Jumaat, 6 Disember 2013

Nasi Daging

Dengan Nama ALLAH Ya Rahman Ya Rahim

Hari ni ummi masak nasi daging. Ummi olah sendiri perencahnya. Boleh la... anak2 kata sedap, abah pun.... Sebenarnya tak bercadang pun nak makan nasi daging, perencah yang selalu ummi guna pun tak ada, dah lama habis. Pagi tadi kami sekeluarga ke Pasar Nelayan di Kubang Rotan. Kononnya nak pi cari ikan yang segar la... ingat nak buat laksa petang ni, tapi tak jadi.... ikan tak ada hari ni, tak banyak. Hargapun tinggi sikit, sekitar rm 6-8 sekilo. Temenung biasa je, bukan jenis lemak pun. Puas memikir dengan abah, apa la kita nak masak hari ni. Abah kata buat nasi daging lah. Balik nanti, singgah beli daging kat Hutan Kampung. Ada ramai orang jual daging kat sana. Sebab itu le..., maka menu pada hari ini ialah.... Nasi Daging.


NASI DAGING - boleh dimakan antara 8 - 10 orang
diolah oleh : ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan :

bahan untuk memasak nasi: ketepikan dahulu
5 / 6 cawan beras - (ikut keperluan)
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
sup daging secukupnya

bahan untuk memasak sup:
1 kg daging
1/2 " halia - dihiris kasar
1 bungkus kecil perencah sup Adabi - kalau tak suka rasa berempah guna 1/2 shj
1 tin kecil (100g) puri tomato - boleh guna separuh juga jika rempah sup dikurangkan
2 batang serai - diketuk
4 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
1/2 " halia *
2 sudu besar garam kasar
2 sudu besar perencah Hilal
minyak secukupnya untuk menumis
air secukupnya

Cara masak sup :
1. Potong daging pada saiz ketul sederhana. Bersihkan dan toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda * .
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan serai sehingga harum mewangi.
4. Masukkan perencah sup dan masukkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan puri tomato dan sedikit air lagi supaya ia cair. Terus kacau dan masak hingga didih.
6. Masukkan air anggaran 2 1/2 liter, garam dan perencah hilal. Didihkan.
7. Masukkan daging biar hingga ia didih. Renehkan api dan masak hingga daging lembut.
8. Rasa kuah sup daging tadi, secukup rasa yang anda suka.
9. Kuah sup / stok daging ini akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
10. Apabila hendak makan, potong sederhana nipis ketulan daging tadi.

Cara masak nasi :
1. Basuh beras dan masukkan ke dalam periuk.
2. Carikkan daun pandan dan tuang air rebusan atau sup daging tadi.
3. Sukatan airnya adalah seperti memasak nasi seperti biasa tapi lebihkan sedikit anggaran
    1/ 2  atau  3/4 cawan mengikut jenis beras ( beras baru lebih lembut ).
4. Masak pada api sederhana, kacau hingga ia rata dan tidak berketul, didihkan.
5. Masukkan gula dan kacau nasi secara berkala hingga nasi kering.
6. Tutup tudung dan kecilkan api, tanak sehingga ia masak.
7. Setelah masak, ** hati2 ketika mengangkat tudung periuk dan pastikan air wap tidak jatuh
    ke dalam nasi. Buang air wap tadi.
** supaya nasi tak mudah basi
8. Gemburkan nasi dan tutup kembali tudungnya.
9. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika masih panas bersama dengan hidangan        pelengkapnya iaitu air asam sebagai pencicah daging dan juga acar timun.


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: