Assalamualaikum,
Petang kelmarin ummi, abah dan adik pi Baling.
Kami ke Kompleks Belia dan Sukan Baling. Ada Karnival Sukan Kanak-kanak, anjuran Kementerian Belia Dan Sukan peringkat negeri Kedah. Wah.. ! tengok tajuk macam karnival besar kan.. - sampai sini baru tau ada karnival.
Kami bertolak pukul 2 ptg. Chik F kata pi kot Sp senang, dekat ja, sejam sampai la. Jalan pun terus.... saja, tak dak lah masuk kampung sana sini. Jadi abah pun ikut lah.
Kami masuk ke lebuhraya, lepas tol Hutan Kampung baru ummi buka GPS. Dlm kiraan gps, kami akan sampai pada 3.48 ptg. Kami pun terus ke tol SP Utara dan keluar di sana. Kemudian masuk ke Bandar Amanjaya menuju ke Kuala Ketil dan terus ke Baling.
Di sepanjang jalan, ummi dok merungut kat abah, kata sejam sampai... pi Sp pun dah sejam. Abah kata, dia silap la tu... Setelah naik turun bukit, lalu kat ladang kelapa sawit, ladang getah.... rasa macam jalan nak pi Kelantan pun ada..., akhirnya kami sampai di sana, hampir 2 jam, macam kiraan GPS.
Sampai kat sana tengok..... eh, ramai ni macam2 acara ada. Ada bola sepak, bola jaring, bola tampar, pingpong dan sepak takraw. Kami tanya 'pak gad', dia tunjuk, nun.... di hujung sekali. Parking pun nampak penuh..., tapi abah masuk juga cari kat dalam. Hm, dapat pun, kami turun dan terus ke 'court' tempat acara sedang berlangsung.
Sampai kat sana, dah nampak pasukan aina sedang bermain menentang pasukan mana tak pasti pula, yg pasti depa menang lagi... syukur, Alhamdulillah. Pagi tadi pun dah menang dua kali.
Pasukan depa ada satu lagi perlawanan selepas ni.... final.
Selepas pasukan lain berlawan giliran depa pula, kemudian... anak2 ni masuk ke gelanggang, KP lwn..... , sekali lagi kemenangan berpihak kpd mereka, Alhamdulillah, berkat usaha gigih akhirnya mereka terpilih sebagai Johan.
Acara penyampaian hadiah lewat dari jangkaan penganjur, dah 6.30 petang baru nak mula... anak2, guru serta waris dah tak larat nak menunggu lagi, acara bola tampar masih belum selesai.
Pasukan bola jaring mendapat johan dengan hadiah wang rm500, manakala bola sepak, juga johan dengan hadiah wang sebanyak rm750. Pengarah sendiri yang sampaikan hadiah kpd wakil pasukan. Tiada sijil, tiada medal ??
Lepas selesai, dah 7mlm, kami semua bertolak balik. Ummi buka GPS sekali lg dan kali ni ditunjukkan jln lain pulak. Jalan ni melalui Parit Panjang, ke Jeniang dan terus ke tol Gurun dan jangkaan masa cuma 1jam 28 minit. Eh... dekat banyak tu, jimat 1/2 jam, jadi kami ikut je jln tu.... dan singgah di r&r Gurun untuk solat maghrib, tapi... ya Allah, ramainya.... parking pun penuh, lama juga kami mununggu untuk dpt masuk.
Ummi turun beli kuih je, ramai sangat, lagipun aina naik kereta cikgu dah sampai kat Hutan Kampung, nanti nak pi ambik dia lagi. Nanti lambat pulak. Kami balik terus ke sekolah untuk ambik aina. Cikgu kata semua budak2 tidur dlm kereta, sebab tu cikgu terus balik ja, tak singgah kat Gurun dah. Cikgu Shima belikan burger untuk budak2... lapar nampaknya..., aina terus makan. Selepas salam, kami terus balik rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan