Ahad, 20 April 2014

Bun Manis

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, menjadi juga roti ni.
Tepung dah lama beli, dah berbulan.... tapi sibuk....., banyak kerja.
Hinggalah hari minggu yang lepas, Azz luangkan juga masa untuk buat roti ni.
Kalau tak dilapangkan masa, tak menjadi juga.
Resepi ni dah lama simpan. Ada banyak juga resepi roti, tapi kali ni Azz pilih resepi ni, 
yang bahan utamanya adalah tepung roti. 
Resepi yang mudah, bun manis kosong. Senang, boleh makan dengan apa sahaja...
Ok, ini resepinya...


BUN MANIS
sumber: koleksi resepi

bahan-bahannya:
A
50g gula kastor - saya letak 40 g sahaja
105 ml air suam
1 sudu teh yis segera
B
250 g tepung roti
50 g marjerin
1 biji telur - saya guna gred B - simpan sedikit telur kuning
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh susu tepung
1/2 sudu teh bread improver 
C
sedikit kuning telur
sedikit susu cair/segar

caranya:
larutkan gula ke dalam air suam, masukkan yis dan kacau.
tunggu hingga ia berbuih.
satukan semua bahan B. masukkan A, gaul hingga rata dan uli hingga doh jadi elastik.
- uli sampai penat ye..... -
rehatkan doh dan tutup mangkuk adunan - boleh juga tutup dengan tuala bersih.
biar 30 - 45 minit atau hingga ia kembang.
tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin.

griskan loyang dan alaskan.
uli semula doh tadi dan bahagikan  kepada beberapa bahagian dan bentukkan.
letakkan dalam loyang tadi dan jarakkan supaya ia boleh mengembang lagi.
buat sehingga habis dan tutup semula adunan.
-saya letak aja dalam oven-
biarkan sejam hingga ia naik lagi.
panaskan oven dahulu 180 c.
sapukan permukaan adunan dengan sedikit kuning telur yang dicampur dengan sedikit susu.
masukkan adunan dan bakar selama 20 minit atau sehingga ia masak.
setelah masak, keluarkan dan sapu sedikit mentega / marjerin untuk mengekalkan kelembapannya.

setelah 3 hari, bun masih lembut.
saya bakar semula untuk garingkan ia dan cecah dengan minyak zatun + khal.

Tiada ulasan: