Rabu, 13 November 2013

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus Kak Liza

Semenjak kebelakangan ni, ummi asyik buh resepi kukus- mengukus ja kan.
Hari ni pun sama... ummi dapat resepi ni dari blog yatie. Katanya resepi ni dari kak Hanieliza. Ummi pun jengah juga blog kak liza . 
Katanya kek ni sedap, walaupun ummi ada banyak koleksi resepi kek coklat, tapi ummi tetap nak cuba resepi ni.  Lagi pun, tengok cara nak membuatnya mudah sahaja, cuma masa mengukusnya sahaja lama sedikit. 

Tekstur kek ni lembut sebab menggunakan tepung superfine. Rasanya juga sangat sedap, tidak terlalu manis, sedang2 saja.... ummi suka penggunaan gula perang dan 'rasa kopi'nya. Ia memberikan kek coklat ini rasa yang berbeza dari kek coklat biasa. Rasanya tetap sedap walaupun tak diletakkan topping. 

Inilah antara kek coklat yang paling ummi suka!!
Untuk pengetahuan anda semua, ummi letak nama tuan punya resepi kat hujung kek coklat ni, supaya mudah ingat.
Ok, dah panjang mengayat ni kan, jom tengok resepi.


Kek Coklat Kukus Kak Liza 
diuji rasa oleh ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan:

bahan A: dikacau rata
1 cawan susu cair
1 cawan air - ummi guna air suam sikit supaya cepat larut
1 cawan mentega cair - ummi guna minyak masak ja
2 cawan gula perang

bahan B: diayak
2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk soda
1/2 sdk nescafe - x, ummi ganti dengan 1 sdk kopi 3 in 1
1/2 sdk coklat emulco - ummi tambah, nak bagi kek hitam sikit! dan lebih terasa coklat

bahan C: dikacau rata
2 biji telur gred B
1 sdk esen vanilla - ummi letak 1/2 ja


Caranya:
1. Setelah bahan A, dikacau rata dan gula larut, masukkan B, sikit2 sambil digaul perlahan-lahan. Ummi guna whisk.
2. Masukkan C, kacau hingga rata juga. Ummi tapis dulu.
3. Panaskan pengukus. Alas loyang, tuangkan adunan. Tutup dengan aluminium foil.
 - Ummi tuang dalam bekas microvawe dan tutup dengan tudungnya.
4. Kukus pada api sederhana selama 1 jam.
5. Setelah masak, sejukkan atas redai. Hiaskan.


Topping - ummi buat sendiri, guna bahan sedia ada

bahan:

120g coklat bar - dihiris / cincang
50g susu cair
10g non dairy cream- value pride * tak buh pun tak pa
2 sdk susu pekat
beberapa titik esen vanilla
1 sdk minyak masak - sebagai pengilat
coklat rice sebagai hiasan

Caranya:

-Menggunakan kaedah double boiled, masak coklat, susu cair dan krim. Kacau hingga larut.
-Masukkan susu pekat, minyak masak dan esen.
-Kacau lagi hingga ia larut dan sebati.
-Tutup api, angkat dan sejukkan sekejap.
-Kacau dan tuang ke atas kek tadi. Biarkan ia meresap masuk ke dalam kek.
-Taburkan coklat rice sebagai hiasan.





Tiada ulasan: