Pagi sabtu selepas subuh..., kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita sedih...... tok dah meninggal. Dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali.
Ummi dan abah sempat melawat tok pada petang jumaat lepas, sebelum ke majlis makan2 dengan Kelab Silat UUM.
Tok dimasukkan semula ke wad pada rabu lepas. Atas sebab yang agak kritikal, tok sangat lemah. Buah pinggang tok dah rosak. Sebelah tubuh tok yang kena stroke tu... dak bengkak sangat. Tangan dan kaki kiri tok dah merening bengkak air. Tangan dan kaki kanan tok pun bengkak juga.
Pelbagai ikhtiar dilakukan.... setelah setahun tok sakit, akhirnya walaupun kami semua sayangkan tok tapi Allah lebih sayangkan hambanya. Tok telah dijemput kembali kepada Nya selepas subuh pada hari sabtu 30 november 2013 dan telah selamat dikebumikan di perkarangan Masjid Kg Rambai, Pendang. Al Fatihah.
Blog yang mencheritakan perihal hidup diri yang biasa-biasa saja... juga perkongsian cherita perihal alam hidup kita
Isnin, 2 Disember 2013
Berita sedih dari hospital
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan