Rabu, 11 Disember 2013

Gulai Ikan Senangin Rempah Campuran


Hari ni ummi rasa nak makan gulai ikan.
Ummi pi  'market' dengan abah.

** biasa le... orang kampung kat Kedah ni, memang sebut 'market' , 
bukannya pasar ... macam kat tempat lain.
banyak perkataan inggeris yang telah sebati dengan masyarakat,
yang telah 'di melayu kan' **

Ok, berbalik pada cherita tadi ...
jalan punya jalan, ternampak lah orang jual ikan
yang nampak sangat 'fresh' isinya.

Tanpa pikiaq panjang, kami ambik je ikan tu,
ikan senangin yang telah siap dipotong, regenya... 
sepinggan rm10, ada le 7 ketul saiz kecik ke sedang ( bahagian ekor )
cukup le tu.. untuk kami sekeluarga.

Harga pasaran ikan senangin sekarang ni rm30 per kilo.
Kemudian kami pi cari barang lain, sayur bendi - kena beli lebih; 
anak2 suka, tomato, rempah dan santan rm2.

Ok, jom balik masak.




Bila balik rumah, rasa teringin pula nak makan gulai mamak
tapi tadi beli sebungkus je rempah.
Hm, silap lah pulak. Kalau beli lebih kan senang ?
Abah dah pi kedai tadi, dah masuk waktu kerja.
Tak pa lah, suruh aina pi beli kat kedai barang ja.

Aina dah balik, tapi dia kata cap Faiza tak dak, dia ambik Cap O.
Cap o pun, cap o lah.... 
( rempah cap o digunakan untuk masak gulai citarasa kampung )

Ada beza ka, kari mamak dengan gulai melayu ?
Ada ... mamak punya kari lebih pekat dan lebih terasa rempah
berbanding dengan 
gulai melayu, gulai kampung le...
yang lebih cair dan kurang berempah.

**Nak masak gulai ala mamak kena guna rempah sekali ganda dari gulai kampung.
Ok, jom tengok resepi..


Resepi Gulai Ikan Senangin Rempah Campuran

bahan-bahan:

6 - 7 ketul ikan senangin - bersihkan
1 cawan pati santan segar - lebih kurang la..
1 paket kecil rempah kari ikan Faiza
1 paket kecil rempah kari ikan cap O
1-2 sudu besar serbuk cili - nak tambah warna je, buka pedas pun
bendi kecil2 - agak2 le berapa banyak nak makan, 
potong tangkai dan ekornya
2 biji tomato - dipotong 4

1 1/2 ke 2 sudu besar asam jawa - ikut rasa
garam kasar
air dan minyak secukupnya
 1 tangkai daun kari - untuk hiasan

ditumbuk halus / kisar :
3-4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar saiz kecil

bahan tumis :
2 ulas bawang putih* tumbuk kasar
2-3 ulas bawang merah* ditumbuk kasar
1 sdt halba campur
2 tangkai daun kari


caranya:

1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur sehingga wangi.
Masukkan bawang tumbuk, kacau sehingga ia sedikit garing dan 
harum mewangi, masukkan daun kari.
2. Masukkan serbuk rempah kari, serbuk cili dan air secukupnya.
3. Masukkan sedikit santan pekat, anggaran 3 sudu besar, 
serta sedikit garam dan masak sehingga ia pecah minyak.
Kacau selalu supaya ia tidak berkerak.

4. Masukkan air secukupnya, agak2 cukup untuk tenggelamkan
bahan lain nanti - lebih kurang 2 1/2 ke 3 cawan.
5. Masukkan bawang tumbuk dan anggaran 1/4 cawan santan, 
masak dengan api sederhana.
6. Apabila hampir didih, masukkan bendi dan didihkan sekejap.

7. Masukkan isi ikan senangin, didihkan perlahan-lahan.
8. Masukkan asam jawa ke dalam mangkuk, taburkan sedikit gula dan
 picit2 kan asam dan perah dengan hujung jari untuk mendapatkan patinya.
Tuangkan ke dalam gulai tadi.

9. Masukkan lebihan santan, tomato dan garam - jika perlu sambil
dikacau perlahan-lahan. Rasa kuah gulai anda secukup rasa.
10. Apabila gulai telah mendidih, taburkan daun kari hiasan tadi
dan tutup api.
11. Sedia untuk dihidang.


**Sedap dimakan dengan nasi putih wangi  yang dimasak sedikit lembut, yang diletakkan daun pandan ketika memasaknya. 




amacam, tergoda tak ??  gayat juga la kan ....


sedap ni......, jom makan !!

SELAMAT MENCUBA

**untuk anak2, ummi dah simpan resepi kat sini, nanti boleh rujuk**

cuba... jangan tak cuba.... rugi tau, kalau tak rasa keenakannya!
yang penting beli ikan yang 'fresh', ok. :)

--from my tab 11 /12 / 2013
--ko...., paham2 le..., kalau pos dari tab, gambar confirm besaq gedabak punya !

Tiada ulasan: