Selasa, 1 April 2014

Pengalaman lalu di Jambatan Pulau Pinang

Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim

Cuti sekolah yang lalu, Azz bawa anak-anak jalan-jalan.
Kami ke Penang dahulu, Azz nak beli barang sikit.

Kami ke pulau naik jambatan pertama.
Kalau naik feri, lambat... sebab kena beratur lama.
Untuk jimat masa dan memudahkan perjalanan, naik jambatan aja.

Penang yang berjerebu..

disebabkan jerebu... dalam gambar ni tak nampaklah jambatan kedua kat sana.

pemandangan ketika hampir masuk ke pulau

 ambil susur keluar ke Bayan Lepas
Azz singgah di beberapa tempat di Bayan Lepas untuk beli barang.
Lepas beli barang, kami terus menuju ke Batu Maung untuk naik jambatan kedua.

Gambar-gambar di bawah ni, kat jambatan ke dua.
Gambar biasa aja, cuma guna tablet.
Perjalanan lancar, tak banyak kenderaan yang lalu di sini.






Kami nak ke Parit Buntar. Jadi kami terus aja.



Plaza Tol Bersepadu, sangat besar
Azz cuma nak kongsi pengalaman kami melalui jambatan kedua.
Panjangnya 24 km. 17 km darinya, di atas laut.
Pembinaannya menelan kos sebanyak RM4.5 bilion.
Sungguhlah terasa jauh perjalanan melaluinya. Indahnya alam ciptaan Allah ini.
Diri sendiri untuk pun tak pernah menyangka,
yang kami sekeluarga diberi kesempatan untuk memandu merentasi lautan.
Bertuahnya kami kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya, Alhamdulillah.


Tiada ulasan: