Dengan Nama Allah Ya Rahman Ya Rahim
Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Brunei sebelum ini telah pun melaksanakan undang-undang syariah, namun hanya terhad kepada masalah melibatkan perkahwinan, wasiat dan keluarga Islam.
Bermula semalam, perundangan Islam itu diperluaskan lagi melibatkan hukuman seperti direjam sampai mati kerana kesalahan berzina dan sebatan sekiranya melakukan pengguguran bayi.
Badan bebas, Global Voices Online yang beribu pejabat di Amsterdam, Belanda sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah pernah memberi amaran bahawa individu yang menentang pelaksanaan hukum hudud boleh didakwa.
Akhbar berbahasa Inggeris India, Deccan Chronicle pula melaporkan, keputusan Brunei untuk melaksanakan hukuman hudud dan memperkenalkan semula hukuman mati, menerima banyak kritikan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Selain itu, perkara tersebut turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat bukan Islam Brunei, yang turut tertakluk dalam beberapa ketetapan kod berkenaan.
Penasihat Undang-Undang Antarabangsa Asia Tenggara, Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) Emerlynne Gil dalam sepucuk suratnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah berkata, jika peraturan baharu itu dilaksanakan, pencabulan hak asasi manusia yang serius bakal berlaku.
"Brunei tidak mengamalkan hukuman mati sebelum ini dan keputusan melaksanakannya begitu mengejutkan," ujar Gil.
Sumber: http://www.utusan.com.my/Brunei-mula-laksanakan-hukum-hudud
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 8 Mac. - Pelaksanaan Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah di Negara Brunei Darussalam adalah satu aspek kemajuan besar bukannya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai kolot atau berundur ke belakang.
Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah merupakan satu aspek ajaran Islam yang wajib ditegakkan dan dilaksanakan oleh umat Islam apa lagi bagi Negara Brunei Darussalam yang telah mengembalikan kemerdekaan sepenuhnya pada 1 Januari 1984.
Demikianlah ditegaskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal ketika menyuarakan usul menjunjung kasih pada sebelah pagi hari kedua Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Bangunan Dewan Majlis MMN, di sini.
Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah jelas Yang Berhormat sudah dilaksanakan sejak kurun atau Abad ke-16 lagi dan hanya terhenti apabila Brunei berada di bawah naungan British, yang mana undang-undang berkaitan dengan syariah hanya dilaksanakan dari segi undang-undang keluarga dan sebahagian kecil jenayah yang tertentu sahaja.
“Tidak lama sejak Brunei mengembalikan kemerdekaan sepenuhnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan supaya Undang-Undang Sivil Brunei hendaklah disesuaikan dengan hukum syarak, yang mana bagi maksud tersebut, kerajaan telah mendatangkan pakar Undang-Undang Sivil dan Syariah dari luar negara untuk bersama-sama pegawai-pegawai tempatan bagi meneliti dan mengubah mana-mana peruntukan undang-undang negara yang berlawanan dengan hukum syarak supaya disesuaikan dengan Hukum Syara’,” jelasnya.
Yang Berhormat menjelaskan, beratus-ratus undang-undang negara telah pun selesai disesuaikan dengan Hukum Syara’.
Selain itu, banyak undang-undang baru katanya telah digubal dan dilaksanakan yang semuanya berdasarkan Hukuman Syara’ seperti Undang-Undang Islam, Undang-Undang Mengangkat Anak dan lain-lain.
Beberapa tahun yang lalu, Kebawah DYMM jelasnya, telah menitahkan supaya dilaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah yang antara lain melibatkan hukum-hukum ‘hudud’, ‘qisas’, ‘diat’ dan sebagainya.
“Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah itu dari segi syara’ wajib dilaksanakan, tidak ada dalih untuk kita umat Islam di negara ini daripada melaksanakannya kerana Raja kita Raja Islam, negara kita Negara Islam, agama rasmi negara kita ialah agama Islam, majoriti negara adalah orang-orang Islam dan dasar pemerintahan negara adalah berdasarkan lunas-lunas dan ajaran-ajaran Islam,” tegas Yang Berhormat seterusnya.
Yang Berhormat berkata, kita umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya merasa amat dukacita di atas sikap dan perbuatan sesetengah pihak yang mempersoalkan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013.
Yang Berhormat berkata, kita umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya merasa amat dukacita di atas sikap dan perbuatan sesetengah pihak yang mempersoalkan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013.
“Kalaulah mereka itu bukan orang-orang Islam, kita tidaklah hairan sangat kerana setengah-setengah orang-orang bukan Islam ada yang menentang hukum-hukum dan undang-undang Islam. Tetapi pihak-pihak yang berpasukan itu juga terdiri daripada orang-orang Islam,” ujar Yang Berhormat.
Orang-orang Islam yang beriman tambah Yang Berhormat tidak wajar mempersoalkan pelaksanakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah, lebih-lebih lagi berhadapan dengan hukum-hukum dan ketatapan Allah dan seterusnya, kita sebenarnya tiada pilihan melainkan wajib menerima tunduk dan patuh kepada-Nya.
Kerajaan Islam tegas Yang Berhormat, wajib melaksanakan hukum-hukum Islam yang datangnya daripada Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan yang menciptakan kita dan menciptakan alam semesta, yang mana sebagai makhluk-makhluk hambanya kita wajib tunduk kepada-Nya dan patuh kepada hukum-hukum ketentuan-Nya.
“Kaola juga menyokong sepenuh-penuhnya dan sekuat-kuatnya usul bagi menyembahkan sembah ucapan menjunjung kasih yang setinggi-tingginya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atas keberangkatan baginda ke Istiadat Pembukaan Rasmi Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesepuluh MMN pada hari Khamis lalu dan juga atas pengurniaan titah yang mana titah baginda itu adalah dijunjung setinggi-tingginya,” ujar Yang Berhormat.
Sumber artikel dari: pelitabrunei.gov
Tiada ulasan:
Catat Ulasan