Jumaat lepas bawa anak2 pi makan. Aina nak makan chicken chop. Jadi..... kenalah pi Simpang Empat, kedai yang dah banyak kali kami singgah makan. Makanan kat sini agak sedap. Jadi anak2 suka kalau singgah kat sini. Apa nama kedai ni? alamak! ummi tak tau la... yang tau, bertentangan dengan hentian bas. Kedai ni tepi jalan utama. Kalau mai dari Alor Setar, lepas lampu trafik dan Balai Polis, di sebelah kanan jalan.
Nak makan chicken chop punya pasal, dari Jitra abah sanggup memandu sampai sini. Pernah juga sekali tu kami mai, masa pelayan tu tanya nak makan apa? laju je... anak2 jawab 'chicken chop' tapi lepas dia kata tak ada, semangat nak makan tadi hilang! tanya nak makan yang lain tak? tak mau !! , jadi? balik rumah je... La.... macam tu ja? balik makan kat rumah? ye, itulah anak2 ummi, susah sikit kalau bab makan ni termasuklah abahnya.... lagi sanggup beli maggi balik masak sendiri daripada makan kat tempat lain yang belum tentu rasa 'sedapnya'.
Berbalik kepada kisah tadi, mujur le kali ni ada hidangannya walaupun kami sampai hampir 8.30 malam ( lebih kurang ). Nak tengok tak macam mana rupa hidangannya? Ha... tengok gambar ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan