Selasa, 19 November 2013

Syukur Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah....
akhirnya tercapai juga target anak ummi,
untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan besarnya yang pertama ini.
Anak ummi, 'aina berjaya mendapat 5A.

Kejayaan yang sangat mengharukan...
malah mengejutkan bagi guru-gurunya.
Maklumlah, keputusan ujian percubaan hanya dapat 3A sahaja. 
Jadi 'aina tak termasuk dalam senarai murid
yang dijangka akan mendapat keputusan terbaik ini.

Ummi dan abah pun begitu...
melihat dia pulang dari sekolah pada setiap hari peperiksaannya
dengan penuh yakin, katanya dia boleh jawab.
Ummi dan abah sangat puas hati tapi takut juga...
kalau-kalau aina tidak dapat mencapai targetnya.

Setiap hari... macam-macam ummi dan abah pesan,
sampai naik jemu dia mendengar...
asyik ayat yang sama saja...
kata-kata yang sama saja

ummi dan abah bukannya apa...
cuma tak mahu anak ummi kecewa atau putus asa.
apa yang kita usaha, itulah yang kita dapat

walau apa pun keputusan,
terimalah dengan redha
Ilmu itu hak Allah,
'Dia" boleh bagi pada siapa sahaja yang 'Dia' suka
dan 'Dia juga boleh tarik balik pada bila-bila masa

jadi, jangan sombong dan jangan takbur
bersyukurlah pada Allah selalu

Apa pun, ummi sangat bersyukur pada Allah
kerana Allah telah tunjukkan 'jalanNya'
kepada anak-anak ummi.

Kakak juga begitu...
keputusan peperiksaannya bagus.
walaupun belajar aliran agama, 
banyak subjek yang perlu dipelajari...
tetapi syukur Alhamdulillah..

Keputusan kakak juga sangat memberangsangkan
walaupun tak dapat tempat pertama
tetapi masih mengekalkan keputusan yang baik
dengan gred A bagi kebanyakan subjek
sama ada akademik mahupun azhari
dan lulus semua.

Kakak, walaupun ketika UPSR dahulu
keputusannya tidak mendapat banyak A,
tetapi prestasi pelajarannya kini adalah setanding atau hampir sama 
dengan murid-murid lain yang mendapat 5A / 4A dahulu.

Ummi sangat bersyukur...
Sejak kakak tinggal di asrama, kakak lebih rajin berusaha

Ummi selalu mendoakan kejayaan 
bagi kesemua anak-anak ummi,
anak solehah yang...
berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Sesungguhnya hanya kepadaNya lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan.
Amin....


.............................................................................................

ini hanyalah dedikasi syukurku pada 'Mu'
sebagai ingatan buat anak-anak, bukan bangga diri
kerana anak-anak ku ini 
adalah hartaku... juga nyawaku di dunia ini
bukan untuk ku bermegah diri
kerana mereka bukanlah terlalu genius!
mereka adalah anak-anak biasa
dari ibu bapa yang biasa-biasa, hidup juga dengan cara biasa
mudah-mudahan... suatu hari akan menjadi luarbiasa! dengan ilmu milik Nya
Amin

Tolong doakan untuk anak anakku...
Terima Kasih untuk mu...

Terima Kasih untuk ALLAH

Tiada ulasan: