Ahad, 27 April 2014

Cucur bawang

بسم الله الرحمان الرحيم


Assalamualaikum,
Cucuq bawang, pernah makan tak? dulu2.... masa kecik2, mesti pernah makan kan? itu nostalgia zaman kita dahulu. Ketika itu tak banyak makanan ringan mahupun pilihan. Petang-petang mesti berbau je... wangian cucuq yang sedang digoreng, bau cucuq pisang, cucuq udang, cucuq bawang, cucuq ikan bilis, cucuq kodok dan lain2.

Anak-anak zaman sekarang, mungkin dah tak suka lagi hidangan petang macam kita dulu. Tapi Azz kat rumah, sesekali masakkan juga. Kalau tak hidang pada waktu petang,makan sebagai saarapan pun boleh,  malam pun boleh. Lagipun, kenyang makan cucuq ni. -makan sampai kenyang la...
Cucuq bawang mahupun cucuq ikan bilis, sedap walaupun dimakan begitu sahaja tapi lebih sedap, kalau dicicah dengan kuah gulai, sos cili atau sos tomato.

Untuk anak-anak yang mungkin tak pernah buat sendiri cucuq yang ringkas dan mudah ini, silalah semak resepi ni. Bahan asasnya adalah tepung gandum dan bawang besar sahaja. Suka hatilah nak letak banyak mana, tapi pastikan cukup sekadar mana yang nak dimakan. Janganlah berlebih2an pula, membazir. Pandai-pandailah mengagak sukatannya. Cara mengadunnya juga mudah, macam buat cekodok saja.
Ok, jom tengok resepinya...



CUCUR BAWANG

bahan-bahan:
1 mangkuk sedang tepung gandum
2 biji bawang besar - dihiris sederhana / didadu
1 biji telur
2 tangkai cili kering - dipotong kecil
sedikit garam
air secukupnya


caranya:
  • satukan semua bahan, masukkan air secukupnya dan gaul hingga sebati.
  • pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat - adun macam cucur kodok
  • goreng dalam minyak panas sehingga masak atau berwarna sedikit perang.
  • sedia untuk dihidang dan sedap dimakan ketika masih panas.


*untuk hidangan 2 - 3 orang


SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan: