Selasa, 25 Februari 2014

DIARI : Jalan - jalan di Melaka - bahagian 6

sambung.....
tak habis lagi cherita pasal Melaka ni...




KUIH KERIA ANTARABANGSA HAJI JALIL

Dalam perjalanan menuju ke Plaza Tol, teringat pula nak merasa kuih keria yang sangat 'femes' kat Melaka ni. Pagi tadi semasa lalu kat jalan ni, dah nampak kedai tu.
Jadi kami pun cadang nak singgah beli kuih sikit. Boleh buat bekal makan dalam kereta nanti.
Dalam duk tengok2 kedai, oppss.... boleh terlepas juga! abah berenti kat tepi jalan dan ummi turun pi beli.




kedai kuih kat sana tu...
dekat dengan masjid


kat bawah ni, kuih-kuih yang dijual di situ
nampak tak kuih keria dia...
 salut gula melaka ke gula merah?
sedap tau....


Selepas beli kuih kami teruskan perjalanan.
Kemudian ternampak pula Coconut Shake ni...
kami berenti lagi.
Tak nak lepaskan peluang untuk merasai keenakannya,
yang juga sangat 'femes'.


BATU BERENDAM COCONUT SHAKE



Ummi order menu yang kat tengah tu... ada aiskrim


berderet blender nya... 
kena beratur tau, macam nak beli nasi kandar
ramai.... yang beratur menunggu giliran

Kalau nak makan kat sini pun boleh,
ada tempat duduk kat belakang sana.

Servis cekap, tak perlu tunggu lama
mungkin sebab pekerjanya ramai




ummi beli lima, sorang satu...




emm.... sedap sangat!!
pada pendapat kami, Coconut Shake kat sini lebih sedap lagi.
lebih terasa.... sungguh nikmat bila dimakan dengan aiskrim vanilla, sedapnya...
bleh kenyang perut, bila dah habis satu cup ni.

Kalau kengkawan sumue ada rancangan ke Melaka ni,
jangan lupa singgah kat sini.
Senang je nak cari kedai ni, kat tepi jalan je...


Selamat tinggal Melaka....

Tiada ulasan: