Rabu, 6 November 2013

Apam Coklat Mekar



Assalamualaikum, 
hari ni ummi nak kongsi satu resepi apam yang menarik . 
Resepi ni ummi olah dari resepi Apam Polkadot.


Apam Coklat Mekar
oleh ummiaishah2278.blogspot.com


bahan - bahan:

A-
180 g gula kastor
3 biji telur - ummi guna saiz C
2 sudu kecil ovalette - ummi guna sudu kfc je
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanilla 


B-
250 g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil serbuk penaik - diayak


C-
150 ml susu cair
1 1/2 sudu kecil coklat emulco
bekas microwave / cawan kertas / acuan



Caranya:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk adunan dan putar sehingga ia sebati. Tingkatkan kelajuan dan putar sehingga adunan kembang dan kelihatan putih.

2. Masukkan sedikit bahan B, putar hingga ia rata dan masukkan sedikit susu cair, putar sehingga sebati. Ulang langkah ini sehingga habis semua bahan. Pastikan langkah terakhir adalah tepung juga.

3. Cedok separuh adunan dan masukkan ke dalam mangkuk lain ataupun masukkan je ke dalam beg piping.

4. Masukkan coklat emulco ke dalam baki adunan. Putar hingga ia sebati atau boleh juga kaup balikkan sahaja sehingga ia rata.

5. Sediakan bekas untuk meletakkan adunan. Ummi guna bekas microwave je...

6. Masukkan adunan koko dahulu kemudian adunan asal. Adunan dimasukkan 3/4 bekas sahaja.

7. Menggunakan lidi pencungkil gigi, cucuk ia ke dalam adunan tadi dan pusingkan / kacau  beberapa kali. Ia bertujuan untuk memasukkan udara ke dalam adunan dan apam akan pecah atau mekar bila masak nanti. Ini satu teknik tau....

8. Sementara itu panaskan periuk kukusan hingga air mendidih dan perlahankan apinya.

9. Lorekkan bahagian atas apam mengikut kreativiti anda dan bila dah siap, kukuskan pada api sederhana antara 8 - 15 minit mengikut saiz acuan anda atau sehingga masak.

10. Bila dah masak, angkat dan sejukkan di atas redai.


  •  untuk bekas microwave yang ummi gunakan tu, ummi kukus cuma 11 minit sahaja.
  •  kalau guna cawan kertas kecil, masukkan ke dalam acuan lompang dulu kemudian kukus 8 -  9 minit.
  •  adunan tu..... bleh buat macam2, nak buat berlapis ke... nak buat sarang labah2 ke... suka hati .... kreatif kan diri anda, okey...
  • apam ni tahan sehingga keesokan hari ( tak rosak ) dan masih kekal lembut.



lihatlah hasil apam coklat mekar ni...
sangat lembut dan sedap 


dilihat dari sisi... nampak macam aiskrim pun ada...
yang ni.. ummi kacau dan naikkan warna koko di tengahnya


yang ni pula ummi kacau warna asal bercampur dengan warna koko

ini pula versi cawan kertas

gambar-gambar ni cuma diambil menggunakan tablet sahaja
ummi tak ada kamera canggih manggih macam blogger2 terkenal tu...

apa pun, walau hanya kamera biasa 
dan hasilnya cuma gambar yang biasa-biasa...
dapat juga ummi tempekkan gambar hasil air tangan ummi
ke blog kecil ini...

sebagai inspirasi.... untuk terus menghasilkan 
serta mencuba pelbagai resepi
masakan untuk keluarga ummi

juga sebagai kenangan
untuk anak-anak yang sangat ummi sayangi...

Sekian,


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: