Selasa, 19 November 2013

Kek Red Velvet

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim



Assalamualaikum,

Sebelum ni, dah lama dok tengok kat internet kek red velvet ni.. hati tak pernah teringin pun nak salin resepi... apatah lagi nak cuba masak. Tapi sejak beberapa hari ni teringin pulak nak cuba buat. Tengok sana, tengok sini... akhirnya terpaut pada satu resepi rvc di blog Hana's Family.
Lagipun, tengok cara buat membuatnya senang saja, bahan2 lain pun dah sedia ada cuma nak kena beli pewarna merah dah krim keju saja.

Ummi cadang nak masak sempena birthday cikna, adeq ummi. Kasi 'surprise' sikit!
Ummi malas nak keluar, jadi ummi pesan kat cikna lah, balik kerja nanti tolong belikan krim keju. Ummi pesan hari ahad lagi, tapi dia tak dan nak pi beli. Jadi, dia beli pada hari isnin.
Malam tu.. selepas makan malam, ummi siapkan bahan dan minta tolong cikna putarkan.
Dah siap, terus masuk oven yang telah di panaskan. Sementara dok menunggu, ummi siapkan toppingnya.

Setelah hampir 40 minit, baru ummi teringat! la... ummi lupa nak masukkan air panas ke dalam adunan tadi. Cepat2 ummi bangun dan terus buka pintu oven. Ummi cucuk kek dengan lidi, hm... dah masak. Ummi terus angkat keluar. Tak masukkan air panas, tentu tak 'moist' kan ? tak apa lah... lagipun kek dah masak. Ummi sejukkan sekejap saja, sebab 'kejar masa'. Ummi potong kepada dua bahagian dan lapiskan dengan topping tadi. Aina tolong ummi taburkan lebihan kek di atasnya. 

Anak ummi nak tulis 'Happy Birthday' untuk makciknya, jadi ummi pakai 'paste' coklat ajelah.
Dah siap, anak2 bawakan ke ruang tamu. Mungkin ciknanya tak perasan sebab asyik dok mengadap tv. Agaknya, terkejut dia bila anak2 tiba2 nyanyikan lagu 'happy birthday' untuk dia! Dah 10 malam. Walaupun kek masih suam... tapi dah 'selamat' dijadikan kek birthday untuk cikna.

Amboi.... panjangnya mengayat, kan. Apapun, terima kasih kepada Hana, atas perkongsian resepi yang sangat sedap ini. Ummi minta izin kongsi di sini. Jom tengok resepi. 


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com
diuji rasa oleh : ummiaishah2278.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine - ummi guna superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A - gred A tak ada, ummi ganti dgn 3 biji telur gred B
  • esen vanila - 1 sudu kecil

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul - ummi guna Tatura
  • 1/2 cawan whipping cream - ummi guna value pride
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer - ummi letak 4 sudu besar
  • 1 sudu besar jus perahan lemon - tak ada juga, ummi ganti dgn 1/2 sudu besar cuka makan

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar. -ummi guna susu cair je
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. -ummi bakar pada suhu 170 - 180 c
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


kek ini sangat sedap setelah disejukkan dalam peti sejuk

Inilah hasilnya... walaupun ummi terlupa masukkan air panas, kek ini tetap sedap dan lembut. Cuma teksturnya kurang lembap dan kurang halus je. Apa pun, kami sekeluarga puas menikmati keenakan rvc ini. Hasilnya macam beli kat kedai tau!  Resepi terbaek!! Alhamdulillah.

SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: