan cuka, anggaran 4/5 camca.
3. Masukkan sedikit serbuk kunyit dan 1 1/2 cawan air. Didihkan.
4. Masukkan sedikit gula, garam dan semua sayur.
5. Didihkan dan rasa masakan. Jika perlu tambahkan (rasa) yang kurang.
6. Pastikan ada rasa masin, masam dan manis. Kalau suka boleh letak perasa.
7. Tutup api.
8. Sejukkan sedikit dan cubalah makan, sayur tadi terasa rangup bila dikunyah. 
** rasanya sama macam acar rampai, cuma sedikit bahannya sahaja yang berbeza.


Tiada ulasan: